Kami bertolak dari rumah dalam jam 7.30am lepas breakfast di
Lontong King, satu kedai makan yang awesome, specialized in buat lontong. Next
time I’ll try to tell about this kedai, okay?
Perjalanan kami sepatutnya, menurut Waze, hanya mengambil
masa dalam 6 jam lebih sahaja dari rumah kami ke Tok Bali, tapi disebabkan ada 3
orang perempuan dalam kereta, macam-macam kerenah sepanjang perjalanan. dalam perjalanan ke Kelantan, tersinggah la pula ke UiTM Dungun. Kat situ ada kenangan. Aku tak belajar kat UiTM Dungun tapi dulu masa zaman belajar, aku terlibat dalam pencalonan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Jadi kitorang ada buat beberapa siri camping dan antaranya adalah di UiTM Dungun ini. Tempat ni cantik sangat sebab dia ada tasik (kut) yang berhubung dengan laut. Jadi sangat 'scenery' dan pendek kata, memang cantik la! Yang paling ingat sekali (sorry ea, nak cerita personal moment kejap) adalah time kami calon-calon MPP ni main 'perang-perang'. Situasinya sorang kawan kami (daripada 6 orang kut satu kumpulan) cedera. jadi kami sebagai 'tentera' ni kena papah kawan kami yang cedera ni dari tasik kat tepi UiTM tu masuk ke dalam. Yang paling momento sekali adalah kebetulan pula masa tu, SUKSIS (kut, tak ingat lat) ada buat latihan membak kat situ. So suasana adalah sangat 'berperang', terasa sampai ke jantung. Bertaubat kejap dan bersyukur, hehehe...
Ni tasik (kut) yang terletak di sebelah UiTM
Ni pantai di depan UiTM, berhubung dengan tasik (kut) tadi.
Ni pulak gambar panorama yang diambil menunjukkan bahawa tasik (kut) tu berhubung dengan pantai.
Ok, sambung cerita. Kami banyak kali stop
kat kedai keropok lekor la sebab nak beli sikit-sikit keropok, nak rasa aje. lepas tu terasa lapar, mak dan abah stop pulak kat kedai makanan laut yang diorang pergi dulu. Betul-betul tepi laut. Kat sana ada beberapa kedai tapi kami stop la kat mana yang sempat. Tempat tu di Penarik. Sana, kedai tu hidangkan ikan goreng, sotong goreng, udang goreng (sekor RM1 aje, besar...) dan lauk pauk sikit. Maka, makan lah kami akan lunch kat sana. Lepas tu, kami pun bertolak ke rumah sedara kat Bachok.
Udang dan sotong goreng yang kami order. Total udang adalah 25 ekor (kat atas baru 1st round, so ada dalam 15 ekor aje)
Pantai Penarik, ambil gambar dari Petronas Penarik.
Selepas singgah ke hampir 3 buah rumah, kami pun sampai la ke Tok Bali (selepas 13 jam perjalanan!). Sesampai di Tok Aman Bali Beach Resort, memang rasa agak kagum la
dengan bangunan dia. Bukannya tak pernah duduk kat resort macam ni tapi, well,
tempat baru, memang kena sentiasa kagum la on the first encounter, dak? Bila
masuk lobby dia, hm, okay, boleh tahan jugak la. Resort ni cuba menerapkan
budaya dan seni melayu, tapi tak berapa banyak. Ada sesetengah sudut aje ada
hasil kerja rotan dan hutan ni. Yang lain semua modern design.
Okay, pada sekilas pandang, tempat ni macam hotel-hotel dan
resort-resort yang lain, ada spa, ada restoran, ada gym dan ada kolam renang.
Of course la bilik tu pun ada jugak kan? Kat sini pun ada aktiviti-aktiviti
lasak yang disediakan, seperti paintball, range shooting, cycling, tandem
cycling dan beberapa lagi aktiviti yang hampir sama. Teringin nak cuba beberapa
aktiviti tapi kekangan wang sebab cek tak clear lagi time tu, cuti panjang
pulak, hahaha… So, telan aje la perasaan nak mencuba tu.
Okay, masuk ke bilik pulak. Oh, masa kitorang tiba tu,
kaunter cakap, “haa, puan masuk kearah ni, belok kiri, lepas tu nampak tangga,
naik. Lepas tu terus aje jalan sampai hujung”. End up apa, tau tak? Kitorang
ikut aje la padahal, bilik dekat aje dengan kolam, kat tengah pulak tu. The
worst part? Bilik kitorang tingkat bawah aje. Apa la customer service. Dah la
aku partially-OKU sebab berkuda hari sebelumnya, jalan pun slow aje, penuh
kesopanan dan kesusilaan, aduhai…
Masuk bilik kena scan kad dulu, canggih! Then lepas tu
kitorang explore la bilik tu. Normal, macam studio apartment hotel room hotel
biasa. Pegi sampai ke sliding door, bukak and kat depan bilik kami menghadap
paya/muara/sungai (tak pasti la apa tu, tapi air la). Cantik pemandangan! Siap
ada Thai Restaurant lagi kat atas sungai tu, cool! Okay, cantik dah tu. Masuk
tengok bilik pulak. Nice, nice... Lepas tu tengok dinding sebelah bilik air
pulak. Alamak! Dinding kaca??? Apakah?? Berlari aku masuk tengok bilik air.
Bilik air tu cukup sempurna, ada sinki, ada toilet bowl, ada shower place
dengan dinding kaca, ada bath tub kat tepi dinding. Tapi yang hebatnya, ini
adalah yang kali kedua aku jumpa selepas Legend Water Chalet, Port Dickson, di
mana dinding bilik air ni adalah kaca! So in and out boleh saling melihat dan
berkomunikasi la. Okay la tu, ada orang guna bilik air, lepas tu yang kat
tempat tidur boleh la ketuk-letuk dinding kaca tu tanya bila habis. Komunikasi
dua hala tanpa bunyi katanya. Hebat….
Tapi jangan risau, dinding kaca tu ada birai yang boleh
ditarik. So kalau tak nak orang mengendap, Tarik aje la birai tu ke bawah,
senang. Tak seperti Legend Water Chalet di Port Dickson tu dulu. Lantai memang
dah best. Kaca. Boleh nampak ikan berenang-renang dengan riang ria kat laut kat
bawah lantai chalet tu. Sambil tu kalau tengok kearah bilik air, boleh jugak nampak
orang berenang-renang dengan riang ria dekat dalam bathtub bilik air tu. Tak
berbirai pulak tu, hokey! Masa tu kalau nak berendam, adik beradik yang lain
kena pi melepak kat bilik mak dengan abah. Bagi la dalam setengah jam hingga
satu jam sorang. Haha, kesian mak dengan abah. Keromantikkan mereka terjejas masa
tu.
Hm, dinding kaca bukan masalah besar sangat. Yang terbesar
adalah bilik kitorang air panasnya tak berfungsi. Sedih tak? Adoi… Tapi mak
kata malas nak tukar bilik lagi dah. Maka, tak ber-bathtub la kitorang
sepanjang duduk situ. Rugi aje!
Okay, malam tu rehat aje. Jalan dah 13 jam tadi kan? Huhu…
Esok pagi ada breakfast. Kitorang pi ke Thai Restaurant kat
atas sungai tu. Jalan ke sana tak jauh, malah dicuci lagi pandangan kitorang
dengan kawasan kolam yang best dan ada green house lagi tu kat sana. Hm, takde
benda sangat nak cerita. Breakfast pun biasa aje. Biasanya kat hotel kalau
breakfast camtu, ada air jambu selalunya, tapi kat sini air oren sahaja. Well,
sakit perut aku kalau bedal air oren pagi-pagi. So, skip aje la air oren.
Belasah air the panas, lepas tu campur satu pek strawberry jam (yang untuk
roti) dalam air teh. Maka, jadilah teh strawberry, yaw!
Bergambar di depan kolam sebelum breakfast.
Mama pun nak posing gak, hehehe...
Akak pun tak terkecuali. Ni buaian kat depat Spa kat sana. Nak beli satu gak la letak kat rumah, wahahaha....
Tengahari dalam jam 1pm, kami bertolak ke rumah saudara
untuk majlis kahwin. Tak ada apa nak cerita sangat kat sini. Just masa pergi
dan balik tu, singgah la kat tempat-tempat yang menjadi kenangan mak masa zaman
kanak-kanak dulu, hehe…
Malam sampai bilik and rehat. Esok pagi lepas breakfast,
kami pun bertolak balik ke KL. Dalam perjalanan, kami singgah ke International Terengganu Endurance Park. Di sini, kebetulan pula keesokan harinya ada Endurance Race untuk Tuanku Mizan Cup, jadinya ada banyaakkkkk kuda kat sini, hehehe... Syurga kuda, untuk aku, wahaha... Excited dapat tengok kuda. Kebanyakan kuda disimpan dalam stable-nya. Sempat la kami singgah ke Stable 4 dan masuk. ada banyak table, 6 rasanya. Dalam satu stable boleh memuatkan hingga (mungkin) 40 ekor kuda tapi dalam stable 4 ni adalah dalam belas-belas ekor aje. Jalan-jalan kat situ dan terberhenti pulak kat depan sekor kuda jantan. Berselfie kejap sambil buat kawan baru, hikhik. Nama kuda tu Deejay. Kiut aje. Nak pegang tapi takut sebab tak tau temper kuda tu camne, huhu... Tapi kuda betina kat sebelah dia tu (warna putih bintik hitan) saaangattt la besar dan tinggi. Dan nampak sangat moody, huhu.... Nasib baik tak kacau, mau naik minyak, lolol...
Lepas dah puas pusing kat situ, kami bertolak balik dan sampai ke KL dalam jam 2am. Penat berjalan!
Bersama Deejay
Lepas dah puas pusing kat situ, kami bertolak balik dan sampai ke KL dalam jam 2am. Penat berjalan!
Pendek kata, Tok Aman Balik Resort ni tempat yang menarik.
Mungkin one day nanti nak datang sini lagi. That time akan bawak baju renang
dan get ready duit banyak-banyak supaya dapat cuba aktiviti-aktiviti yang sedia
ada kat sini. Or maybe next time boleh cuba spa pulak tak? Hehehe…. =P
No comments:
Post a Comment