Wednesday, 10 December 2014

Journey to New Zealand – Day 3

Tarikh: 26 November 2014
Lokasi: Queenstown - Te Anau

**********

Pada pagi ni, kami ramai-ramai bergambar walaupun kadang-kadang tu aku tak mampu untuk duduk kat luar lama-lama sangat. Sejuk, aku bagitau korang. Memang sejuk! Pagi tu pulak la nak hujan sikit. Tapi takpe, sebab ada pelangi yang sangat cantik masa tu ditambah pula dengan latar belakang Moke Lake yang cantik, hehehe… Then kami hadiri taklimat pada pagi tu.
*Pemandangan dari motorhome kami. Actually kalau tengok betul-betul ada beberapa ekor kambing dah mula makan dah kat bukit tu*


*Gambar Moke Lake. Memang cantik...*


*Peserta dah mula keluar untuk mengambil gambar*


*Nampak tak pelangi kat belakang tu, Masa ni ambil dah lewat sikit, hehe...*

Pada hari tu, pergerakan adalah bebas as long as by 2pm kami dah mula bergerak meninggalkan Queenstown menuju ke Te Anau. Disebabkan kami ni berada berdekatan dengan Queenstown, maka kami ada baaaaanyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kat Queenstown, bersepah aktiviti yang kita nak buat. Just pegi aje ke mana-mana kedai dan tanyakan kalau aktiviti yang kita berminat nak buat tu available ke tak slotnya. Kalau ada, kita akan ditanya tentang cara nak ke sana, samada kita nak pegi sendiri ke atau nak ambil shuttle mereka. Macam-macam benda kita boleh buat dari skydiving, parasailing, hang gliding, kayaking, jet boating, helicopter tour, learn to fly a plane, zipriding, mountain climbing, canyon-ing, cave trekking, horse trekking, hiking, forest trekking dan banyak lagi. Queenstown adalah syurga aktiviti di South Island, New Zealand.


Disebabkan kami dah ada slot untuk skydiving pada pagi tu, kami patut bertolak ke Queenstown pada jam 9am. Sebelum tu, aku sepatutnya ada sesi horse trekking di Ben Lomond Horse Trek berdepanan dengan Moke Lake tu tapi tunggu punya tunggu, by 8.15am, tak nampak-nampak lagi muka tuan kuda tu. Maka atas nasihat En. Zikri, kami pun bergerak la ke Queenstown tanpa ber-horseriding.


Kami sepatutnya telefon NZone untuk bertanyakan tentang cuaca pada pagi tu. Cuaca memang dah cantik dah, cerah! Tapi berangin sikit. Anyway, aku drive ke bandar Queenstown dan drop Lina dan Phisya dan aku pegi cari parking.


Sikit nasihat, kalau nak masuk Queenstown ni, tolong la parking kat luar bandar dan jalan masuk ke dalam bandar atau park aje kat Skyline tuh. Atau cuba cari parking yang sedikit besar untuk motorhome kat tepi-tepi jalan. Sebabnya aku pilih untuk park motorhome kat library mereka tapi masyaAllah! GPS tak guna tu direct kami melalui satu jambatan yang sempit! Adoiii, tension aku dibuatnya. Kesian kak Rahmah dan Aunty kena bantu aku untuk melepasi jambatan yang sempit tu. Mintak maaf la korang, aku ni jenis cepat tertekan, jadi maafkan la ke-tension-an aku masa tu. Anyway, aku dapat la parking kat depan library. Tanpa aku mengetahui, it was another BIG mistake. I should have just parked at the Skyline aje. Sana luas sikit parking dia untuk motorhome.


Anyway, let’s continue. Lepas dah park motorhome kami, aku terus pegi ke NZone. Kak Rahmah dan Aunty pegi jalan-jalan sambil take their sweet time to look around the city. Then aku tunggu Lina and Phisya kat NZone sebab diorang hilang untuk pegi menyopping sikit. Dalam jam 10am lepas tu diorang sampai ke NZone. Leps tu kami dapat berita buruk bahawasanya semua aktiviti udara, termasuk skydiving, helicopter ride, parasailing, hang gliding dan seangkatan dengannya terpaksa dibatalkan sebab situasi angin terlalu kuat. Maka kami dengan kecewanya terpaksa akur.


Kami kemudiannya plan untuk buat zipride di Kawarau. Kami pun cari kedai yang boleh buat booking kami dan lepas jumpa, kami pun plan untuk ke Kawarau pada jam 11.15am. Dari situ kami berpecah; Lina dan Phisya akan ke Skyline untuk ambil balik kami punya payment, dan aku pulak nak pegi angkut motorhome tu untuk keluar dari Queenstown untuk ke Kawarau.


Nasib aku agak baik sebab masa nak balik ke motorhome tu, Kak Rahmah dan Aunty masih ada kat kedai yang last aku terjumpa diorang tadi. Tak perlu aku pegi cari macam orang gila ke seluruh Queenstown. So aku cakap dengan diorang yang kita akan ke Kawarau dan diorang ikut aku balik ke motorhome.


Sesampai aje kami di library, aku terkejut sebab mendapati tempat tu dah penuh dengan kereta dan motorhome yang parking. MasyaAllah! Macam mana nak keluarkan motorhome aku? Sebab memang sempit gila parking space dia. Tapi aku sedikit bernasib baik sebab masa aku dah masuk motorhome tu dan sedang berkalkulate macam mana nak keluar, tiba-tiba parking kat depan aku tu ada satu kosong dan kereta kat sebelah dia dah mula nak keluar. Lepas dia keluar, Kak Rahmah dan Aunty cuba tolong aku untuk keluarkan motorhome to dari situ tapi kami dapati ia agak susah untuk dilakukan. Kebetulan pulak ada dua atau tiga motorhome yang sedang menunggu untuk parking kat situ pulak dari group Trip Kekawan. One of them (male) keluar assist aku untuk keluar dari situ. Masa yang diambil agak lama, ada la jugak dalam 10 minit untuk aku keluarkan motorhome tu tapi Alhamdulillah, takde perkara yang tak diingini berlaku (kecuali terparking kat situ, that’s the BIG mistake). Lepas aku dah lepas dari tempat tu, cepat-cepat aku radio geng Trip Kekawan yang lain untuk avoid dari parking kat situ dan pegi park kat Skyline instead. Ah, lega…


Aku pun terus call Lina dan tanya dia kat mana. Dia pulak, untuk refund balik duit skydiving, dia dan Phisya terpaksa pegi balik ke kaunter Skyline kat atas bukit. Maknanya dia kena naik balik gondola tu untuk ke atas semata-mata untuk dapatkan balik refund. Diorang pun mengalami mimpi buruk kat sana, adoii… Ada la dalam 20 minit lagi kami tunggu Lina dan Phisya turun.


Jadi untuk berlegar kat Queenstown ni ada beberapa tips. First of all, kalau nak park, boleh aje park kat mana-mana petak parking kosong walaupun tepi jalan besar asalkan kau tak mengganggu jalan tersebut. The best place to park sebab luas adalah di Skyline sendiri. Sebab kat sana memang dikhaskan ada tempat parking untuk motorhome dan walaupun kat library tempat aku park motorhome aku tu memang ada tempat khas untuk motorhome, tapi percayalah kau bahawasanya kau sedang menyeksa diri kalau kau park jugak kat sana. Secondly, kalau nak daftar aktiviti (yang kena tengok keadaan cuaca la especially) sila pergi saja ke stesen/kedai mereka. Contohnya kalau nak daftar skydiving di NZone, pegi saja cari kedai NZone. Bukannya macam kami buat dengan pergi mendaftar melalui Skyline (atas bukit pulak tu). Jadi kalau korang daftar terus melalui kedai diorang, jadi senang kalau ada apa-apa pembatalan berlaku dan tak perlu bayar lagi NZD30 untuk naik gondola ke atas bukit semata-mata nak dapatkan refund. Dan thirdly, kalau buat aktiviti yang kena tengok keadaan cuaca macam skydiving ni, adalah lebih baik kalau korang daftar denagn bayar cash instead of credit card. Sebab aku pakai credit card, walaupun dapat refund, tak pasal-pasal aku terpaksa ‘dermakan’ RM57 kepada bank sebagai charge perkhidmatan. Gila betul. Skydiving tak dapat, duit pulak melayang, adoiiiiii…..


Okay, tak mau cerita perkara yang menyakitkan hati ni banyak kali. Tak tido malam aku nanti kang…


Okay, lepas dah amik Phisya dan Lina, kami teruskan perjalanan kami ke Kawarau. Jauh Kawarau dari Queenstown adalah dalam 25 minit perjalanan. Masa tu sedang ada sedikit pengubahsuaian jalan betul-betul di pintu masuk AJ Hackett Bungy (tempat kami nak buat zipride ni) maka aku pun terlepas jalan. Hoi! Tension betullah! Tapi anyway, lepas turn, masuk jugak la ke tempat yang betul.


Lepas sampai, kami apologize banyak-banyak kepada orang yang menguruskan zipride kami sebab datang lambat atas alasan ‘tersesat’, hukhuk… Tapi diorang very sporting, kata ‘It’s okay, not a problem,” dll. Then lepas tunggu dua orang sebelum kami buat zipride, turn kami pulak untuk ber ‘zipride’, aw yiss…

Kami pilih untuk buat gaya superman. Oh, untuk zipride di Kawarau ni, kita boleh pilih satu daripada 8 gaya solo dan 4 gaya berduet. So kami masing-masing pilih nak terbang macam superman, wahaha… Kami dipakaikan dengan barang-barang mereka dan kami dibawa ke pinggir platform. Sebelum kami berlepas, kami setiap seorang diberikan kamera GoPro untuk dipegang dan rakamkan gelagat kami. Oh, kamera ni pulang balik ye lepas dah mendarat. Jangan kau masuk poket sendiri sudah la, hahaha…


Then lepas kami dah setel ‘terbang’, kami masuk ke dalam office AJ Hackett Bungy ni dan tengok balik video dan gambar-gambar kami. Okay, rasa macam nak tapi bila dongak atas tengok harga, adoi! NZD80 untuk gambar dan video? Hm, lepas fikir-fikir aku kira tak pe la. Ambik jugak la. Skydiving tak dapat, horseriding pun tak dapat, amik aje la video dan gambar ni masuk CD. Bila tanya Lina and Phisya, diorang tak nak sebab mahal sangat. Bila aku nak bayar, end up hanya NZD35 aje sebab kami tersalah tengok harga. Yang NZD80 tu untuk bungy tapi zipride punya hanya NZD35. Maka cepat-cepat Lina nak ambik dia punya, hahaha… Oh, bila dah hulur duit untuk bayar, orang kat kaunter kata perlu bayar NZD30 aje instead of NZD35. Kami pun malas nak tanya lebih-lebih, kami bayar then balik ke motorhome.

*Yang gelang getah tu dapat free, hahaha... I guess memang tak ramai yang naik zipride kut...*

Dalam 15 minit kami menghilang, Kak Rahmah dan Aunty sempat masak mi goreng dan nasik butter, hahaha… Kami makan dulu sebelum bergerak ke Te Anau. Kebetulan pula masa sebelum kami sampai ke Kawarau, Lina ada ternampak papantanda ke arah Arrowtown. Bila ditanya ada apa dengan Arrowtown tu, Lina cakap tu tempat koboi zaman-zaman dulu. Okay, kami pun singgah le ke Arrowtown dan ambil-ambil gambar kat sana sebelum jalan ke Te Anau.

*Kalau takde kereta tu dan kalau baju proper, memang dah nampak macam kat pekan koboi zaman koboi dulu la...*


*Menelefon ke rumah la konon. Hukhuk, rindu rumah oo...*


Kami sampai ke Te Anau dalam jam 5pm. Kebetulan pula organizer ada kata kalau nak bershopping kat kedai Cina Malaysia kat sana, kena sampai sebelum jam 6pm kalau tak kedai akan mula tutup. Kami sampai agak awal, jadi lepas park dan solat, kami pun jalan kaki aje ke kedai cenderahati tu.


Te Anau ni adalah tempat yang sangat best dan pada aku adalah yang paling best sekali antara semua tempat yang aku dah pegi kat New Zealand ni. Kawasan dia tenang aje. Jalan ke checkpoint kami tu lurus aje tapi kat sebelah kiri tu tasik. Beyond the lake is mountains. Dengan cuaca yang mendung dan hujan-hujan sikit, for me that was perfect! I really like the moment at Te Anau (walaupun pada asalnya kami punya power point di tapak nombor 26 tu rosak, terpaksa kami berpindah ke tapak nombor 25) and if I were to immigrate to New Zealand, I’ll choose to stay at Te Anau, seriously!


Malam tu, kami makan. Kak Rahmah dan Aunty did a very good job in cooking. Dengan masakan diorang, aku tak terasa pulak yang aku ni menginap di dalam motorhome, sebab makan malam kami mewah pada malam tu, dengan salmon nya, dengan nasi butter nya, dengan mi goreng nya, dengan sambal bilisnya, dengan broccoli fresh nya, dengan murtabak megi Lina nya, air oren dan air epal. Memang wow la pendek kata.

*Our dinner yang oshem malam tu*

Malam tu aku sempat mandi (sebab kami menginap di Top Ten Holiday Park Te Anau kami ada proper hot shower dan laundry). Keluar-keluar aje lepas shower, aku ternampak geng-geng Trip Kekawan dah start briefing untuk perjalan pagi esok. Alamak! Camne boleh terlupa ada briefing malam tu? Aku dengan rambut masih basah nye, join aje la diorang.


Dalam briefing tu ada kata, kami akan bergerak secara konvoi ke Milford Sound. Pada jam 6am dah kena gerak, jadi jangan ada sesiapa lambat sebab GPS tak berfungsi dengan berapa baik dalam perjalanan untuk ke Milford Sound ni.


Then pada jam 12am, baru aku dapat tido lepas set katil. Pada masa tu, kami masih lagi tak tau ada beberapa motorhome Trip Kekawan yang masih tak sampai lagi ke Te Anau pada malam tu…

************

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)

Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)

Tuesday, 9 December 2014

Journey to New Zealand – Day 2

Tarikh: 25 November 2015
Lokasi: Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown

**********






Pada pagi ni aku bangun jam 4.30am. Aku cuba-cuba la untuk mandi. Minta maaf, aku tak mampu. Sejuknya bukan main! Aku hanya mampu untuk gosok gigi dan cuci muka saja, wahahaha…. Eh, ni perkara biasa ye kalau pergi tempat yang suhu pagi mencecah 4 darjah celsius! Balik daripada bilik air, aku terperasan ada wap keluar dari mulut. Maka jakun la lagi aku, kak Shima dan Lina hembus-hembus wap dari mulut. Wahahaha… Nampak macam orang gila pun ada!

Kak Rahmah dan aunty dah start memasak pagi tu sebab kami, 16 (ke 18) motorhome di bawah seliaan Trip Kekawan akan adakan taklimat sambil ber-potluck pada pagi tu. Sejuk-sejuk pun potluck jugak laa… Aunty ada bawak roti canai dari Malaysia. Tengok yang lain ada yang masak nasi goreng, ada yang bawak nasi impit, ada yang just hidang yogurt (sedap!), ada yang masak lempeng. Macam-macam ada! Tapi roti canai kami jugak yang paling laku, hahaha…

En Zikri, organizer/boss Trip Kekawan bagi sikit taklimat. Orangnya sangat humble, tapi kalau tau latarbelakang dia, kau akan kagum. Tak silap dia ni engineer of robotics. Office based at Paris. Ada beberapa madrasah di Kemboja dan sepanjang tahun, dia akan bawa orang berjalan ke merata tempat kat dunia ni. New Zealand, Russia, Europe, Uzbekistan, Japan dan banyak lagi. Wife dia, Kak Azah pun humble aje. Kalau difikirkan, diorang ni orang hebat-hebat, tapi gaya sempoi gila buatkan kita rasa selesa kalau bercakap dengan dia. Bagus orang-orang macam diorang ni. Agama pun diorang letak nombor satu dalam setiap percakapan dan perbuatan mereka.

Kemudian, kami masing-masing bergerak ke Queenstown. Dalam perjalanan, kami singgah ke Salmon Farm. Kat sana, kami tengok ikan-ikan salmon yang diternak. Gemuk-gemuk ikan diorang, okay! Dan nampak sangat lah sedap, huhuhu… Kak Rahmah beli sikit ikan salmon untuk dimasak nanti dan kami teruskan perjalanan kami. Haa, kat sini aku menyesal sikit sebab tak spend more time untuk beli ikan. Aku asyik leka tengok ikan makan dan itik berenang sampai terlupa aku sampai kat kedai yang jual salmon fresh. Aduu, patut spend sikit masa dan duit untuk shopping...
*Ni antara bahagian di salmon farm tu. Nampak tak air dia yang jernih tu? Macam tu la keadaan air di setiap tasik di New Zealand*

Kemudian kami singgah ke The Wrinkly Ram. Di sana, mereka buat pertunjukkan cara mengetam bulu kambing dan cara pengurusan ribuan kambing dengan bantuan anjing, kuda dan kapal terbang. Mereka juga menunjukkan proses yang akan dilalui oleh bulu kambing yang dah diketam hingga menjadi produk terakhir. Memang menarik untuk dipelajari. Kami pun ambil-ambil gambar kambing model yang nak diketam bulu. Kambing tu nampak sangat relax. Kata owner, ni kali kelima kambing tu diketam bulunya. Kambing-kambing ni akan diketam bulu mereka setahun sekali pada penghujung spring (musim bunga). Di kedai tu jugak ada jual produk yang dibuat dari bulu kambing. Pakaian yang dijual agakla mahal, maka, I pass only laa… Beli aje anak patung kambing dengan bulu kambing original. Oh, talking about originality, aku ada carik sikit bulu kambing yang fresh selepas diketam tadi untuk buat souvenir balik ke rumah, hahaha…
*Slide show The Wrinkly Ram*
*Rupa sebelum dan selepas kambing kena ketam bulunya*

*Bagi lamb minum susu. Owner cakap masa aku nak bagi, "You are one big kid". Hey, I don't care okay, as long as I experience most of everything, wahahaha...*

Kat sini dah timbul minat aku untuk cuba menguruskan kambing-kambing ni bersama diorang. Ada la angan-angan untuk duduk ke sana selama setahun lebih untuk melalui semua proses yang diorang buat untuk mengetam bulu kambing, jual, maybe menyambut anak kambing ke, hahaha.... Angan-angan siang aje...

Setelah kami settle di The Wrinkly Ram, kami teruskan perjalanan dan singgah ke Wanaka Puzzling World di Wanaka. Memang takde niat nak masuk The Puzzling World tu pun.  kami just singgah ke toilet diorang. Okay, kat sini pun diorang buat style 'puzzling' which diorang lukis gambar 3D tentang toilet zaman Rome dulu. Anyway, kitorang memang tak masuk The Puzzling World tu sebab organizer ada cakap lepas keluar dari situ, usually akan rasa pening-pening. Dan kalau driver dah pening, sapa nak drive motorhome tu? Wahahaha…

Okay, teruskan. Jalan untuk hari ni agak mencabar sikit sebab kami lalu  Lindis Pass dan Cardona Valley untuk ke next checkpoint. Jalan kat kawasan ni agak/sangat berliku dan bengkang-bengkok especially dekat dengan Cardona Valley. Nasib baik (or kurang baik), ia merupakan giliran aku untuk drive kat Cardona Valley. Jalan dia, MasyaAllah! Memang kena pusing almost 180degrees dan menurun bukit, kau! Memang kena bawak slow gila la, lagi-lagi bila bawak motorhome ni. Purata speed masa nak turun tu adalah dalam 15kph aje yang dibenarkan. Ada la dalam 30 minit jugak perjalanan nak turun bukit ni. Scary! Tapi ni antara pengalaman terbaik aku.

*The Cardona Horse Trek, tempat ni memang osem. Tapi takde rezeki nak berhorseriding kat sini. Maybe next time...*
*Lina bersama 'sweeper' Trip Kekawan, Abang Syafiq (kiri belakang) dan Abang Lee (yang berpayung). Diorang sangat sempoii...

*Cubaan aku untuk menggabungkan 2 gambar. fail sikit...*
Okay, then kami teruskan perjalanan ke Queenstown. Tempat ni memang cantik! Kawasan dia berbukit-bukit, sejuk dan cantik dan ia merupakan satu bandar yang sibuk. Tetapi masih lagi slow-paced walaupun ia boleh dikira 'sibuk'jugak la (kalau KL tu memang dah level sibuk gila kut?). Kami terus park dekat dengan Skyline. Skyline ni macam satu kawasan aktiviti di atas bukit. Cara nak ke sana adalah samada kau mendaki bukit (I don’t think it is possible) ataupun naik cable car (NZD30/return). Kami memanglah nak naik ke sana untuk tengok Haka Show (persembahan oleh orang asli New Zealand). Kami sampai dalam jam 6pm dan setibanya di kaunter, kami terus beli tiket gondola return dan tiket persembahan Haka Dance. Setibanya di atas bukit selepas naik gondola, kami bercadang untuk buat aktiviti skydiving oleh NZone dan berjumpa dengan seorang counter attendant diorang yang jaga kat kaunter. She’s so cute. Lembut aja percakapan. Kalau gelak pun malu-malu aje, hehehe... Untuk aktiviti skydiving, asalnya aku memang tak mau sebab mahal (boleh mencecah RM2k) tapi selepas dicucuk-cucuk oleh Lina dan Phisya (dari Kak Kiah 1), aku pun bersetuju untuk join. Aku, Lina dan Phisya pun daftar. Ha, this time pun kami masih argue nak ambil pakej yang mana, samada 9,000 kaki (kejatuhan 30 saat), 12,000 kaki (kejatuhan 45 saat) ataupun 15,000 kaki (kejatuhan 60 saat). Asalnya aku nak 9,000 kaki saje sebab murah sikit tapi lepas fikir balik, this is maybe once and never again (hikhik...), I decided untuk ambil 15,000 kaki punya, sama dengan diorang which cost me about NZD430. Kalau aku nak ambil sekali dengan pakej photo+video+USB, I need to add another NZD299 which all would sum up and be about RM1900+- (wuuhuuuu, hukhukhuk~~~). Takpe la, sekali seumur hidup…

*Bergambar sebelum bergerak balik*

Then performance Haka dah nak start. Kami pun cepat-cepat masuk ke dewan persembahan mereka. Kat dalam tu kami lihat ada dalam 6 orang asli (yang nampaknya berpendidikan, ehehehe… English diorang sangat hebat okay, jangan pandang rendah pada orang asli zaman ni). Performance diorang pulak sangat bersemangat dan hebat, huhu… I enjoyed it so much and if I go there again, I would watch them perform again. Dan pada penghujung performance, diorang ada jemput penonton untuk buat tarian diorang. Aku pun take part. Sempat tarik Lina dan Phisya sekali, wakakaka… Okay, another good experience! Thanks a lot!




*Take part dalam performance Haka Dance. Ala, sikit-sikit aje... Baik pulak akak performer ni mintak kamera aku supaya boleh tangkap gambar aku masa ni, hehehe...*
*Performers Haka Show*
Then, selepas keluar dari teater persembahan tu, kami sambung confirmation skydiving dengan orang kat kaunter yang cute tu. Dia bagi resit dan cakap, by 9am esok kena call NZone untuk confirmkan samada boleh buat ke tak sebab kena tengok situasi cuaca untuk buat aktiviti ni. Kami punya sesi adalah pada jam 10am. Kak Kiah 1 ramai nak naik helicopter untuk main salji kat puncak gunung. Then after everything was done, kami pun bertolak ke Moke Lake Campsite, berdekatan dengan Ben Lomond Horse Trek.

Kat sini memang basic campsite. No power, no proper toilet and shower, no kitchen. Tapi the best thing is campsite ni betul-betul sebelah tasik. Nak masuk ke sini, kami kena lalu farm kambing dan lembu melalui jalan batu loose. Memang bila masuk ni kitorang tertanya-tanya, “Betul ke jalan ni?” Tapi sampai jugak…

*Jalan ke Moke Lake. Memang banyak lake kat sini, bukan Moke aje*


*Kambing-kambing boleh dilihat sepanjang jalan ke Moke Lake. Lina kata kambing-kambing ni menyerupai 'kutu atas padang golf'*



Air tasik Moke ni sangat lah jernih dan sejuk. Ada nampak beberapa ekor itik bermain-main kat tasik ni. Bertuah badan dapat datang ke Moke Lake ni. Lagi bertuah tuan empunya tanah yang duduk dekat dengan tasik yang awesome tu. Lebih bertuah lagi, kambing-kambing dan lembu-lembu dapat makan dan minum benda fresh kat tempat yang best ni.

*Ni la pemandangan semasa kami sampai haritu. Autobots tu semua sedang mennunggu kawan diorang sampai. Autobot GNF441 pulak baaaaru je tiba, hehehe...*
Malam tu merupakan antara malam yang tersejuk. I bet suhu dia jatuh serendah 5 degree Celsius sebab malam tu hujan tak berhenti-henti diikuti dengan angin yang kuat yang menggoyangkan motorhome kami. Ngantuk punya pasal, malas nak peduli semua tu, hahaha...

**********

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)

Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)

Monday, 8 December 2014

Journey to New Zealand – Day 1


Tarikh: 24 November 2014
Lokasi: Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama

**********

Pada pagi tu, aku bangun jam 6am kononnya nak solat subuh. Terlupa pulak sini kat New Zealand, mataharinya terbit jam 4.30am la Azie… Ah, belasah aje la, lewat pun lewat jugak la, asalkan buat, huhuhu…


Lepas tu aku kemas balik barang-barang aku dan tepat pada jam 7.30am aku keluar dari sana. Sebab Trip Kekawan bagi suggestion North South Holiday Park ni within walking distance aje dari Apollo Motorhomes, aku pun bercadang untuk jalan aje la. After I deposited my room key, I started to walk. My imagination was it would take about 5 minutes of walk. I was DEAD wrong! It took me about 20 minutes. Oh dear… Dan jalan pulak (walaupun ada laluan pejalan kaki), penuh dengan loose stones. Risau pulak aku punya tayar beg tercabut nanti, huhuhu… Kadang-kadang bila fikir balik, macam menyesal pulak jalan kaki aje, huahuahua…


Sampai aje kat Apollo Motorhomes tu, berpeluh-peluh dahi ni regardless of the suhu yang agak sejuk. Sesampai sana, ada ternampak someone yang pernah aku nampak masa kat taklimat Trip Kekawan dulu. Haa, betullah tempat ni. Then masuk menunggu kat dalam tetiba ternampak Kak Shima (our leader) and Lina and kak Hasfa.
*Ni rupa kedai motorhome tu*


Okay, nak cerita sikit pasal motorhome ni. Sebelum ni kan aku ada cakap aku daftar untuk motorhome 4 berth, right? Before pegi, Trip Kekawan ada susun balik nama-nama kitorang ni dan aku yang solo ni dimasukkan ke dalam group Kak Kiah motorhome 6 berth with toilet and kitchen (I don’t mind. In fact, I am thankful I was with them). And we were suppose to have 17 people in the group and per motorhome will be 6 and 5 people la kan? And in the end, 7 people tarik diri which left us with 10 people and 2 motorhomes. Dan cerita Aunty pulak yang se-motorhome dengan kami, the day anak dia sepatutnya fly ke Australia before ke Christchurch (which supposed to be one of us in Kak Kiah 2) was suspected with dengue so she can’t come and it left us with 4 people in Kak Kiah 2 (and still 5 people in Kak Kiah 1).

Kami menunggu di ruang lobby di sana sambil pekena free coffe and hot chocolate sampai la lebih kurang jam 8.30am. On that time, kitorang dah boleh start tengok-tengok motorhome masing-masing. Oh, Aunty yang satu motorhome dengan kami pun dah sampai ke sini by this time. Proses nak ambil motorhome tu agak lama. Kena isi borang dulu, hantar credit card, decide nak ambil additional insurance ke tak, bayar DRT (Diesel Recovery Tax – iaitu tax yang dibayar sebanyak NZD150/motorhome yang menggunakan diesel) ambil GPS dan walkie talkie set dari Trip Kekawan, taklimat sikit, check for errors in our motorhomes (GNF441) dan kami dah boleh bawak dah. By the way, diorang akan ambil NZD150 dari satu credit card per motorhome. This acts as deposit kalau kita tak pulangkan motohome dengan minyak penuh ke, atau tercalarkan motohome tu ke, atau terhilangkan barang ke. Maka dari situ dia akan potong dari kad kredit kita. So, jaga la harta orang tu baik-baik ye?
*Poyo jap dengan posing tu*


*Our baby, GNF441*


*Posing dulu sebelum gerak*


*Gambar dari tempat driver akan macam mana susunan kat dalam motorhome 6 berth tu. Yang macam cermin kat sebelah kiri tu sebenarnya adalah pintu masuk ke dalam tandas dan bilik air. Yes, memang kecik. Yang belakang nampak macam tempat duduk tu kami tukar jadi katil. Yang sebelah kanan, counter tu merupakan dapur dan sinki. Ada TV pun tapi tak pernah bukak...*

Okay, sedikit nasihat kalau nak amik motorhome ni. Diorang hanya akan check luaran/body motorhome tu aje dengan kita. Sebelum bergerak, kau kena check dalaman dia pulak. Kalau pinggan mangkuk dan gelas tu, usually diorang tak kira. Tapi kena check kalau-kalau butang nak bukak cabinet tu longgar ke, aircond tak berfungsi ke, atau apa-apa la. Sebab yang ni selalunya kita akan start perasan kalau kita dah sampai ke campsite dan masa ni dah terlambat kalau nak komplen.


Okay, kami mulakan perjalanan kami dengan Bismillah. Lina rasmikan dulu. Sepanjang masa ke Airport Motor Lodge (nak ambil Kak Rahmah), ada bunyi alarm kat dalam motorhome kitorang. Menggelabah la kitorang mencari bunyi apa tu. Siap bukak manual motorhome lagi kau. Last-last tau bunyi apa? Bunyi hand brake tak turun habis, wakakaka…. Gila rendah handbrake dia kena turun, sapa nak perasan? Okay, dah setel satu, lega hati.

Lepas ambil Kak Rahmah, kami set GPS kami untuk menuju terus ke Twizel Holiday Park Campsite melalui Route 77 Inland Scenic Route. Memang scenic betullah jalan ni. Sempat juga kami singgah ke Rakaia Gorge untuk aktiviti pertama kami, iaitu Discovery Jet Rakaia Gorge. Ni actually first time naik jetboat. Best sungguh yang tak disangka-sangka. Bot ni bawak laju then suddenly dia buat lap. Yang terbaik adalah bila kadang-kadang tu kitorang terkena air sungai. Sejuk betul! Tambahan pulak udara dah la sejuk. Buat jadi lebih hebat apabila tempat tu berlatarbelakangkan bukit-bukau yang sangat cantik yang amat! Puas hati betul walaupun dah cucuk poket aku sebanyak NZD50 untuk naik jetboat ni (hukhuk…).
*Antara pemandangan yang menjadi sajian mata kami*

Kemudian kami meneruskan perjalanan kami dan kami sempat singgah ke Lake Tekapo. I’ve never seen with my own two eyes a beautiful lake like this. Cantik! Dengan airnya jernih kebiru-biruan, keliling tu pulak penuh dengan bunga Russel Lupins yang tumbuh meliar dan berwarna warni. Wangi pulak tu! Untungnya New Zealand ada bunga liar yang cantik dan wangi.
*Bunga Russel Lipins ungu yang tumbuh meliar. Ada warna putih, kuning, pink, oren, memang cantik!*
*Ni gambar di lake Tekapo. Actually kalau berada kat sana, memang korang breathless la dengan kecantikan tempat tu*

Setelah bergambar puas di sana, kami meneruskan perjalanan kami. Dalam perjalanan tu, kami terhenti pulak dekat depan sebuah lagi tasik, iaitu Lake Pukaki. Cantiknya, tak dapat nak diceritakan. Next time kalau datang lagi, kena singgah betul-betul kat Lake Pukaki ni. Kami just stop motorhome kat seberang dan amik gambar berlatarbelakangkan Lake Pukaki aje. Jadi tak dissolve akan kecantikan Lake Pukaki ni. Anyway, kami pun bergambar banyak-banyak di sini dengan tasiknya yang berlatarbelakangkan Mount Cook. Memang awesome I tell you!
*Ni adalah pemandangan di Lake Pukaki. Memang... Wow....*
*Lompat si Ajie lompat*

Sepanjang perjalanan ni, mata kami tak putus daripada melihat pemandangan yang cantik. Oh, kambing dan lembu pun tak habis-habis kelihatan selain bunga Lupins yang memang tumbuh bersepah-sepah. Memang sangat hebat pemandangan ni…


*Selain kambing dan lembu, kuda pun antara haiwan yang biasa didapati di sini*

Setibanya kami di Twizel, kami terus isi minyak di Z Station (memang nama petrol station ni Z). Kami pun beli jugak sikit barang untuk dimasak malam tu such as telur, cheese, susu (yang fresh gila!), keropok, coklat dan beberapa benda lagi.

Kemudian kami ke Twizel Holiday Park Campsite. Jalan dia agak sempit untuk motorhome 6 berth tapi okay aje. Seronok tengok banyak-banyak motorhome berkumpul kat satu tempat. After we registered and paid for the parking site, we settled down and cooked a little for dinner di dapur yang disediakan (saja tak nak masak dalam motorhome dulu. Taknak kena buat greywater dumping awal-awal, hahaha…). Kami sampai haritu lebih kurang jam 8pm (masih terang lagi) dan kami tidur pada jam 12am selepas set katil kami.

Oh ya, sebab motorhome kami ni 6 berth, untuk 6 orang tidur, ada 2 katil kena set kat bawah dan satu katil memang permanent kat atas. Kami pulak berempat saja dalam motorhome tu. Maka katil permanent yang kat atas tu kami buat tempat letak beg kami dan katil yang kena set kat belakang tu kami dah set awal-awal dan tak dialih-alihkan lagi sampai last day. Katil kat tengah yang jadi tempat duduk penumpang saja yang kami kena buka dan tutup setiap kali nak tidur atau lepas bangun. Kami pun kurangkan penggunaan toilet dan sinki sebab taknak buat greywater dan wastewater dumping banyak kali. Maka tahanla sejuk-sejuk atau gelap-gelap kat luar sekalipun, redah saja la untuk ke tandas/bilik air.

Untuk hari pertama ni, jarak pemanduan kami adalah sejauh 343km. Aku dan Lina bergilir-gilir memandu. Antara sebabnya, aku bukanlah pemandu yang tegar. Aku ni jenis cepat mengantuk, hahaha…
*Checkpoint kami di Twizel. Kamera pun dah penat dah by this time...*

**********

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)