Tarikh: 24 November 2014
Lokasi: Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama
**********
Pada pagi tu, aku bangun jam 6am kononnya nak solat
subuh. Terlupa pulak sini kat New Zealand, mataharinya terbit jam 4.30am la Azie…
Ah, belasah aje la, lewat pun lewat jugak la, asalkan buat, huhuhu…
Lepas tu aku kemas balik barang-barang aku dan tepat
pada jam 7.30am aku keluar dari sana. Sebab Trip Kekawan bagi suggestion North
South Holiday Park ni within walking distance aje dari Apollo Motorhomes, aku
pun bercadang untuk jalan aje la. After I deposited my room key, I started to
walk. My imagination was it would take about 5 minutes of walk. I was DEAD
wrong! It took me about 20 minutes. Oh dear… Dan jalan pulak (walaupun ada
laluan pejalan kaki), penuh dengan loose stones. Risau pulak aku punya tayar
beg tercabut nanti, huhuhu… Kadang-kadang bila fikir balik, macam menyesal
pulak jalan kaki aje, huahuahua…
Sampai aje kat Apollo Motorhomes tu, berpeluh-peluh
dahi ni regardless of the suhu yang agak sejuk. Sesampai sana, ada ternampak
someone yang pernah aku nampak masa kat taklimat Trip Kekawan dulu. Haa, betullah tempat ni. Then masuk
menunggu kat dalam tetiba ternampak Kak Shima (our leader) and Lina and kak
Hasfa.
*Ni rupa kedai motorhome tu*
Okay, nak cerita sikit pasal motorhome ni. Sebelum ni
kan aku ada cakap aku daftar untuk motorhome 4 berth, right? Before pegi, Trip
Kekawan ada susun balik nama-nama kitorang ni dan aku yang solo ni dimasukkan ke
dalam group Kak Kiah motorhome 6 berth with toilet and kitchen (I don’t mind.
In fact, I am thankful I was with them). And we were suppose to have 17 people
in the group and per motorhome will be 6 and 5 people la kan? And in the end, 7
people tarik diri which left us with 10 people and 2 motorhomes. Dan cerita
Aunty pulak yang se-motorhome dengan kami, the day anak dia sepatutnya fly ke Australia before ke
Christchurch (which supposed to be one of us in Kak Kiah 2) was suspected with
dengue so she can’t come and it left us with 4 people in Kak Kiah 2 (and still
5 people in Kak Kiah 1).
*Poyo jap dengan posing tu*
*Our baby, GNF441*
*Posing dulu sebelum gerak*
*Gambar dari tempat driver akan macam mana susunan kat dalam motorhome 6 berth tu. Yang macam cermin kat sebelah kiri tu sebenarnya adalah pintu masuk ke dalam tandas dan bilik air. Yes, memang kecik. Yang belakang nampak macam tempat duduk tu kami tukar jadi katil. Yang sebelah kanan, counter tu merupakan dapur dan sinki. Ada TV pun tapi tak pernah bukak...*
Okay, kami mulakan perjalanan kami dengan Bismillah. Lina rasmikan dulu. Sepanjang masa ke Airport Motor Lodge (nak ambil Kak Rahmah), ada bunyi alarm kat dalam motorhome kitorang. Menggelabah la kitorang mencari bunyi apa tu. Siap bukak manual motorhome lagi kau. Last-last tau bunyi apa? Bunyi hand brake tak turun habis, wakakaka…. Gila rendah handbrake dia kena turun, sapa nak perasan? Okay, dah setel satu, lega hati.
Lepas ambil Kak Rahmah, kami set GPS kami untuk menuju
terus ke Twizel Holiday Park Campsite melalui Route 77 Inland Scenic Route.
Memang scenic betullah jalan ni. Sempat juga kami singgah ke Rakaia Gorge untuk
aktiviti pertama kami, iaitu Discovery Jet Rakaia Gorge. Ni actually first time
naik jetboat. Best sungguh yang tak disangka-sangka. Bot ni bawak laju then
suddenly dia buat lap. Yang terbaik adalah bila kadang-kadang tu kitorang terkena
air sungai. Sejuk betul! Tambahan pulak udara dah la sejuk. Buat jadi lebih
hebat apabila tempat tu berlatarbelakangkan bukit-bukau yang sangat cantik yang
amat! Puas hati betul walaupun dah cucuk poket aku sebanyak NZD50 untuk naik
jetboat ni (hukhuk…).
*Antara pemandangan yang menjadi sajian mata kami*
Kemudian kami meneruskan perjalanan kami dan kami
sempat singgah ke Lake Tekapo. I’ve never seen with my own two eyes a beautiful lake like this.
Cantik! Dengan airnya jernih kebiru-biruan, keliling tu pulak penuh dengan
bunga Russel Lupins yang tumbuh meliar dan berwarna warni. Wangi pulak tu!
Untungnya New Zealand ada bunga liar yang cantik dan wangi.
*Bunga Russel Lipins ungu yang tumbuh meliar. Ada warna putih, kuning, pink, oren, memang cantik!*
*Ni gambar di lake Tekapo. Actually kalau berada kat sana, memang korang breathless la dengan kecantikan tempat tu*
Setelah bergambar puas di sana, kami meneruskan
perjalanan kami. Dalam perjalanan tu, kami terhenti pulak dekat depan sebuah
lagi tasik, iaitu Lake Pukaki. Cantiknya, tak dapat nak diceritakan. Next time kalau datang lagi, kena singgah betul-betul kat Lake Pukaki ni. Kami just stop motorhome kat seberang dan amik gambar berlatarbelakangkan Lake Pukaki aje. Jadi tak dissolve akan kecantikan Lake Pukaki ni. Anyway, kami pun
bergambar banyak-banyak di sini dengan tasiknya yang berlatarbelakangkan Mount Cook. Memang
awesome I tell you!
*Ni adalah pemandangan di Lake Pukaki. Memang... Wow....*
*Lompat si Ajie lompat*
Sepanjang perjalanan ni, mata kami tak putus daripada melihat pemandangan yang cantik. Oh, kambing dan lembu pun tak habis-habis kelihatan
selain bunga Lupins yang memang tumbuh bersepah-sepah. Memang sangat hebat
pemandangan ni…
*Selain kambing dan lembu, kuda pun antara haiwan yang biasa didapati di sini*
Setibanya kami di Twizel, kami terus isi minyak di Z
Station (memang nama petrol station ni Z). Kami pun beli jugak sikit
barang untuk dimasak malam tu such as telur, cheese, susu (yang fresh gila!), keropok, coklat dan beberapa benda lagi.
Kemudian kami ke Twizel Holiday Park Campsite. Jalan
dia agak sempit untuk motorhome 6 berth tapi okay aje. Seronok tengok
banyak-banyak motorhome berkumpul kat satu tempat. After we registered and paid
for the parking site, we settled down and cooked a little for dinner di dapur
yang disediakan (saja tak nak masak dalam motorhome dulu. Taknak kena buat greywater
dumping awal-awal, hahaha…). Kami sampai haritu lebih kurang jam 8pm (masih
terang lagi) dan kami tidur pada jam 12am selepas set katil kami.
Oh ya, sebab motorhome kami ni 6 berth, untuk 6 orang
tidur, ada 2 katil kena set kat bawah dan satu katil memang permanent kat atas.
Kami pulak berempat saja dalam motorhome tu. Maka katil permanent yang kat atas
tu kami buat tempat letak beg kami dan katil yang kena set kat belakang tu kami
dah set awal-awal dan tak dialih-alihkan lagi sampai last day. Katil kat tengah
yang jadi tempat duduk penumpang saja yang kami kena buka dan tutup setiap kali
nak tidur atau lepas bangun. Kami pun kurangkan penggunaan toilet dan sinki
sebab taknak buat greywater dan wastewater dumping banyak kali. Maka tahanla sejuk-sejuk atau gelap-gelap kat luar sekalipun, redah saja la untuk ke tandas/bilik air.
Untuk hari pertama ni, jarak pemanduan kami adalah
sejauh 343km. Aku dan Lina bergilir-gilir memandu. Antara sebabnya, aku
bukanlah pemandu yang tegar. Aku ni jenis cepat mengantuk, hahaha…
*Checkpoint kami di Twizel. Kamera pun dah penat dah by this time...*
**********
See also:
Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
No comments:
Post a Comment