Tarikh: 21 November 2014
Lokasi: KLIA2 - Sydney Airport - Sydney City Tour (by car) - YHA - Sydney City Tour (walking - YHA
**********
Kalau nak cerita dari awal macam mana aku memulakan niat untuk ber-trip ni, entah dari mana nak start. Ok la, dipendekkan cerita, semuanya bermula dari seorang kawan (yang tak berapa rapat) pada lewat tahun 2013. Dia ada tulis dalam facebook; “one day nanti kalau aku ada rezeki, aku nak mengelilingi Eropah”. Sebenarnya, aku pun macam tu jugak. Aku memang dah lama nak ke Europe, tapi apakan daya, masih tak berduit dan masih takde keberanian. Anyway, I tried my luck untuk google pakej-pakej ke luar negara. Sedar-sedar aje, aku dah sampai kat satu blog, ‘umrahtransformasi.blogspot.com’ atau Facebook page Trip Kekawan.
Lokasi: KLIA2 - Sydney Airport - Sydney City Tour (by car) - YHA - Sydney City Tour (walking - YHA
**********
Kalau nak cerita dari awal macam mana aku memulakan niat untuk ber-trip ni, entah dari mana nak start. Ok la, dipendekkan cerita, semuanya bermula dari seorang kawan (yang tak berapa rapat) pada lewat tahun 2013. Dia ada tulis dalam facebook; “one day nanti kalau aku ada rezeki, aku nak mengelilingi Eropah”. Sebenarnya, aku pun macam tu jugak. Aku memang dah lama nak ke Europe, tapi apakan daya, masih tak berduit dan masih takde keberanian. Anyway, I tried my luck untuk google pakej-pakej ke luar negara. Sedar-sedar aje, aku dah sampai kat satu blog, ‘umrahtransformasi.blogspot.com’ atau Facebook page Trip Kekawan.
Dalam page dia ni, mereka ada cerita
trip-trip yang mereka anjurkan. Memang antaranya ada trip ke Europe dan mostly
trip mereka ni adalah self-driving, iaitu kita sendiri yang drive kereta/bawa
motorsikal. Tapi tiba-tiba ternampak one of the ‘cheapest’ package yang
ditawarkan oleh mereka ni which is to New Zealand (camping) dalam RM990 ground
(I’d say cheapest sebab memang antara termurah dalam Trip Kekawan tapi how
should I know, if I add everything up in the end, it won’t be as cheap as I
thought anymore…). Memang tak mahal ground dia and tiba-tiba pulak datang kegilaan
aku yang konon-kononnya nak bercamping kat New Zealand. Maka dari situ aku dah
tanam niat untuk ke New Zealand, walhal tak pernah pun ada dalam wishlist aku
untuk ke New Zealand.
Masa ni aku masih lagi naïf dalam bab ke
Negara orang. Sebab takde pengalaman ke luar negara tapi tiba-tiba saja ada plan
nak ke New Zealand. Ni memang kerja gila sebenarnya. Lepas tu aku bagitau niat
ni kat mama, dia terus bagi kebenaran untuk aku pergi dan dia siap belanja
deposit kepada Trip Kekawan sebanyak RM200 lagi tu kau!
Kalau nak tanya aku, aku pun tak tau
kenapa lepas baca sikit-sikit pasal trip-trip oleh Trip Kekawan ni, tak
semena-mena datang keyakinan terhadap penganjur ni. Dan tak semena-mena aku
terus daftar dengan penuh keyakinan tanpa rasa curiga. Memang hebat. Aku pun tak
tau dari mana keyakinan terhadap diorang ni datang.
Okay, move on. Sepanjang tahun 2014, aku
ada buat kira-kira tentang perbelanjaan dan simpanan. Bulan Mac aku simpan
untuk beli pakaian sejuk. Bulan Mei pulak untuk buat passport dan beli
penimbang bagasi dan tiket kapal terbang Air Asia. Bulan seterusnya aku mula
beli tiket Qantas pula berserta book lodging di Christchurch, New Zealand.
Bulan Julai aku belanja untuk beli beberapa pakaian lagi. By August aku bayar
habis ground Trip Kekawan ni dan bulan-bulan seterusnya aku bayar untuk visa
Australia, beli barang-barang peribadi, apply kad kredit dan buat tukaran
matawang asing. Setibanya bulan November, semua barang aku lengkap, jasa
planning yang baik dan ikat perut dan ikat nafsu (wakakaka...).
Sebelum aku habiskan bayar ground kepada
Trip Kekawan, aku ada terfikir yang berkemungkinan besar aku akan pegi New
Zealand hanya sekali aje, so why not aku join motorhome aje instead of
bercamping? Maka aku pun tukar plan dan bayar untuk bermotorhome dan aku pilih
untuk mendaftar under motorhome berempat (sebabnya motorhome 4 ni dalam list
Trip Kekawan ni kereta auto, so kalau aku nak drive, I confident only with auto,
wahahaha…) dan bajet aku sedikit naik ketika tu, huhu…
Sebenarnya aku sangat-sangat bersyukur
aku tak buat kerja yang lebih gila, iaitu teruskan niat untuk bercamping kat sana. Sebab pertamanya
aku ni bukan la pandai sangat nak hidup bercamping. Kalau nak ikutkan kedekut dan
berjimat, mungkin aku akan menyesal tak sudah dan in the end mungkin tak enjoy
langsung. Sebab keduanya pulak aku pun tak tahu masa tu yang suhu di New
Zealand adalah sangat sejuk terutamanya pada malam hari. Hai la Azie, mana pegi
gila kau nak camping tadi tu...?
Okay, aku teruskan. Aku beli tiket Air
Asia X untuk singgah ke Sydney dan dari Sydney untuk ke Christchurch, aku beli
tiket Qantas. Kalau ada teringat, dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal
aku punya flight Air Asia kena kansel. So untuk fix everything, aku pilih untuk
extend transit aku jadi dua malam di Sydney. Ni sebenarnya sebab Lina, from Kak
Kiah 2 ada ajak aku pegi dengan diorang, dia, Kak Rahmah and Kak Zana. Lepas
cakap kat mama, mama nampak sangat lega and dia suruh aku pegi jugak dengan
diorang walaupun aku sebenarnya agak rasa keberatan sebab memikirkan macam agak
costly jugak suddenly nak tambah dua malam kat luar negara ni. Nak taknak,
memikirkan ni first time aku keluar negara, aku fikir bagus jugak ada kawan.
Lagipun abang ada cakap, kalau ke Sydney tu, baik takyah kalau sekadar nak
transit 13-14 jam aje. Baik duduk satu malam atau dua. So aku pun iye kan aje
la. Tambahan pulak, Lina and the gang nak buat beberapa aktiviti di Sydney
termasuk ke Blue Mountain. Kat sini aku dah mula pening dengan bajet aku tapi nasib
baik abang belanja aku sikit untuk menampung hidup aku tiga hari kat Sydney.
Pengalaman yang best kat sini adalah
seat untuk flight ni aku beli bukannya Air Asia Hot Seat, tapi Business Class Flatbed,
yaww! Bajet return ticket Air Asia aku adalah RM2345 termasuk 2 kali makan
berbayar (dan Air Asia bagi dua kali makan free untuk pelanggan Business Class dan Premium Flex) dan
luggage 30kg masa balik (padahal luggage tak sampai 20kg pun time balik tu, wakakaka). Kelebihan
beli business class adalah kita dapat priority luggage haul, priority boarding,
flatbed, cabin agak private dan tak crowded, selesa dan macam-macam lagi
(termasukla steward/stewardess ingat nama kita dalam kabin tu, which for me is
quite cool). Pendek kata untuk long haul dari Malaysia ke Sydney, memang
berbaloi untuk duduk 8 jam dalam business class! Plus, jakun kan, first time nak fly sensorang pada awalnya, tu yang aku nak mencuba habis tu. Memang ni la sebabnya bajet lari, huhuhu...
Setibanya hari yang ditunggu-tunggu,
Khamis 20 November malam tu aku dah fly walaupun paginya aku masih kerja. Dekat
KLIA2, jumpa la geng motorhome Kak Kiah 2 (my group kat New Zealand nanti). So
kami gerak dari sana untuk boarding ramai-ramai. Lepas naik kapal, maka kami
pun memulakan perjalanan kami.
Flight kami dari KLIA2 adalah pada jam
11.35pm dan sampai ke Sydney adalah pada jam 10.20am. Kami lalui pemeriksaan
kastam dan imigresen. Bila baca kat internet, orang kata macam susah aje nak
lepas kastam Australia ni, tapi ikut pengalaman aku, it’s actually sangat senang, dengan syarat kau
tak bawak bahan terlarang masuk (eg. Bahan segar seperti buah, ikan dan daging,
dan tak bawak masuk bahan tenusu seperti keju dan susu. Kalau macam coklat tu
lepas) dan jangan lupa untuk DECLARE. Declare aje semua benda yang kau rasa
possible seperti kayu (boomerang dia ke), bulu (baju wool), tanah (sabun
taharah) dan grain (megi pun aku kira grain). Declare aje. Biar nampak skema
asalkan kau jujur dan boleh lepas.
Lepas kami melepasi pemeriksaan kastam
dan imigresen, kami pun menunggu airport transfer kami di tempat menunggu di
Kingsford Smith International Airport, Sydney. Actually this airport transfer
adalah dari group pakej KoalaBelang. Mereka ni menguruskan pakej-pakej
pelancongan sekitar Sydney (rasanya). Kami ambil pakej ke Blue Mountain dan
mereka sediakan airport transfer dari airport ke tempat penginapan kami, which
is at Sydney Harbour YHA, berdekatan dengan Harbour Bridge.
*disambut dengan pokok Krismas yang megah depan pintu keluar airport*
Sesampainya kami di YHA, kami unload
barang dan mendaftar masuk. Oh, ada masalah sikit kat sini. Kami ke Sydney berempat
tapi aku join mereka bertiga sedikit lewat. Jadi aku beli lodging kat YHA tu
lewat sikit tapi Lina dah cakap dengan pihak YHA untuk sekalikan kami berempat
ni duduk sebilik. Dalam email diorang, YHA katanya dah okay dan akan uruskan penginapan kami ni tapi bila
sampai sana, nama aku masih tercampak kat bilik lain. Bila Lina tunjuk email
kata pihak YHA dah kata okay, mereka pun agak menggelabah untuk menyusun balik
bilik kami. Maka kami kena tunggu about 1 more hour untuk mereka susun balik. They apologized so much dan siap belanja lagi coffee and tea sementara
kami menunggu. Finally, kami pun diletakkan kat bilik tingkat paling atas dan
berdekatan dengan rooftop. Pemandangan sana sangatlah awesome. Sebab dari
rooftop tu, it’s overlooking Sydney Opera House and Harbour Bridge. Memang
terasa best lah! Bilik kami pun not bad. Two bunk beds dan ada bilik air selesa
dan toilet pun okay (walaupun takde air paip, terpaksa la kami survive cara
mereka, huhu…).
*Apa dah nama cathedral ni? First time nampak secara live*
*Art Gallery of NSW, nampak masa odw ke YHA*
*Sydney Harbour YHA*
*Pemandangan dari rooftop YHA berdekatan dengan bilik kami*
Pada sebelah petangnya, kami start untuk
berjalan. Target kami adalah untuk conquer bandar Sydney dan landmark mereka for the day. Maka kami
berjalan ke arah Harbour Bridge dan menuju ke Sydney Opera House dengan
berjalan kaki. Kat sana, kami bergambar macam orang gila. Cuaca lebih kurang
Malaysia aje tapi Australia ni berangin sejuk, jadi selesa aje rasa. Tapi,
honestly cakap, matahari kat sana sangat terik. Panas! Kalau pegi sana time
macam ni, tolong la bawak payung atau pakai sunblock + pakai sunglasses.
Okay, lepas kami dah puas amik gambar
kat Sydney Opera House, kami mula berjalan ke Darling Harbour pulak. Ye, kami
berjalan! Kalau la korang tau jarak antara dua harbour tu, memang faham la
korang jauh mana kami dah jalan, adoii…. Tapi nasib baik sana tak bahang, jadi
jalan jauh pun tak terasa sangat penatnya (plus kejakunan kami dengan tempat
baru). Target kami ke Darling Harbour adalah untuk ke Madame Tussaud Wax Museum
tapi nasib kami tak berapa baik sebab setibanya kami ke sana, muzium tu dah tutup,
sedihh…. Nasib baik la kedai cenderahati sebelah muzium tu bukak lagi dan murah-murah
barangnya. Aku pun start la membeli, hehehe…
*Tengok secara live, memang terasa awesome nya*
*Bersama Lina*
*Dari kiri; aku, Lina, Kak Zana dan yang belakang tu Kak Rahmah*
*Nampak jam kul bape tu? masih lagi terang...*
*Pemandangan masa senja. Masih cantik*
Kemudian kami berjalan keliling Darling
Harbour untuk cari makan. Dah la susah nak cari kedai makanan halal, jumpa aje,
tutup, jumpa aje tutup, jumpa aje, tak halal (walaupun dia tulis masakan
Malaysia, aduhaii…). Maka dari Darling Harbour tu dengan penat dan susah
payahnya kami berjalan balik ke YHA. Untuk rekod, tak pernah la pulak aku
berjalan selama lebih daripada 4 jam, hehehe… Dan sampai aje YHA, kami pun makan megi aje, huehuehue…
Untuk malam tu, mereka bertiga turun
untuk jumpa kawan mereka yang duduk kat Sydney. Katanya dia ada masak sikit
untuk kami. Aku tak kenal dengan kawan diorang tu (dan kepenatan yang amat) terus
tidur lepas mandi.
**********
See also:
Australia:
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
**********
See also:
Australia:
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
No comments:
Post a Comment