Showing posts with label Siem Reap. Show all posts
Showing posts with label Siem Reap. Show all posts

Saturday, 9 September 2017

Kembara ke Siem Reap Day 2

Kembara ke Siem Reap Day 2

Tarikh: 1 September 2017
Hari: Jumaat
Lokasi: Hotel - Masjid - Lunch - Killing Field - Lotus Farm - Tiket Angkor - Dinner - Hotel.

**********

Hari ni sepatutnya hari free and easy kami, sebab hari ni jatuh pada Hari Raya Korban. Konon nak join orang solat raya, tapi aku kena tinggal kat hotel. Husband aje pegi, sobsob...

Zaky ambil husband aku dari hotel dan diorang pergi masjid. Dalam 2 jam lepas tu diorang balik. Husband kata selipar hotel yang dia pakai ke masjid hilang. Zaky punya pun sama. So, no choice, husband aku kena cari selipar baru. Setiap kali kitorang pegi negara orang, mesti akan kena beli selipar, pelik betul.

Bila husband dah sampai hotel, kami rehat dulu sampai la lepas Jumaat, dalam jam 1pm camtu kami keluar.


* Panaih lit lit!


Mula-mula cari makan, ingatkan ada la restorang halal yang buka, tapi hampeh, semua tutup. Masjid tu buat korban lepas Solat Jumaat, so banyak kedai tutup. Maka ber-huhu lah kami. Jadi kami pun ke KFC yang berdekatan. Oh ya, KFC sini halal ya. So, no worries.

Lepas makan, kami pun ke Killing Field/Wat Thmey. Killing field ni adalah muzium + temple, so masuk adalah percuma. Nothing much, cuma di sana ada papan kenyataan yang tertulis sejarah masa pemerintahan Pol Pot. Tak perlu nak cerita kat sini, boleh Google je. Cuma ada satu menara di tengah-tengah kawasan ni yang menghimpunkan tengkorak-tengkorak orang yang dibunuh masa Pol Pot ni berkuasa.

*Ni menara tengkorak yang femes tu. 


Lepas tu kami lepak kat gerai di Killing Field tu, minum kelapa muda yang best amat! Sudu pakai kulit kelapa je. Senang samgat nak korek isi tu. Apasal kita kat Malaysia dah tak buat camni ea?

*One thing yang bagus pasal Cambodia ni, kelapa dia BAPAK BESAR! Isi pulak GILER TEBAL! Puas makan.


Then kami ke Lotus Farm. Kat sini pun tak ada apa sangat cuma kalau nak bergambar tu okay jugak tempatnya. Tapi sebelum balik, kami beli buah lotus di sini. Seikat cuma USD0.50 dan kami beli 2 ikat. Siap boleh bawak balik Malaysia lagi. Kalau nak tau cara nak makan buah lotus, sila Youtube.

Rasa buah lotus? Lemak-lemak berkacang, sedap. Sekali rasa macam pelik, dua kali rasa, dah takleh berhenti. Ni kali kedua aku makan buah lotus. First time dulu kat Endau-Rompin, tapi buah tu kecik-kecik.
*Kat satu kawasan di Lotus Farm, diorang ada sediakan platform untuk berjalan. Sila jangan jatuh, kalau tak anda akan kebasahan.


*Cantik, tapi panas, tak tahan...


Kemudian kami ke Tasik Tonle Sap. Memang tak plan nak buat tour floating market since ramai sangat kata sini banyak scam. Dah mahal tak bertempat, haha... Kalau sorang tu dah USD20 untuk tour-tour sekeliling tasik, lepas tu dibawa ke tempat yang kau tak nak pegi sambil dipaksa menderma, pastu dengan harga sebotol Pringles mencecah USD4 (lebih kurang RM15), kau rasa tempat ni jadi apa sebenarnya kalau bukan lubuk scam? Jadi kami cuma ke jeti mereka dan lepak kat situ sekejap.


*At least kitorang sampai ke Tonle Sap. Angin kuat sangat.

Kemudian, kami berpatah balik dan menuju ke tempat penjualan tiket Angkor Wat. Beli tiket untuk keesokan harinya. Sebab beli pada jam 5pm, diorang bagi free Sunset View dari Angkor Wat, so boleh la bertolak ke Angkor Wat untuk sunset. Ala, kat situ cuma nampak silau-silau matahari terbenam je. Silau wei!

*Cipar (selipar) besar!!!

*Ni kat luar Angkor Wat. Boleh nampak tak betapa silaunya direct sunlight tu?

*Hokey, amik mood. Esok nak masuk dalam tu


Lepas tu, kami pun bertolak ke route 60, di mana daging bakar yang famous tu dijual di sini. Ada salah satu daripada kedai-kedai tu adalah kedai daging bakar halal, kedai kat hujung sekali. Kami makan 2 set daging bakar + sup (set macam makan steamboat). Kenyang yakmat!

*Sila order 2 atau 3 pinggan. Siyes tak cukup


*Yang banyak tu actually mi sup dia. Best la kat sini, puas makan.


*Zaky tunjuk terer memasak, hehehe... Kalau dia takde, apa la kitorang nak buat dengan semua bahan ni...


*Ni papan tanda gerai tu. Pastikan ada perkataan Halal. Kedai kat hujung sekali sebelah kiri


*Nampak 'brahok' tu? Sedap!

Masa kami duk makan-makan tu, ada la terperasan 2 orang lelaki datang kedai tu dan duduk. Tak lama lepas tu, tuan kedai datang jumpa Zaky dan Zaky pun bangun pegi ke orang tu. Turns out, dua orang tu datang dari Malaysia sebab ada projek kat sini. So, diorang pun tau kedai makan ni, cuma diorang tak reti nak order apa sebab masing-masing (diorang dan tuan kedai) tak faham antara satu sama lain. So Zaky la yang kena jadi translator. Len kali kena mintak diorang charge kat kitorang sebab pinjam driver tuktuki kitorang, hehehe...

Bila nak balik tu, tegur la pakcik dua orang tu. Mengeluh diorang sebab susah nak jumpa kedai makan halal (salah sorang tu chinese). Lepas salah sorang pakcik tu (yang Melayu) tegur kitorang, tanya, "Ni datang honeymoon ke? Nampak macam pengantin baru", hahahaha.... Tak la acik, kitorang pengantin lama, by setahun 7 bulan, wakakaka~

Lepas tu kami terus balik hotel. Tapi singgah kedai sebab nak cari baby powder. Tetiba terjumpa ni:

*Erm... What?

Sampai hotel, rehat cukup-cukup, sebab esok ada main event, nak kena jalan banyak.

============================
Perbelanjaan, USD1 around RM4.20:
============================
     - Selipar (husband punya hilang kat masjid): USD2
     - Lunch KFC: USD9 (untuk 3 orang)
     - Kelapa muda: USD1
     - Lotus Farm entrance: USD1
     - Lotus fruit: USD1
     - Angkor Wat entrance for 2 pax: USD74
     - Dinner daging bakar: USD19

     - Miscellaneous spending: USD5

Total spending for Day 2:
USD112
RM471

**********

See also:

- Kembara ke Siem Reap Day 1


Thursday, 7 September 2017

Kembara ke Siem Reap Day 1

Kembara ke Siem Reap Day 1

Tarikh: 31 Ogos 2017
Hari: Khamis
Lokasi: Airport - Silk Farm - War Museum - Hotel

**********

Sepatutnya sebelum update pasal Siem Reap ni, aku ingat nak update pasal Bandung yang aku pegi bulan lepas dengan mak aku, tapi takde pulak itinerary detail, so, kansel la.

Let's sambung.

Mula-mula memang tak terfikir nak ke Cambodia, serius, takde langsung. Lepas tu tiba-tiba satu hari tu ada perkara yang menyebabkan aku tiba-tiba ajak husband pergi Cambodia (akan diceritakan nanti). Kebetulan pula, tu memang around the time AirAsia buat promo free seat. Apa lagi, rembat la tiket empat helai. Oopss, empat helai? Dua helai lagi ke mana? Rahsiaaaaa..... Sebab as in September 2017, trip lagi satu tu masih belum complete, so, takleh citer.

Kebetulan pulak, this time around memang ada cuti 4 hari berturut-turut, termasuk satu hari American Holiday, so husband aku dapat la cuti 6 hari bila dia ambil satu lagi cuti tambahan untuk hari rehat. Dan hari cuti tu adalah termasuk Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, tambah pula hari raya Haji, so panjang la cutinya.

Dan beberapa hari sebelum flight baru aku perasan, hari yang konon plan nak pergi Angkor Wat tu adalah hari kedua, yang jatuhnya pada hari pertama Raya Haji. So, kami kansel ke Angkor Wat pada hari kedua untuk memberi peluang kepada diri ini merasa suasana raya di tempat orang. Semua ni kebetulan.

Okay, let's start.

Flight kami pada jam 6.55am. Adeh, kena keluar jam 3am memang TAK BEST ya! Dah la mengantuk, penat semalam pack barang dan kerja, lepas tu memang moody la. Sumpah lepas ni tak nak ambil flight pagi lagi dah... (yer ker...?)


*Lapangan jem hari tu. Cer kira berapa kapal sedang beratur


Lepas perjalanan lebih kurang 2 jam lebih, kami pun mendarat di SRIA (Siem Reap International Airport). Airport dia baru, cuma masa nak checkout tu, ada tourist dapat kad biru (kad deklarasi barang yang dibawa). Diorang dapat masa dalam kapal. Kami tidur, jadi pramugari tak bagi. So agak menggelabah la di situ, lagi-lagi bila pegawai dia kata tak payah kad tu (dan kad tu dah habis pun...). So kami percayakan aje dengan dia dan kami terus beratur untuk check-out. Oh ya, masa kat imigresen ni, diorang akan scan SEMUA jari kita, baik tangan kanan mahupun tangan kiri. So, be alert ya?

Lepas tu, tiba pula di bahagian kastam. Dia tengok kami tak ada kad biru tu, dia mintak untuk check passport. Lepas tu takde pula scan beg tu semua, terus jalan keluar. Aik? Senangnya?

Lepas, kami keluar, macam biasa ada ramai driver atau penyambut tetamu menunggu kami di luar dan kami terus nampak nama aku terpampang dipegang oleh seorang lelaki. Dia tu tuktuk driver kami. Namanya Zaky. Asalnya aku berurusan dengan orang yang bernama Zakariya, tapi Zaky kata Zakariya tu tourguide, jadi dia tak bawa tuktuk. So job haritu Zaky yang ambil. Okay, fine with me. Lagipun Zaky ni fasih berbahasa Melayu, bahasa pasar pulak tu, memang seronok la berbual.

Sedikit pasal Zaky ni, dia local-born, tapi dia ada sedara kat Malaysia. So setiap kali musim puasa, dia akan ke Malaysia sampai raya. Dia akan duduk rumah makcik dia kat Umbai, Melaka. Lagipun sebelum ni pun dia pernah kerja kat Malaysia dalam setahun macam tu. Lepas tu dia belajar bahasa pasar melalui rancangan TV kat Malaysia. Okay la dengan dia, husband aku ada geng borak, tinggal bini dia melayan perasaan sensorang, hahaha...

Okay, lepas kami disambut oleh tuktuk, dia bawa kami ke hotel untuk check-in. Kami pilih Tareach Angkor Villa sebab agak murah dan dekat dengan kelompok restoran makanan halal di kawasan tu. Pintu masuk hotel tu sangat tersorok sampai Zaky tak jumpa pada kali pertama lalu jalan tu, hahaha... Agaknya sebab hari tu hari Khamis, dan di Cambodia pula low season masa tu, hotel jadi kosong. So boleh check in awal. Lepas dah check in, kami pergi makan ke Muslim Family Kitchen Restaurant. Ni kedai sepupu sepapat Zaky jugak ni. Kedai ni JJCM Malaysia pernah datang sini. Harga? Okay la kut. Aku pergi ke Restoran Wau sekali je on the last day, boleh kata restoran Muslim Family Kitchen ni lebih murah dan sedap. Restoran lain? Tak cuba. Harga boleh dianggarkan makan biasa (2 lauk + 2 air, nasi free walaupun nak bertambah ya?) adalah dalam USD11 untuk 2 orang. Harganya lebih kurang macam ni: 1 lauk = USD3.50, 1 air = USD2, tapi bergantung kepada apa makanan korang makan.


*Meng-review gambar orang yang pernah datang


*Lauk lunch. Jangan tanya apa nama, tapi memang sedap!



*Ni lauk kedua, tak silap namanya nasi goreng Lok Lak. Nak curi sikit daging tu, nyum!


Next, kami cari simkad. Harga untuk internet sahaja adalah USD6. Untuk internet dan call ialah USD8. Unlimited. Unlimited apa, aku tak sure

Kemudian kami ke Silk Farm. Di sini langsung tak sempat nak ambil gambar sebab tourguide dia nak cepat aje, huhu... Tapi serious menarik. Boleh tengok macam mana diorang hasilkan sutera, bermula dari pokok sampailah ke hasil terakhir.

Sedikit info:
     - tourguide ni dibayar melalui tip. Kalau rasa bagus, bayarla lebih sikit. Kami bayar dia USD2. Tak sampai 10 minit pun.
     - ulat sutera menghasilkan 2 jenis sutera, kasar (sarang luar) dan lembut (pembalut dalam)
     - diorang masak ulat ni untuk ambil suteranya.
     - lepas dah extract suteranya, ulat-ulat ni diorang buat makan, so tiada pembaziran.
     - diorang akan simpan 20% dari semua ulat-ulat ni untuk dibuat baka dan biak.
     - kedai jual sutera diorang ni MAHAL GILA! Harga bermula dari USD5 (untuk keychain kecik comel yang entah sutera ke tak). Harga untuk scarf bermula USD25 ya!

Lepas tu, kami bergerak ke War Museum. Kat sini niat kami nak cari tourguide, tourguide pulak tak dapat dikesan! So jalan-jalan la dengan sia-sia tanpa ilmu di dada. Ambil-ambil gambar sikit, lepas tu kami pun bergerak pulang ke hotel.


*Ada ditulis sejarah tentang benda ni, tapi tak tertangkap gambar la pulak



*Nampak macam anytime aje benda ni boleh gerak, huhu...


*Ha, yer la tu. Lawan kereta kebal dengan selipar hotel, huehuehue~



*Real heli oo...


Penat sangat! So tertidur la. Sampai maghrib. Adeh, malas nak keluar tapi lapar. Jadi Zaky ambil kami dan bawa dinner ke tempat sama. Padahal boleh je jalan kaki, 5 minit je dari hotel, hahaha...


*Yang aku ingat, dalam dulang besar tu namanya ikan amok. SEDAP!!! Macam rendang ikan

Lepas tu, kami dibawa ke Night Market berdekatan dengan Pub Street. Sini banyak night market tau. Dan night market kat sini within walking distance dari hotel kami.

Kami cuma riki-riki dan tengok-tengok je, nak tau harga sikit sebelum menyopping pada hari ketiga nanti. Lagipun lepas tengok-tengok barang, dapat la sedikit idea apa yang dijual di sana. Oh ya, baju t-shirt cotton lengan panjang untuk wanita (muslimah) takde ya. Kalau ada pun, diorang jual blouse, tapi warna putih dan cotton yang jarang. Harga bermula USD15 (sebelum tawar), mahal...

Lepas tu kami balik hotel dan rehat...

=============================
Perbelanjaan, USD1 around RM4.20:
=============================

Planned spending:
     - Makan brunch: USD11
     - Simkad: USD6
     - Silk Farm (tip): USD2
     - War Museum: USD10
     - Dinner: USD14

Flight and Accommodation (payment through credit card):

     - Flight AirAsia for 2pax: RM857.80
     - Hotel Tareach Angkor Villa for 4 nights: USD92

Miscellaneous spending:

     - Sabun basuh baju dan susu soya Lactasoy: USD2

Total Spending for Day 1 + hotel and flight:
USD137 + RM857.80
RM994.80

**********

See also:

- Kembara ke Siem Reap Day 2