Hari: Isnin
Wallahhhh, duk seronok-seronok kerja hari ni tetiba dapat email daripada AirAsia yang tertulis “URGENT” kat dalam
phone. Lepas tu bila buka email, AirAsia kata my current flight had been
cancelled and need to be rescheduled (or refund, ikut pelanggan). Actually, dah
boleh agak benda ni akan jadi masa awal-awal lagi sebab ramai je kat group satu FB kata AA flight selalu je kena batal atas
alasan “Commercial Reasons”. Kata diorang that reason selalunya sebab tak cukup
kuota penumpang atas kapal.
Bila dapat email tu, hati tu masih boleh dikawal
tenang-tenang lagi tapi lepas dah post kat group ni untuk minta nasihat,
diorang kata baik cepat telefon AirAsia untuk reconfirm flight, terus rasa tak
sedap hati. Dah la kelas hari ni berturut-turut sampai jam 2.15pm nanti, lepas
tu bateri telefon pun nak mati pulak tu, adohai… Tiba-tiba jadi tension, adui!
Lepas tu mesej la dalam group WhatsApp, mengadu pasal ni.
Diorang pun nasihatkan buat cepat-cepat. A member dalam group kata ambil flight
sama dengan diorang, which on 2 days earlier. So I need to stay in the arrival
country for an extra 2 nights. Oh, duit…
Pastu telefon mama. Mak kata bagus la kalau dapat flight yang
sama dengan kawan, sebab mak tak de la risau sangat nanti. Hm, okay la. Actually,
aku ingat nak jimat-jimat, jadi plan asalnya kalau kena reschedule, aku nak pegi
only a day earlier than the original departure date. Boleh la save
accommodation sikit. Tapi bila fikir balik, abang ada kata, “kalau setakat 14
jam transit duduk kat airport, baik lagi duk semalam dua kat sana,” maka,
aku pun okay-kan saja la duduk extra 2 malam.
Then, tanpa memikirkan RM1.96 per minute (lantak la) untuk
telefon AirAsia, aku pun telefon aje la nombor AirAsia X (600 85 8888 –
Malaysia line). Staff lelaki dia angkat. Lepas a little bit of reconfirmation,
aku pun tukar la flight. Arrival time adalah pada 10.15am. Not bad, actually.
Senang saja nak call AirAsia ni, walaupun pengumuman dia masa mula-mula telefon
tu ada la agak annoying-nya.
Aku pun ada dinasihatkan oleh members of the FB group untuk
pergi ke kaunter AA aje tapi memikirkan yang paling dekat adalah di USJ atau di
Pudu, hmmm, tak mampu la aku nak ke sana. Email pun katanya macam lambat nak
reply. Twitter, tak pandai guna. Maka tinggallah option menelefon saja. Anyway,
all things done. The operator kata by 6pm today akan dapat itinerary baru. Tapi
tipu je tu. Tak sampai 20 minit, itinerary baru dah sampai. Cool gila!
Niat nak pegi 1 negara aje, tiba-tiba boleh dapat melancong
ke 2 negara, hehehe.
Cool thing is, my flight is still in the same class, and got
same in-flight service. No additional fees need to be added.
But still, need to convert duit extra…………
No comments:
Post a Comment