Lokasi: Gore - Dunedin - Timaru
**********
*My station of our baby, GNF441. Merasa jugak aku bawak Volkswagen, harharhar...*
Pada pagi tu, kami adakan taklimat untuk pergerakan
hari tersebut. Dari situ kami dapat tahu apa yang dah jadi di Queenstown. En.
Zikri kata tak pernah-pernah jalan kena tutup sepanjang dia adakan trip ni,
dan-dan pulak time kitorang jalan kena tutup. Dia dapat tau dari owner/keeper
Gore Dolamore Park ni yang jalan tu kena tutup sebab ada accident antara van
dan dua buah motorsikal. Kebetulan pulak penumpang van tu (empat orang) adalah
warga Malaysia. Perempuan pulak semua tu. Menurut berita mereka, penumpang
berempat warga Malaysia tu naik van based in Christchurch dan ada pemandu warga
tempatan dan penunggang motorsikal tu rempuh van dan menyebabkan seorang daripada
mereka maut di tempat kejadian. Katanya siasatan lanjut mendapati bahawa
penunggang motorsikal tu menghadapi serangan jantung semasa memandu dan tu kut
yang buat dia slammed into the van, Wallahualam.
Tapi dari berita national tu kami dapat tahu yang
empat atau lima motorhome geng kami ni tersangkut masa accident tu dan terpaksa
buat detour around Te Anau untuk sampai ke checkpoint masa tu. Katanya (salah
seorang yang terlibat), diorang terpaksa drive sejauh 8 jam dalam detour tu dan
diorang drive ramai-ramai. Sampai satu masa dua-dua driver diorang dah
mengantuk, terpaksa import driver dari motorhome lain untuk drivekan motorhome
diorang. Memang kesian dengar la wei... Lagi satu kitorang yang motorhome Kak Kiah 2
ni memang betul-betul bersyukur la yang kitorang tak terlibat sekali. Kalau tak
aku tak tau la macam mana kitorang nak menghadapi situasi macam tu. Cukup-cukup
la situasi parking macam orang gila kat Queenstown, huhuhu…
Okay, so pagi tu kami diberitahu yang kami akan
melalui satu bandar besar iaitu Dunedin dan dari situ kami diberi dua pilihan
iaitu samada kami nak teruskan perjalanan ke Timaru atau nak detour untuk
singgah ke Peninsula Otago atau tak. Diberitahu tentang jalan ke Peninsula
Otago tu sempit, berliku dan dekat dengan tebing laut menyebabkan most of us
tak nak ke Otago. Lagi satu katanya kalau nak ke Otago kena spend 3 jam untuk
perjalanan pergi dan balik sebab walaupun dari Dunedin ke Peninsula Otago tu
actually tak jauh mana, tapi jalan sempit menyebabkan kita kena pandu lebih
perlahan dan it will take more time to reach destination. Lepas tu katanya
Larnach Castle (yang aku nak pegi originally) tu agak ‘keras’ sikit dan jalan
nak naik tu sangat curam. Adoii, memang saje tak nak bagi kitorang pegi. So,
kansel je la. Terus ke Timaru dari situ.
So kami terus berjalan menuju ke Dunedin dan setibanya
kami di sana, kami terus cari railway untuk park kat situ. Rate dalam NZD2/hour
dan kami bayar untuk 3 jam (end up macam tak cukup 3 jam tu, wahahaha…). So lepas bayar,
kami pun pegi masuk dulu toilet awam dia. Hm, toilet pun canggih. Bila masuk,
kena tekan butang untuk tutup. Bila dah tutup, kita guna toilet tu, dia takkan
flush selagi kita tak basuh tangan atau buka pintu. Lepas tu pulak, kat stesen
basuh tangan dia tu ada pulak water dispenser, soap dispenser dan hand dryer
yang menggunakan sensor which means kau lalukan aje tangan kau kat
kawasan-kawasan ni, nanti dia buatkan untuk kau. Memang takde rasa something
big pun tapi cara dia susun semua tu sekali buatkan aku terfikir, “Apa hal lah
canggih sangat benda ni. Tandas je kot. Camne la kat Jepun agaknya? Orang
selalu kata Jepun punya tandas canggih macam mesin belik tiket keretapi.”
*Bandar Dunedin*
*Posing dekat depan stesen keretapi Dunedin*
Okay, lepas kitorang dah selesaikan bisnes kat tandas
tu, kami berjalan ke dalam bandar Dunedin. Kat situ kami singgah ke beberapa
kedai untuk bershopping dan kami berhenti makan di Trojan Kebab House. Kebab
kat situ harga dalam lingkungan NZD9-25 dan yang kitorang beli tu dalam harga
NZD14 tapi aduhai, besarnya kebab dia…
*Ni kebab dia. Besar dak? Aku tengok dari Sydney sampai la New Zealand, makanan diorang memang banyak gila dalam satu hidangan tu. Berbaloi-baloi belanja walaupun (sangat) mahal kalau dah convert, hukhukhuk...*
Then kami bergerak ke kilang Cadbury tempatan. Kami
malas la nak ambil tour dia. Kami pegi sana untuk beli coklat aje. Kat sini,
kalau pegi beli coklat, kau tak perlu risau kalau kau kena transit di
Australia. Kastam kat Australia membenarkan coklat (walaupun dairy product)
lepas dengan syarat kau kena la biarkan coklat tu dalam keadaan tidak dibuka
langsung. Kalau dah buka untuk makan, samada habiskan atau buang sebelum jumpa
kastam.
*Depan ruang shopping Cadbury Dunedin.*
Kat sini kami beli la beberapa coklat Carnival Edition
(Limited) yang tak dijual kat Malaysia. Macam Old Gold, kat Langkawi boleh
dapat, so aku beli satu aje. Yang Carnival Edition ni ada 4 jenis perasa dan
aku ambil tiga sebab ‘Buy 3 for NZD12’. Rembat aje la…
Then lepas kami dah habis shopping, kami teruskan
perjalanan ke Timaru.
*Kelihatan pantai yang airnya kebiru-biruan dan angin yang sangat kuat. Awesome sangat! New Zealand ni penuh dengan warna biru dan hijau yang tak tercemar...*
Oh, dalam perjalanan, kami sempat singgah untuk
melihat Moeraki Boulders. Batu-batu bulat di predates pada zaman prehistoric
lagi. Memang batu-batu ni bulat-bulat dan ada yang dah pecah. Bulat-bulat
diorang macam rupa telur penyu dan kalau dah pecah tu memang nampak cantik la
pecah dia. Kami bergambar-gambar atas batu-batu ni, dalam batu pun ada, hahaha…
Boulders ni zaman prehistoric lagi tapi ada yang macam baru pecah tapi
berkemungkinan besar, kami la penyumbang kepada pemecahan batu ni lebih awal.
Sebabnya masing-masing yang ambil gambar semua nak panjat batu-batu ni, memang
tak tahan lama la, hahahaha…
*Berposing atas batu yang dah berusia jutaan tahun. Aku nampaknya antara penyumbang kepada kepupusan batu ni lebih awal, huhuhu...*
*Batu belah batu bertangkup, telan lah aku, mamah la aku, aku kempunan telur tembakul, waaa....*
Then kami sempat singgah ke Kangaroo Wallaby dekat
Waimate. Kat sini kami lalu masuk jalan kampung. Zoo wallaby ni dijaga oleh 2
orang makcik tua. Tempat ni boleh dikatakan macam mini zoo sebab macam-macam
haiwan diorang jaga. Ada pony, ada merak, ada kucing, ada wallaby (jangan cakap
la), ada monyet, ayam, itik, angsa. Pendek kata, haiwan-haiwan yang biasa orang
buat pet ada kat sini. Tapi tarikan utama mereka adalah wallaby la. Wallaby tu
apa? Dia macam kangaroo tapi saiz kecik sikit. Tu je perbezaan yang aku boleh
bagi.
Kami bayar NZD12 untuk tengok wallaby ni. Makcik ni,
adohaii, banyak prosedur dan protokol yang kami kena ikut untuk masuk sangkar
wallaby dia nih. First, bayar dulu (of course…), second kena pakai kasut yang
diorang sediakan (yang ni munasabah la sebab wallaby ni poo merata-rata, taknak
kasut kami kotor), third, cara bagi makan kena betul (kena pegang beg plastic
betul-betul, kena hulur tangan, kena tunduk, lepas tu mencangkung pun kena
betul!), tak boleh whistle kat diorang, takleh click your tongue to them, tak boleh panggil diorang macam panggil
kucing, tak boleh cakap selain Bahasa Inggeris dengan diorang (paham ke diorang
dengan English?), tak boleh gosok kepala, tak boleh kasar-kasar, tak boleh amik
gambar dengan flash, tak boleh tu, tak boleh ni, adohaiiii…
Anyway, senang je bendanya. Kau tunduk, bagi makan,
amik gambar, dan blah, wahahaha…
*Sesi memberi wallaby makan. Wallaby ni macam kangaroo tapi pocket size aje, hahaha.... Takde la, saiz dia lebih kurang 1/3 daripada saiz kangaroo biasa*
*Pegang anak wallaby ni macam pegang anak manusia jugak, hahaha...*
Kami sebenarnya nak singgah untuk beli strawberry di
Strawberry Farm Outlet di Waimate, berdekatan dengan tempat wallaby tadi tu
tapi kedai dah tutup sebab kedai kat sana memang tutup awal. Our loss…
Okay, then kami meneruskan perjalanan ke Winchester
Campsite di Timaru. Tempat ni macam kat satu padang besar. Takde tarikan sangat la kat
situ kecuali pokok dia penuh dengan bunga (dan that time tu pulak kebetulan memang hujan, so tak dapat nak berjalan sangat) tapi tarikan untuk kami pada malam tu adalah sesi ber-BBQ, aw
yiss!!!
Hidangan kami malam tu adalah lamb sekor setengah.
Kami dah mintak dengan organizer supaya sembelih 2 ekor lamb tapi dia risau tak
habis, jadi diorang stick kepada sekor setengah aje. Sebab dia ada kata, hidangan
lamb kat geng sebelum ni tak pernah nak habis. Selalu aje tinggal satu dua layer
daging kat dalam bekas marinate. Basically memang tak pernah habis la. Tapi
datang pulak time kitorang end up tak cukup pulak lamb tu. Mungkin sebab geng
kali ni semua kaki makan kambing. En. Zikri kata diorang dah cuak bila dah
start nampak base kat bekas marinate tu sampaikan diorang pun tak makan, punya
la laku kambing kali ni, hahaha…
Malam tu actually aku join BBQ lambat sikit sebab aku
mengemas-ngemas beg aku. Huih, risau aku beg macam dah penuh, huhuhu… Then
lepas macam dah setel, aku join diorang. Masa tu kambing masih ada dan aku pun
beratur. Dapat la dalam 4 ketul, wakakaka… Makan-makan, then terus tido lepas
tu.
************
See also:
Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
************
See also:
Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
No comments:
Post a Comment