Tarikh: 25 November 2015
Lokasi: Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown
**********
Pada pagi ni aku bangun jam 4.30am. Aku cuba-cuba la
untuk mandi. Minta maaf, aku tak mampu. Sejuknya bukan main! Aku hanya mampu
untuk gosok gigi dan cuci muka saja, wahahaha…. Eh, ni perkara biasa ye kalau
pergi tempat yang suhu pagi mencecah 4 darjah celsius! Balik daripada bilik
air, aku terperasan ada wap keluar dari mulut. Maka jakun la lagi aku, kak
Shima dan Lina hembus-hembus wap dari mulut. Wahahaha… Nampak macam orang gila
pun ada!
Kak Rahmah dan aunty dah start memasak pagi tu sebab kami,
16 (ke 18) motorhome di bawah seliaan Trip Kekawan akan adakan taklimat sambil
ber-potluck pada pagi tu. Sejuk-sejuk pun potluck jugak laa… Aunty ada bawak
roti canai dari Malaysia. Tengok yang lain ada yang masak nasi goreng, ada yang
bawak nasi impit, ada yang just hidang yogurt (sedap!), ada yang masak lempeng.
Macam-macam ada! Tapi roti canai kami jugak yang paling laku, hahaha…
En Zikri, organizer/boss Trip Kekawan bagi sikit
taklimat. Orangnya sangat humble, tapi kalau tau latarbelakang dia, kau akan
kagum. Tak silap dia ni engineer of robotics. Office based at Paris. Ada
beberapa madrasah di Kemboja dan sepanjang tahun, dia akan bawa orang berjalan
ke merata tempat kat dunia ni. New Zealand, Russia, Europe, Uzbekistan, Japan dan
banyak lagi. Wife dia, Kak Azah pun humble aje. Kalau difikirkan, diorang ni orang hebat-hebat, tapi gaya sempoi gila buatkan kita rasa selesa kalau
bercakap dengan dia. Bagus orang-orang macam diorang ni. Agama pun diorang letak nombor satu
dalam setiap percakapan dan perbuatan mereka.
Kemudian, kami masing-masing bergerak ke Queenstown.
Dalam perjalanan, kami singgah ke Salmon Farm. Kat sana, kami tengok ikan-ikan
salmon yang diternak. Gemuk-gemuk ikan diorang, okay! Dan nampak sangat lah
sedap, huhuhu… Kak Rahmah beli sikit ikan salmon untuk dimasak nanti dan kami
teruskan perjalanan kami. Haa, kat sini aku menyesal sikit sebab tak spend more time untuk beli ikan. Aku asyik leka tengok ikan makan dan itik berenang sampai terlupa aku sampai kat kedai yang jual salmon fresh. Aduu, patut spend sikit masa dan duit untuk shopping...
*Ni antara bahagian di salmon farm tu. Nampak tak air dia yang jernih tu? Macam tu la keadaan air di setiap tasik di New Zealand*
Kemudian kami singgah ke The Wrinkly Ram. Di sana,
mereka buat pertunjukkan cara mengetam bulu kambing dan cara pengurusan ribuan
kambing dengan bantuan anjing, kuda dan kapal terbang. Mereka juga menunjukkan
proses yang akan dilalui oleh bulu kambing yang dah diketam hingga menjadi
produk terakhir. Memang menarik untuk dipelajari. Kami pun ambil-ambil gambar
kambing model yang nak diketam bulu. Kambing tu nampak sangat relax. Kata
owner, ni kali kelima kambing tu diketam bulunya. Kambing-kambing ni akan
diketam bulu mereka setahun sekali pada penghujung spring (musim bunga). Di
kedai tu jugak ada jual produk yang dibuat dari bulu kambing. Pakaian yang dijual
agakla mahal, maka, I pass only laa… Beli aje anak patung kambing dengan bulu
kambing original. Oh, talking about originality, aku ada carik sikit bulu
kambing yang fresh selepas diketam tadi untuk buat souvenir balik ke rumah, hahaha…
*Slide show The Wrinkly Ram*
*Rupa sebelum dan selepas kambing kena ketam bulunya*
*Bagi lamb minum susu. Owner cakap masa aku nak bagi, "You are one big kid". Hey, I don't care okay, as long as I experience most of everything, wahahaha...*
Kat sini dah timbul minat aku untuk cuba menguruskan kambing-kambing ni bersama diorang. Ada la angan-angan untuk duduk ke sana selama setahun lebih untuk melalui semua proses yang diorang buat untuk mengetam bulu kambing, jual, maybe menyambut anak kambing ke, hahaha.... Angan-angan siang aje...
Setelah kami settle di The Wrinkly Ram, kami teruskan perjalanan dan singgah ke Wanaka Puzzling World di Wanaka. Memang takde niat nak masuk The Puzzling World tu pun. kami just singgah ke toilet diorang. Okay, kat sini pun diorang buat style 'puzzling' which diorang lukis gambar 3D tentang toilet zaman Rome dulu. Anyway, kitorang memang tak masuk The Puzzling World tu sebab organizer ada cakap lepas keluar dari situ, usually akan rasa pening-pening. Dan kalau driver dah pening, sapa nak drive motorhome tu? Wahahaha…
Setelah kami settle di The Wrinkly Ram, kami teruskan perjalanan dan singgah ke Wanaka Puzzling World di Wanaka. Memang takde niat nak masuk The Puzzling World tu pun. kami just singgah ke toilet diorang. Okay, kat sini pun diorang buat style 'puzzling' which diorang lukis gambar 3D tentang toilet zaman Rome dulu. Anyway, kitorang memang tak masuk The Puzzling World tu sebab organizer ada cakap lepas keluar dari situ, usually akan rasa pening-pening. Dan kalau driver dah pening, sapa nak drive motorhome tu? Wahahaha…
Okay, teruskan. Jalan untuk hari ni agak mencabar sikit sebab kami
lalu Lindis Pass dan Cardona Valley untuk ke next checkpoint. Jalan kat kawasan ni agak/sangat berliku dan
bengkang-bengkok especially dekat dengan Cardona Valley. Nasib baik (or kurang
baik), ia merupakan giliran aku untuk drive kat Cardona Valley. Jalan dia,
MasyaAllah! Memang kena pusing almost 180degrees dan menurun bukit, kau! Memang kena
bawak slow gila la, lagi-lagi bila bawak motorhome ni. Purata speed masa nak turun
tu adalah dalam 15kph aje yang dibenarkan. Ada la dalam 30 minit jugak perjalanan
nak turun bukit ni. Scary! Tapi ni antara pengalaman terbaik aku.
*The Cardona Horse Trek, tempat ni memang osem. Tapi takde rezeki nak berhorseriding kat sini. Maybe next time...*
*Lina bersama 'sweeper' Trip Kekawan, Abang Syafiq (kiri belakang) dan Abang Lee (yang berpayung). Diorang sangat sempoii...
*Cubaan aku untuk menggabungkan 2 gambar. fail sikit...*
Okay, then kami teruskan perjalanan ke Queenstown.
Tempat ni memang cantik! Kawasan dia berbukit-bukit, sejuk dan cantik dan ia
merupakan satu bandar yang sibuk. Tetapi masih lagi slow-paced walaupun ia boleh dikira 'sibuk'jugak la (kalau KL tu memang dah level sibuk gila kut?). Kami terus park dekat dengan Skyline. Skyline ni macam satu kawasan
aktiviti di atas bukit. Cara nak ke sana adalah samada kau mendaki bukit (I
don’t think it is possible) ataupun naik cable car (NZD30/return). Kami memanglah
nak naik ke sana untuk tengok Haka Show (persembahan oleh orang asli New
Zealand). Kami sampai dalam jam 6pm dan setibanya di kaunter, kami terus beli
tiket gondola return dan tiket persembahan Haka Dance. Setibanya di atas bukit
selepas naik gondola, kami bercadang untuk buat aktiviti skydiving oleh NZone
dan berjumpa dengan seorang counter attendant diorang yang jaga kat kaunter. She’s so
cute. Lembut aja percakapan. Kalau gelak pun malu-malu aje, hehehe... Untuk
aktiviti skydiving, asalnya aku memang tak mau sebab mahal (boleh mencecah
RM2k) tapi selepas dicucuk-cucuk oleh Lina dan Phisya (dari Kak Kiah 1), aku
pun bersetuju untuk join. Aku, Lina dan Phisya pun daftar. Ha, this time pun
kami masih argue nak ambil pakej yang mana, samada 9,000 kaki (kejatuhan 30 saat), 12,000 kaki (kejatuhan 45 saat) ataupun 15,000 kaki (kejatuhan 60 saat). Asalnya aku nak 9,000 kaki saje sebab murah sikit tapi lepas fikir balik,
this is maybe once and never again (hikhik...), I decided untuk ambil 15,000 kaki punya, sama
dengan diorang which cost me about NZD430. Kalau aku nak ambil sekali dengan
pakej photo+video+USB, I need to add another NZD299 which all would sum up and be about
RM1900+- (wuuhuuuu, hukhukhuk~~~). Takpe la, sekali seumur hidup…
*Bergambar sebelum bergerak balik*
Then performance Haka dah nak start. Kami pun
cepat-cepat masuk ke dewan persembahan mereka. Kat dalam tu kami lihat ada dalam 6 orang asli (yang
nampaknya berpendidikan, ehehehe… English diorang sangat hebat okay, jangan
pandang rendah pada orang asli zaman ni). Performance diorang pulak sangat
bersemangat dan hebat, huhu… I enjoyed it so much and if I go there again, I
would watch them perform again. Dan pada penghujung performance, diorang ada jemput penonton untuk buat
tarian diorang. Aku pun take part. Sempat tarik Lina dan Phisya sekali,
wakakaka… Okay, another good experience! Thanks a lot!
*Take part dalam performance Haka Dance. Ala, sikit-sikit aje... Baik pulak akak performer ni mintak kamera aku supaya boleh tangkap gambar aku masa ni, hehehe...*
*Performers Haka Show*
Then, selepas keluar dari teater persembahan tu, kami
sambung confirmation skydiving dengan orang kat kaunter yang cute tu. Dia bagi
resit dan cakap, by 9am esok kena call NZone untuk confirmkan samada boleh buat ke
tak sebab kena tengok situasi cuaca untuk buat aktiviti ni. Kami punya sesi
adalah pada jam 10am. Kak Kiah 1 ramai nak naik helicopter untuk main salji kat
puncak gunung. Then after everything was done, kami pun bertolak ke Moke Lake
Campsite, berdekatan dengan Ben Lomond Horse Trek.
Kat sini memang basic campsite. No power, no proper
toilet and shower, no kitchen. Tapi the best thing is campsite ni betul-betul
sebelah tasik. Nak masuk ke sini, kami kena lalu farm kambing dan lembu melalui
jalan batu loose. Memang bila masuk ni kitorang tertanya-tanya, “Betul ke jalan
ni?” Tapi sampai jugak…
*Kambing-kambing boleh dilihat sepanjang jalan ke Moke Lake. Lina kata kambing-kambing ni menyerupai 'kutu atas padang golf'*
Air tasik Moke ni sangat lah jernih dan sejuk. Ada nampak
beberapa ekor itik bermain-main kat tasik ni. Bertuah badan dapat datang ke
Moke Lake ni. Lagi bertuah tuan empunya tanah yang duduk dekat dengan tasik
yang awesome tu. Lebih bertuah lagi, kambing-kambing dan lembu-lembu dapat
makan dan minum benda fresh kat tempat yang best ni.
*Ni la pemandangan semasa kami sampai haritu. Autobots tu semua sedang mennunggu kawan diorang sampai. Autobot GNF441 pulak baaaaru je tiba, hehehe...*
Malam tu merupakan antara malam yang tersejuk. I bet
suhu dia jatuh serendah 5 degree Celsius sebab malam tu hujan tak berhenti-henti diikuti dengan angin yang kuat yang menggoyangkan motorhome kami. Ngantuk punya pasal, malas nak peduli semua tu, hahaha...
**********
See also:
Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
**********
See also:
Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
No comments:
Post a Comment