Today on 22nd June, aku, my sis and my SO pegi la try2 ATV dekat dengan Zoo Negara. Actually, tahu kat sana ada ATV sebab
tengok Red Ribbon Days (RRD) punya site. Dulu check2 la tengok apa activity
yang best untuk dibuat. Lepas tu ternampak la ATV. Macam best sebab the first
and only time try ATV ni masa umur berapa tah, sekolah rendah lagi, at
Endau-Rompin. Lama dah…
Lepas tu bukak la page ATV Adventure Park lepas cari kat Google ni dan compare
dengan harga kat RRD. Well, for sure RRD punya lebih mahal (RM10 je mahal pun,
tapi still, money) sebab diorang ni macam agent la. So aku punya keja, cari2
aktiviti best kat sana dan try2 cari kat original page dari Mr. Google. Selalu
dapat punya. So ATV ni salah satu nyer la. Dan lepas belek2 page dia, diorang
ada sediakan 4 jenis pakej. Start dengan pakej B yang berharga RM100, untuk
leisure and easy trail. Tak mencabar, sesuai untuk orang baru try dan nak makan
angin aje dan mengambil masa sejam hingga sejam setengah. Pakej C ni pakej yang
aku ambil, iaitu pakej yang start mencabar, walaubagaimanapun, still dalam
kategori easy. Pakej B dan C ni akan singgah Air Terjun Sofia Jane (aku tak tau
nama sebenar air terjun ni. Dipanggil Sofia Jane sebab katanya Sofia Jane
pernah datang berlakon situ) dan perjalanan ini sehingga 2 jam. Then ada pakej
D, which is lebih panjang tempohnya iaitu 2 jam hingga 2 jam setengah. Jalan
lebih mencabar katanya dan lastly pakej E, yang paling mencabar, up to 3 hours
dan singgah di empangan. This trail akan cover semua jenis jalan, dari berbukit,
berlopak, bersungai dan macam2 lagi. And don’t ask me where is the Package A,
sebab aku pun tak tau…
Sebelum pegi ni, of kos la kena daftar dulu. Mula2 daftar 4
orang, so deposit kena bayar 50%, jadi bayar RM300 dulu. Tapi last2 kena kansel
satu ATV sebab adik tak dapat pegi (adik balik Bachok dengan parents) dan nasib baik la
boleh kansel. Lepas dah tetapkan tarikh, deposit pun dah bayar, tinggal nak pegi
aje.
So, on the day, kelas (keja) dah kansel, jadi senang hati
nak pi berATV. Keluar awal pagi dalam jam 8am. Kena sampai sana jam 8.30am
sebab nak briefing for 30min. Start berATV jam 9am. Sampai2 aje, kena isi borang
liability. Tandatangan, then kena hantar borang tu, sekali dengan tunjuk bukti
pembayaran deposit dan bayar baki. So RM150 la bakinya. Then pilih2 helmet dan
tunggu peserta jam 9am datang. Sambil2 tu tengok la keratan akhbar yang diorang
tampal kat dinding berkenaan dengan ATV kat tempat diorang tu. Tak sempat ambil gambar tapi ada ternampak my favorite
actor, Owen Wilson pun pernah datang cuba try ATV kat tempat ni. Huhu… bestnya
diorang dapat jumpa Wilson…
The big stone over there.
Okay, sebelum jam 9am, kitorang di-brief oleh guide
kitorang. Orangnya kurus aje, ape tah nama dia, Faizal? Ismail? Entah la. Aku ni
bukannya reti sangat ingat nama orang, adoi… Dia tunjuk macam mana nak kendalikan
mesin yang seberat beratus2 KG ni. Dia macam motor, tapi ada 4 tayar. 2 tayar kat
belakang lebih besar dari yang kat depan. Cara nak accelerate bukan macam motor
yang kita pulas2 handle sebelah kanan tu, tapi dia macam ada picu kat bawah
handle tu untuk ditekan dengan ibu jari. Kat situ la minyak dia. Then, this machine
is auto, so takde la gear 1, 2, 3 tu. Just ada drive, normal dan reverse gear
aje. Gear dia pelik sikit, terletak kat tepi kaki kanan. So kalau nak tukar tu
kena tekan brek dulu, then tarik aje ke gear mana yang kita nak. Then dia ada
cerita, kalau naik bukit, just press minyak dan kalau turun bukit, jangan kacau
minyak, main aje brek kat dua2 belah tu. Kena pandai control, jangan main terjah
sekejap brek sampai berhenti lepas tu tekan minyak kuat2, sebab nanti boleh terbalik...
Lepas habis briefing, kitorang ambil satu ATV sorang dan
buat beberapa pusingan kat keliling tu. Diorang memang dah sediakan mini trail
kat situ, lengkap dengan apa yang kita bakal lalui, dengan lubangnya, dengan
bukitnya, dengan cerunnya, dengan lopaknya, batu, kayu, semua ada la. Lepas dah
habis 2 round, kitorang bawak ATV tu beratur kat depat jalan keluar. Lepas semua dah
OK, kitorang turun bukit keluar dari kawasan tu dan pergi ke jalan besar.
3 out of 80 ATVs there.
Dalam 200 meter lepas tu, kitorang masuk ke kawasan hutan.
ATV ni memang ada trail khas untuk aktiviti macam ni. Selain ATV, yang masuk ke
trail ni adalah Scrambler, motor yang tinggi, sesuai untuk ativiti lasak macam
ni. Ada la jugak terserempak dengan abang2 Scrambler sepanjang jalan tu. Okay,
so dalam 20 minit kitorang lalu jalan yang agak mencabar, tak pernah aku lalui
dengan ATV sebelum ni. Memang menguji ketahanan, lubang dan lopak kat atas
trail memang besar2, batu pun besar. Lepas tu ATV kitorang pun lalu meniti
jambatan batang kayu buatan sendiri! Hebat, boleh tahan jambatan tu dengan ATV yang seberat ni!
Ingatkan jalan kitorang lalu tu dah paling mencabar, rupanya
bila sampai kat tengah jalan, trail tu dibahagi kepada 3 bahagian lagi, so I
guess 2 trail yang lain tu untuk pakej D dan E, huhu… Tengok trail yang lain tu, naik bukit curam, takleh belah betul…
Melepasi aje kawasan pembahagian trail tu, jalan dah start
mencabar, serious! Kalau sebelum ni ada bukit, jalan ni pun ada bukit, tapi
lebih cerun, lebih berbatu dan lebih berlubang. Kena pandai ambil side sebab kat tengah2 trail tu macam ada longkang yang boleh tahan la menakutkan dalamnya tu. So ATV kita kena titi jalan
tu. Kalau boleh jangan la masuk longkang tu, menyusahkan badan nanti nak steer
ATV tu ketepi. Remember, an 800kg machine…
Jalan tu bukan sekadar tengok bawah, tengok jalan aje, kena
tengok atas jugak sebab kadang2 tu ada la pokok mati, buluh jatuh yang kalau kita tak nampak, sure boleh hayun kita jatuh dari ATV punya la, lagi2 kalau bawak laju. So, instead
of kena focus jalan, kepala pun kena senget2 untuk mengelakkan halangan2 atas kepala ni.
Towards the end of our trail, jalan lebih berbatu, serious!
Tapi ala, naik bukit aje, ape hal? Senang punya cerita la, tekannnnn aje minyak
tu, pastu tangan ni kena kuat untuk steer handle ATV ni sebab ia sangatlah berat.
Lepas aje kawasan bukit tu, kitorang pun sampai la ke Air
Terjun Sofia Jane. Not a bad view but for a budak kampong like me yang membesar
kat Hulu Langat, this air terjun is almost nothing compared to Air Terjun Sungai
Gabai. Huh, Gabai jauh lagi best la! Sebab air terjun Sofia Jane ni takleh
mandi kat batu sebab licin dan kawasan tadahan air kat bawah air terjun ni
kecik, so tak ramai boleh mandi manda. Kitorang tak turun la kat bawah, first
sebab akak tertinggal beg baju salin kitorang kat rumah, so kalau basah, takleh la tukar baju.
Leceh la cenggitu. Second sebab, well, Gabai lagi best! Hehehe…
Sofia Jane Waterfall
Kat sana, rider2 scrambler ni dah lama sampai so diorang
sedang bermandi manda kat sana. Lantak la diorang, kitorang tengok aje, tak
teringin pulak nak join. Kitorang just duduk kat pokok kat atas bukit tu sambil
bergambar dan berborak pasal trail yang dilalui tadi. Oh, guide ada hulur air
mineral kat kitorang. Kejap lepas tu, second batch of ATV sampai. After 20
minutes or so duduk kat air terjun tu, kitorang pun gerak balik, lalu trail yang sama.
Ingat tak tadi kata jalan naik bukit sebelum sampai kat air
terjun tu senang? Haa, ni nak citer, rupanya turun bukit guna ATV ni LAAAAAAGI susah
dari naik bukit, ambik kau! Susah kenapa? Kalau naik, tekan aje minyak guna ibu
jari tangan kanan dan steer handle baik2. Ni turun bukit kena control brake
guna KEDUA-DUA tangan SAMBIL steer handle. Susah kau! Lagi2 masa balik ni, ATV
tu ke-terasa-an macam kuda liar la pulak, susah nak control sebab turun bukit + redah batu
besar + elak longkang kat tengah trail. Kaki pulak kena tahan tempat letak kaki
kat bawah tu kuat2, sampai terberdiri aku dibuatnya. Kalau jalan nak ke sungai tadi agak
mencabar, jalan balik aku boleh katakana 3 kali lebih mencabar. Bayangkan masa
pegi sungai elok je aku jalan, bila balik, boleh lak sangkut kat batu, adohai! Sampai
guide tu kena turun tolong kitorang bertiga yang tersangkut kat batu yang sama,
huh!
So far, jalan balik kat situ je la yang payah. Yang buat jalan balik ni lebih mencabar sebab jalan tu jadi lebih licin sebab dah banyak ATV yang dah lalu untuk pagi tu (ATV datang lalu
jalan yang sama, tanah merah jadi basah) dan sambil2 tu boleh pulak bertembung
dengan group yang baru nak pegi sungai. Dah la jalan sempit, siap berlaga2 tayar belakang lagi tu, haru
betul!
Jalan dan jalan dan jalan, sampai la kitorang kat jalan tar…
Lega! Phew… Serius lega... Then kitorang naik bukit, park ATV kitorang dan bergambar2
sikit. Pegi singgah toitoi (toilet) diorang, then gerak balik la.
Pendek kata, kalau nak perkara yang mencabar, ATV is one of
them, for beginners. Ask me if im going there again, maybe not, sebab dah jumpa
tempat ATV baru yang lebih dekat, iaitu ATV Congkak! Aw yeah! Next time nak
cuba kat Congkak pulak la, hehehe…