Showing posts with label Sydney. Show all posts
Showing posts with label Sydney. Show all posts

Sunday, 7 December 2014

Journey to Sydney/New Zealand – Day 0

Tarikh: 23 November 2014
Lokasi: Sydney Airport - Christchurch (New Zealand) Airport - Christchurch

**********

Pada pagi ni, jam 6.30am, aku ada shuttle ke airport. Asalnya nak ambil train saja untuk ke airport tapi lepas tanya counter YHA, diorang check-check sikit dan kata perkhidmatan train tutup pada hari tersebut. Maka perkhidmatan train mereka berubah kepada perkhidmatan bas. Ini penting kalau korang kat Australia. Sebab kadang-kadang diorang ada buat railway upgrade ke, apekebenda upgrade tah. Jadi perkhidmatan train akan ditutup dan diganti dengan bas. These busses akan berhenti ke setiap train stop dengan harga yang sama macam train tapi if you are rushing, please jangan guna this type of transportation sebab akan mengambil masa lebih lama dari perkhidmatan bas biasa. Sebab tu ni penting bertanya dulu sebelum buat keputusan. Bila ditanya, orang YHA ada cakap, train is the best solution to the airport but kalau dah jadi macam ni, the bus will take even longer to get me to the airport. So YHA cadangkan aku untuk ambil saja airport shuttle pada jam 6.30am keesokkan harinya. Yang ni diorang uruskan. Kita perlu bayar saja pada mereka. It’s about AUD15. Berbaloi sebab dari kita akan terus ke airport (dan drivernya bawak laju, kuikuikui…).
This shuttle express akan singgah dari satu hotel ke satu hotel untuk ambil passenger. Tapi dalam jam 7.30am, kami semua selamat tiba ke airport.
Fuh! Time ni merupakan pengalaman tak ternilai bagi aku. Sebab ni first time aku naik kapal terbang sorang-sorang. Pada awalnya memang agak menakutkan tapi lepas dah ikut nasihat kawan dan ikut aje arahan pada papan info di airport, takde la susah mana pun. Just benda pertama, kita kena pegi ke check-in counter (kalau tak pegi, boleh je buat web check-in atau mobile check-in if applicable, tapi sebab takde printer dan tak available, maka counter check-in aje la solution kepada masalah aku ni, sebab Qantas international tak sediakan mobile dan web check-in) dan sambil tu nak drop-off baggage. After check-in, diorang akan bagi tiket boarding dan mostly diorang akan tanda crucial information pada tiket tersebut such as, board kat gate mana dan time bila. Just pada masa yang ditetapkan, kita kena la berada di tempat yang betul.
Untuk flight ke Christchurch ni, aku sebenarnya beli tiket Qantas tapi dalam tiket dia ada tulis ‘operated by Emirates’. Pendek kata aku naik Emirates la. How was the flight you ask me? NICE I tell ya! Before this kononnya nak naik Air New Zealand sebab dah terpengaruh dengan iklan The Lord of The Rings dan The Hobbit diorang tapi memandangkan tiketnya a little bit mahal, aku ‘tolak la pelawaan’ Air New Zealand.
Aku naik kelas ekonomi Emirates ni. Kelas ekonomi dan bisnes macam takde beza sangat. Yang aku nampak adalah kelas ekonomi punya seat setting adalah 2x2x2 dan ekonomi adalah 3x3x3. Anyway, each of the seat got a personal screen so you can watch movies, listen to music, play games and even see through the camera that was placed outside the plane so that you can see the take-off and landing process (which is nice, sebab aku ni baru lagi kan, so agak jakun la). Dan before this aku dah buat pilihan seat secara online, maka rezeki aku la dapat tempat duduk tepi tingkap. I tell you, Emirates is a nice airline. Will fly with them again kalau ada rezeki (except for their online website, that's sucks!)
*Nampak tak banjaran yang ber-snow capped tu? Cantik sangat. Masa drive, kitorang lalu situ tau...*
I heard kalau flight more than 3 hours, most of these ‘expensive’ airlines offer in-flight meal. Sebelum setiap orang diberi makanan, kami diberikan satu kad menu. I thought (well, naif kan?) kena beli the food if I wanted to eat. So I was thinking, “Takpe la Zie, 3 jam aje pun flight ni. Tak kebuloq nyer kau!” Then aku wat bodo je la. Then tiba-tiba steward/ess Emirates sampai (oh, by the way, diorang ni hensem-hensem dan cantik-cantik belaka, unlike steward/ess Air New Zealand. Kak Shima kata diorang tua-tua belaka, wakakaka...) dan offer aku samada nak beef ke nak chicken. So aku pun mintak la beef (sebab dah boleh rasa tak dapat makan daging nye sampai one of the last days kat sana nanti). Then diorang offer air nak apa. Aku tanya, “What choice do you have?” (regardless of the menu that I got earlier, I forgotten about that at all) dan dia pun agaknya kurang dengar, dia reply, “Pardon? You want white wine?” Erk!!! “Um, no thanks. Plain water is just fine,” padahal nak apple juice tapi keberatan nak mintak, wakakaka…! My loss!
*My in-flight meal. Not bad kan?*



Sesampai aje di Christchurch International Airport, aku kena melepasi imigresen dan kastam. I heard it’s as strict as Australia’s. Well, kind of, but like I told you before, kalau kita jujur dan declare (dan tak bawak bahan yang totally terlarang, New Zealand lebih kurang macam Australia), kita insyallah boleh lepas. And one obvious difference between custom and immigration of New Zealand and Australia is New Zealanders adalah jaaaaauhh lebih peramah! I loike! Aku ditemubual oleh pegawai imigresen lelaki. Dia tanya nak ke mana, berapa lama, buat apa, ada salah tanda kat borang masuk tu kenapa, dan beberapa soalan lagi. Tapi yang best nya, dia siap boleh buat lawak lagi so kitorang gelak-gelak besar kat kaunter tu (I can tell orang lain tengok kitorang masa tu. Mesti diorang rasa macam pelik aje, hahaha...). Memang tak tension langsung! Serius aku suka dengan diorang! Dan diorang pun sentiasa senyum regardless how many hundreds and thousands of people they have to face every day.
*Keluar aje disambut dengan menara yang megah ni*
Then, lepas dah clear semua, aku cepat-cepat cari internet plan kat sana. Aku pilih untuk beli Vodafone 2 Gigabyte travellers’ Sim (end up tak cukup!) berharga NZD40 dan terus call North South Holiday Park untuk shuttle service. A little later, a big guy datang dengan silver van untuk ambil kami (oh, terserempak dengan another group of Trip Kekawan) dan dia load barang naik van. Peramahnya orang New Zealand ni. Setiap percakapan dengan pelanggan diorang mesti diorang akan senyum dan jadi semesra mungkin. Yang ni sedikit berbeza dengan kedai-kedai di Australia. And first time in my life I heard (secara live) they said, “Oh, crikey!” which is so cute! XD!! This time dia 'menyumpah' sebab masa tu dia angkat beg ke dalam kereta dan beg 24' aku tu macam agak berat. tu yang terkeluar 'crikey' dia tu, wakakakakaka....
My lodging for the day, which is at North South Holiday Park ni sebenarnya okay aje. Takde la grand sangat, tapi just nice. Bukan apa, tempat dia lengkap, banyak bilik dan spaces for motorhomes dan caravans dia banyak tapi kawasan diorang silap sikit. This place is located at city skirt and near with industrial place jadi kat sekeliling tempat tu memang takde tarikan langsung! (Unlike Kak Kiah group, they stayed at Airport Motor Lodge. Sana dekat tengah bandar, so there got so many things to do and kedai pun dekat-dekat).
Sesampai aje kat North South Holiday Park, aku masuk bilik. The room I paid for RM150 per night and it has 2 bunk beds! It means that I used the whole room meant for 4 people just for myself! Tak tau pulak camni ceritanya… Ingatkan just satu bunk bed untuk2 orang aje. Kalau tak aku amik bilik lain. Dan heater kat dalam bilik ni kecik macam radio aje. So memang  tak terasa hangat pun kalau duduk atas katil.
Suhu kat New Zealand ni lain dari kat Sydney. Usually Sydney punya suhu around 26 degrees tapi kat New Zealand, it’s around 16 degrees and can fall down to 4 degrees at night (which is sangat sejuk okay!) pada pertukaran season ke summer ni. Maka malam tu aku tidur aje atas lantai menghadap heater yang kecik tu, oh, sedih!
Oh, tak habis lagi. Lepas sampai, aku keluarkan barang dari beg dan susun sikit. Makanan aku untuk malam tu dan untuk breakfast hanyalah tinggal 2 cup mi segera, 2 tin tuna dan satu buku keju yang bawak turun dari Emirates. Dan kononnya nak keluar berjalan around Christchurch untuk cari kedai untuk beli roti. Ni ceritanya…
Aku ke office North South Holiday Park dan tanya kalau diorang jual roti ke tak. Yes, they do sell bread, tapi frozen punya! Dah tu, saiz besar pulak tu, huhu… Then aku nak sewa basikal diorang. My target kalau NZD20 pun aku sanggup lagi tapi u know what? They lent me the bike for free! Suka la aku, huhuhu… Maka aku pun bawak la basikal tu menuju ke arah yang disarankan oleh mamat Crikey tadi (wahahaha…).
Bersemangat aku berbasikal. Lepas sampai kat papantanda masuk ke North South Holiday Park, aku selfie kejap. Tetiba ada dua orang mamat dalam kereta lalu dan diorang jerit dari dalam kereta diorang dekat aku, “SELFFFIEEEEE!!!” Okay, malu sat, wahaha…
*Ada berselfie kat sini. Depan pintu masuk North South Holiday Park*
Then aku berbasikal la mencari kedai atau tempat yang menarik. So far, aku ada nampak satu kedai yang jual berries, such as strawberries, blue berries, cherries, cranberries etc, tapi takde nasib. Kedai tu bukak only on the next week, huhu…
Okay, teruskan perjalanan. Jalan, jalan, jalan, masih tak jumpa kedai. Yang jumpa hanyalah rumah yang comel dengan pokok bunga yang cantik. Tu aje. No kedai! Kalau ada pun macam terlalu jauh ke depan. Aku dah berbasikal almost 2km dan traffic light yang aku nampak macam berharapan besar untuk ada kedai di sekeliling tu I see for another 1km ahead. Tak sanggup aku nak berbasikal sejauh tu. Maka aku pun berpatah balik ke motel…
Hantar basikal ke sana dan masuk bilik. Masak la megi tu dan ratah satu tin tuna dan sebuku cheese tu sambil menyepahkan lantai bilik tu dengan barang aku. Duduk sorang aje maka the floor is mine!
Malam tu aku tido atas lantai aje. The heater was placed in front of me. Sejuknya malam tu….

Saturday, 6 December 2014

Journey to Sydney – Day 2

Tarikh: 22 November 2014
Lokasi: YHA - Scenic World Tour - Malaysia Hall - Harbour Bridge - YHA

**********
Pagi ni kami bangun awal untuk solat Subuh. Dan dalam jam 7am, kami dah mula tunggu tour guide kami di depan pintu masuk YHA. Tujuan kami pagi tersebut adalah untuk ke Scenic World dan tour guide kami pula namanya Aisyah. Dia merupakan student di satu universiti di Sydney (adoii, apa dah nama U tu?) dan dia berasal dari Johor. Dia dah belajar kat sana dah 4 tahun.
Kami menaiki kereta untuk ke Scenic World. Dari situ aku boleh nampak cara orang sana bawak kereta. The not-so-good thing about them is they usually press the gas and suddenly hit the brake. Aku tak berapa suka cara diorang bawak kereta, serius! Tapi the good thing about them is if they see people crossing, laju mana pun diorang bawa (kalau selamat), diorang still akan stop untuk bagi laluan pada pejalan kaki, especially kawasan bandar. And they don’t usually exceed the speed limit. And they rarely langgar lampu merah. And they got a good system in driving in city.
Dalam perjalanan untuk ke Scenic World yang mengambil masa almost 2 jam, kami sempat singgah ke Lincoln’s Rock untuk bergambar. Pemandangan sana sangatlah cantik! Berlatarbelakangkan bukit bukau yang penuh dengan pokok yang kalau sedikit cerah daripada masa kami sampai tu, dah boleh nampak bukit-bukit tu kebiru-biruan (hence the name Blue Mountain), kami bergambar-gambar la sikit sebelum satu bas pelancong dari Taiwan datang. Kebetulan pulak masa tu dah start panas. Maka kami pun meneruskan perjalanan kami ke Scenic World.


*Depan papantanda Lincoln's Rock*


*Berehat tepi tebing batu, huhuhu...*


*Okay, ni memang kerja gila, hahaha...*
*Dari kiri, Zana, aku, Lina dan Kak Rahmah. Haa, nampak pun muka Kak Rahmah...*

Lebih kurang sejam lebih kemudian, kami pun sampai ke Scenic World. Kat sana kami buat aktiviti secara pakej. Yang pertama adalah menaiki keretapi di Scenic Railway dengan jalan keretapi yang mempunyai kecuramannya sehingga 52 darjah. Sangat curam! Kalau bukan sebab keretapi tu just bawak perlahan, memang dah jadi roller coaster punya la! Dah la masuk terowong pulak tu. Actually, kawasan tu adalah bekas lombong arang batu. Lepas arang dah depleted, dia jadi tempat tarikan pelancong pula.


Kemudian kami berjalan dalam 10 minit melalui Scenic Walkway untuk menaiki cable car pertama. Sebenarnya selepas kami turun dari ‘The Steepest Passenger Train in the World’ tadi tu, kami ada tiga pilihan untuk berjalan menuju ke cable car. Yang pertama adalah berjalan sejauh 2.4km melalui air terjun bertingkat yang terletak di hujung Scenic World tu dan akan pusing ke pelusuk Scenic World (niat asal memang nak ke air terjun tu tapi apakan daya, semalam punya jalan pun tak sudah lagi penatnya), atau pilihan kedua adalah berjalan selama 20 minit melalui Miner’s Hut dan Lillipilli Link, atau laluan ketiga selama 10 minit (yang kami pilih) melalui Ventilation Furnace dan Coal Mine Entrance (tak leh masuk pun).


*Ni papan info masa masuk ke Scenic World*

*Ni before board Scenic Railway. Tetiba ada mat saleh kat situ, wakaka...*



*Nampak aku tunjuk kat mana tu? tu contengan aku kat papan hitam kat Scenic Railway*


*Nampak tak kecuraman 'The Steepest Railway' ni?*




Selepas berjalan selama 30 minit (dari 10 minit jadi tiga kali ganda sebab berhenti-henti ambil gambar), kami meneruskan perjalanan kami untuk menaiki Scenic Cableway. Perkara yang menarik pada Scenic Cableway ni adalah ia akan bergerak sejauh 545 meter menaiki bukit ke tempat kami bermula tadi. Ia juga merupakan cable car yang terbesar di Australia dan boleh memuatkan sehingga 84 orang dalam satu masa.

*Ni kat depan office coal mine.*


*Tak dapat kuda betul, kuda batu pun boleh laa...*
Selepas sampai ke puncak, iaitu di mana kami bermula tadi, kami pegi cari makan. Nak kata cari makan kat tempat orang ni memang susah tapi alhamdulillah, lepas kami bertanya pada penjual di kedai makan di Scenic World Top Station (tempat kami start tadi), dia ada bagitau, kalau di setiap hujung nama makanan dalam menu mereka ada tulis huruf ‘H’ dalam bulatan hitam, tandanya makanan tu halal. Sukanya kami tak terkata, maka kami pun order benda yang sama (sebab malas nak fikir panjang, hahaha...) iaitu beef burger with chips (without salad) yang berharga lebih kurang AUD14. Agak mahal, tapi tengok apa dia bagi sekali dengan burger tu dalam gambar kat bawah.


*Ni burger nya. Besar tak chips dia? hohoo...*
Benda yang kelakar masa nak order ni ialah nak memahami cara percakapan (atau slang) yang digunakan oleh hampir keseluruhan orang Australia dan New Zealand. Slang diorang memang pelik. Bukan tak pernah dengar. Dalam TV dah banyak dengar this kind of slang tapi bila berkomunikasi secara 'live' ni, dia jadi agak kekok dan susah nak faham. Keupayaan memahami slang diorang jugak la antara sebab kami putus asa untuk order perlbagai jenis makanan dan putuskan untuk order benda yang sama aje, kikiki...
Lepas order, kami diberi benda biru kat gambar bawah ni. Benda ni akan vibrate kalau order kami dah siap dan kami perlu ambil sendiri di kaunter. Hebat tak? Kat kedai makan pun pakai teknologi. Cepat-cepat la Malaysia catch up... =)


*Ni la benda yang akan vibrate kalau order kita dah siap*


Lepas kami makan, kami pergi membeli sikit di kedai cenderahati tu sebelum kami cuba Scenic Skyway. Cable car yang ni lain dari yang sebelumnya. Cable car yang ni ada open-window dan kat tengah-tengah cable car ni ada satu platform lantai kaca yang kita boleh tengok pemandangan kat bawah kaki kita. Jarak cable car tu dari ground level adalah setinggi 270 meter dan merupakan yang tertinggi di Australia.


*Ni pemandangan Katoomba Falls. Cantik tak?*




*Ni floor kaca masa naik Scenic Skyway*
  
Dari sini kami boleh nampak The Three Sisters. Okay, The Three Sisters ni ada legend yang tersendiri among aboriginals in Australia. Ceritanya gini; yang dapat daripada pemandu pelancong kat Scenic World kata The Three Sisters ni disumpah jadi gunung lepas diorang enggan kahwin dengan lelaki pilihan bapak diorang tapi yang aku terjumpa kat internet, The Three Sisters ni adalah maiden yang sangat cantik dalam tribe Katoomba. Pada suatu hari, mereka terjatuh cinta dengan tiga jejaka dari tribe lain tapi perkahwinan antara dua tribe tersebut adalah dilarang sama sekali. Kemudian, ketiga-tiga lelaki ni bercadang untuk menculik The Three Sisters but an elder of Katoomba Tribe ni tukarkan ketiga-tiga perempuan ni jadi gunung untuk melindungi mereka namun dalam peperangan yang tercetus antara dua tribe tersebut, the elder tadi mati dan tak ada sesiapa dalam Katoomba Tribe yang lain dapat redo the spell leaving the The Three Sisters remain as mountains until now. The Three Sisters (gambar kat bawah ni) adalah yang paling femes di keliling kawasan ni and can be viewed throughout Scenic World. The other Four Sisters pulak boleh dilihat kalau naik Scenic Skyway dimana one of the sisters ni terasing sikit daripada 3 lagi. Okay, don't ask me about the legend of Seven Sisters ni, sebab aku tak tau. Just tau about The Three Sisters aje, wakakaka....




*Ni stop before sampai ke Scenic World. Belakang tu yang bukit bertiga yang pelik tu la The Three Sisters.*
 
Sebelum kami habiskan aktiviti kami di Scenic World, kami sempat merasa untuk naik Scenic Railway lagi sekali atas permintaan Aisyah. Kemudian, lepas dah puas hati, Aisyah hantar Lina dan Kak Rahmah ke airport sebab mereka ada flight ke Christchurch pada petang tu. Lepas tu, Aisyah bawak aku dan Kak Zana singgah di Malaysia Hall untuk bersolat. Ni first time kami tengok sendiri Malaysia Hall. Okay, bangunan ala bangunan lama di Malaysia. Kebetulan berdepanan dengan Malaysia Hall tu ada stadium lumba kuda dan kebetulan pulak masa kami nak keluar dari Malaysia Hall, last spring horse race baru tamat di stadium tu. Kat situ boleh nampak budaya orang Sydney berpakaian untuk ke race tersebut. Pelik, sebab diorang pakai macam ada formal program. Yang lelaki berpakaian kot atau shirt dengan necktie, yang perempuan berpakaian gaun dan blouse dan mesti ada something kat kepala (topi ataupun bunga). Memang pelik tapi good culture. Kemudiannya, Aisyah hantar kami pulang ke YHA.


*Depan pintu masuk Malaysia Hall*


*Cantik tak rumah ni? Kiut giler!*
Pada malam tu, aku and kak Zana keluar berjalan ke Harbour Bridge. Kami lalu di laluan untuk menuju ke seberang. Tak ke seberang jalan sangat pun, just berjalan sampai bawah bridge tu aje. Pemandangan Sydney Opera House malam tu, aduhai, cantiknya…


*Sydney Opera House malam-malam. Cantiknyaa....*




Lepas agak jauh kami berjalan, kami pun berpatah balik sebab masing-masing dah kepenatan. Oh, lepas Lina dan Kak Rahmah dah fly, ada sorang aunty dari America datang menginap di bilik kami. Kami tak berborak sangat pun sebab bila dia ada dalam bilik, kami pegi jalan. Bila kami dah balik, dia dah pun tidur.
So untuk malam tu, aku kemas barang-barang aku untuk get ready. Pagi esok shuttle datang ambil di YHA jam 6.30am. Flight aku ke Christchurch adalah pada jam 10.30am. So, for the transport for the next day akan diceritakan in my next post.

**********

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)

Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)

Thursday, 4 December 2014

Journey to Sydney, Australia – Day 1

Tarikh: 21 November 2014
Lokasi: KLIA2 -  Sydney Airport - Sydney City Tour (by car) - YHA - Sydney City Tour (walking - YHA

**********

Kalau nak cerita dari awal macam mana aku memulakan niat untuk ber-trip ni, entah dari mana nak start. Ok la, dipendekkan cerita, semuanya bermula dari seorang kawan (yang tak berapa rapat) pada lewat tahun 2013. Dia ada tulis dalam facebook; “one day nanti kalau aku ada rezeki, aku nak mengelilingi Eropah”. Sebenarnya, aku pun macam tu jugak. Aku memang dah lama nak ke Europe, tapi apakan daya, masih tak berduit dan masih takde keberanian. Anyway, I tried my luck untuk google pakej-pakej ke luar negara. Sedar-sedar aje, aku dah sampai kat satu blog, ‘umrahtransformasi.blogspot.com’ atau Facebook page Trip Kekawan.

Dalam page dia ni, mereka ada cerita trip-trip yang mereka anjurkan. Memang antaranya ada trip ke Europe dan mostly trip mereka ni adalah self-driving, iaitu kita sendiri yang drive kereta/bawa motorsikal. Tapi tiba-tiba ternampak one of the ‘cheapest’ package yang ditawarkan oleh mereka ni which is to New Zealand (camping) dalam RM990 ground (I’d say cheapest sebab memang antara termurah dalam Trip Kekawan tapi how should I know, if I add everything up in the end, it won’t be as cheap as I thought anymore…). Memang tak mahal ground dia and tiba-tiba pulak datang kegilaan aku yang konon-kononnya nak bercamping kat New Zealand. Maka dari situ aku dah tanam niat untuk ke New Zealand, walhal tak pernah pun ada dalam wishlist aku untuk ke New Zealand.

Masa ni aku masih lagi naïf dalam bab ke Negara orang. Sebab takde pengalaman ke luar negara tapi tiba-tiba saja ada plan nak ke New Zealand. Ni memang kerja gila sebenarnya. Lepas tu aku bagitau niat ni kat mama, dia terus bagi kebenaran untuk aku pergi dan dia siap belanja deposit kepada Trip Kekawan sebanyak RM200 lagi tu kau!

Kalau nak tanya aku, aku pun tak tau kenapa lepas baca sikit-sikit pasal trip-trip oleh Trip Kekawan ni, tak semena-mena datang keyakinan terhadap penganjur ni. Dan tak semena-mena aku terus daftar dengan penuh keyakinan tanpa rasa curiga. Memang hebat. Aku pun tak tau dari mana keyakinan terhadap diorang ni datang.

Okay, move on. Sepanjang tahun 2014, aku ada buat kira-kira tentang perbelanjaan dan simpanan. Bulan Mac aku simpan untuk beli pakaian sejuk. Bulan Mei pulak untuk buat passport dan beli penimbang bagasi dan tiket kapal terbang Air Asia. Bulan seterusnya aku mula beli tiket Qantas pula berserta book lodging di Christchurch, New Zealand. Bulan Julai aku belanja untuk beli beberapa pakaian lagi. By August aku bayar habis ground Trip Kekawan ni dan bulan-bulan seterusnya aku bayar untuk visa Australia, beli barang-barang peribadi, apply kad kredit dan buat tukaran matawang asing. Setibanya bulan November, semua barang aku lengkap, jasa planning yang baik dan ikat perut dan ikat nafsu (wakakaka...).

Sebelum aku habiskan bayar ground kepada Trip Kekawan, aku ada terfikir yang berkemungkinan besar aku akan pegi New Zealand hanya sekali aje, so why not aku join motorhome aje instead of bercamping? Maka aku pun tukar plan dan bayar untuk bermotorhome dan aku pilih untuk mendaftar under motorhome berempat (sebabnya motorhome 4 ni dalam list Trip Kekawan ni kereta auto, so kalau aku nak drive, I confident only with auto, wahahaha…) dan bajet aku sedikit naik ketika tu, huhu…

Sebenarnya aku sangat-sangat bersyukur aku tak buat kerja yang lebih gila, iaitu teruskan niat untuk bercamping kat sana. Sebab pertamanya aku ni bukan la pandai sangat nak hidup bercamping. Kalau nak ikutkan kedekut dan berjimat, mungkin aku akan menyesal tak sudah dan in the end mungkin tak enjoy langsung. Sebab keduanya pulak aku pun tak tahu masa tu yang suhu di New Zealand adalah sangat sejuk terutamanya pada malam hari. Hai la Azie, mana pegi gila kau nak camping tadi tu...?

Okay, aku teruskan. Aku beli tiket Air Asia X untuk singgah ke Sydney dan dari Sydney untuk ke Christchurch, aku beli tiket Qantas. Kalau ada teringat, dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal aku punya flight Air Asia kena kansel. So untuk fix everything, aku pilih untuk extend transit aku jadi dua malam di Sydney. Ni sebenarnya sebab Lina, from Kak Kiah 2 ada ajak aku pegi dengan diorang, dia, Kak Rahmah and Kak Zana. Lepas cakap kat mama, mama nampak sangat lega and dia suruh aku pegi jugak dengan diorang walaupun aku sebenarnya agak rasa keberatan sebab memikirkan macam agak costly jugak suddenly nak tambah dua malam kat luar negara ni. Nak taknak, memikirkan ni first time aku keluar negara, aku fikir bagus jugak ada kawan. Lagipun abang ada cakap, kalau ke Sydney tu, baik takyah kalau sekadar nak transit 13-14 jam aje. Baik duduk satu malam atau dua. So aku pun iye kan aje la. Tambahan pulak, Lina and the gang nak buat beberapa aktiviti di Sydney termasuk ke Blue Mountain. Kat sini aku dah mula pening dengan bajet aku tapi nasib baik abang belanja aku sikit untuk menampung hidup aku tiga hari kat Sydney.

Pengalaman yang best kat sini adalah seat untuk flight ni aku beli bukannya Air Asia Hot Seat, tapi Business Class Flatbed, yaww! Bajet return ticket Air Asia aku adalah RM2345 termasuk 2 kali makan berbayar (dan Air Asia bagi dua kali makan free untuk pelanggan Business Class dan Premium Flex) dan luggage 30kg masa balik (padahal luggage tak sampai 20kg pun time balik tu, wakakaka). Kelebihan beli business class adalah kita dapat priority luggage haul, priority boarding, flatbed, cabin agak private dan tak crowded, selesa dan macam-macam lagi (termasukla steward/stewardess ingat nama kita dalam kabin tu, which for me is quite cool). Pendek kata untuk long haul dari Malaysia ke Sydney, memang berbaloi untuk duduk 8 jam dalam business class! Plus, jakun kan, first time nak fly sensorang pada awalnya, tu yang aku nak mencuba habis tu. Memang ni la sebabnya bajet lari, huhuhu...

Setibanya hari yang ditunggu-tunggu, Khamis 20 November malam tu aku dah fly walaupun paginya aku masih kerja. Dekat KLIA2, jumpa la geng motorhome Kak Kiah 2 (my group kat New Zealand nanti). So kami gerak dari sana untuk boarding ramai-ramai. Lepas naik kapal, maka kami pun memulakan perjalanan kami.

Flight kami dari KLIA2 adalah pada jam 11.35pm dan sampai ke Sydney adalah pada jam 10.20am. Kami lalui pemeriksaan kastam dan imigresen. Bila baca kat internet, orang kata macam susah aje nak lepas kastam Australia ni, tapi ikut pengalaman aku, it’s actually sangat senang, dengan syarat kau tak bawak bahan terlarang masuk (eg. Bahan segar seperti buah, ikan dan daging, dan tak bawak masuk bahan tenusu seperti keju dan susu. Kalau macam coklat tu lepas) dan jangan lupa untuk DECLARE. Declare aje semua benda yang kau rasa possible seperti kayu (boomerang dia ke), bulu (baju wool), tanah (sabun taharah) dan grain (megi pun aku kira grain). Declare aje. Biar nampak skema asalkan kau jujur dan boleh lepas.

Lepas kami melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen, kami pun menunggu airport transfer kami di tempat menunggu di Kingsford Smith International Airport, Sydney. Actually this airport transfer adalah dari group pakej KoalaBelang. Mereka ni menguruskan pakej-pakej pelancongan sekitar Sydney (rasanya). Kami ambil pakej ke Blue Mountain dan mereka sediakan airport transfer dari airport ke tempat penginapan kami, which is at Sydney Harbour YHA, berdekatan dengan Harbour Bridge.


 *disambut dengan pokok Krismas yang megah depan pintu keluar airport*

Sesampainya kami di YHA, kami unload barang dan mendaftar masuk. Oh, ada masalah sikit kat sini. Kami ke Sydney berempat tapi aku join mereka bertiga sedikit lewat. Jadi aku beli lodging kat YHA tu lewat sikit tapi Lina dah cakap dengan pihak YHA untuk sekalikan kami berempat ni duduk sebilik. Dalam email diorang, YHA katanya dah okay dan akan uruskan penginapan kami ni tapi bila sampai sana, nama aku masih tercampak kat bilik lain. Bila Lina tunjuk email kata pihak YHA dah kata okay, mereka pun agak menggelabah untuk menyusun balik bilik kami. Maka kami kena tunggu about 1 more hour untuk mereka susun balik. They apologized so much dan siap belanja lagi coffee and tea sementara kami menunggu. Finally, kami pun diletakkan kat bilik tingkat paling atas dan berdekatan dengan rooftop. Pemandangan sana sangatlah awesome. Sebab dari rooftop tu, it’s overlooking Sydney Opera House and Harbour Bridge. Memang terasa best lah! Bilik kami pun not bad. Two bunk beds dan ada bilik air selesa dan toilet pun okay (walaupun takde air paip, terpaksa la kami survive cara mereka, huhu…).


*Apa dah nama cathedral ni? First time nampak secara live*


*Art Gallery of NSW, nampak masa odw ke YHA*




*Sydney Harbour YHA*


*Pemandangan dari rooftop YHA berdekatan dengan bilik kami*



Pada sebelah petangnya, kami start untuk berjalan. Target kami adalah untuk conquer bandar Sydney dan landmark mereka for the day. Maka kami berjalan ke arah Harbour Bridge dan menuju ke Sydney Opera House dengan berjalan kaki. Kat sana, kami bergambar macam orang gila. Cuaca lebih kurang Malaysia aje tapi Australia ni berangin sejuk, jadi selesa aje rasa. Tapi, honestly cakap, matahari kat sana sangat terik. Panas! Kalau pegi sana time macam ni, tolong la bawak payung atau pakai sunblock + pakai sunglasses.

Okay, lepas kami dah puas amik gambar kat Sydney Opera House, kami mula berjalan ke Darling Harbour pulak. Ye, kami berjalan! Kalau la korang tau jarak antara dua harbour tu, memang faham la korang jauh mana kami dah jalan, adoii…. Tapi nasib baik sana tak bahang, jadi jalan jauh pun tak terasa sangat penatnya (plus kejakunan kami dengan tempat baru). Target kami ke Darling Harbour adalah untuk ke Madame Tussaud Wax Museum tapi nasib kami tak berapa baik sebab setibanya kami ke sana, muzium tu dah tutup, sedihh…. Nasib baik la kedai cenderahati sebelah muzium tu bukak lagi dan murah-murah barangnya. Aku pun start la membeli, hehehe…



*Tengok secara live, memang terasa awesome nya*


*Bersama Lina*


*Dari kiri; aku, Lina, Kak Zana dan yang belakang tu Kak Rahmah*


*Nampak jam kul bape tu? masih lagi terang...*


*Pemandangan masa senja. Masih cantik*



Kemudian kami berjalan keliling Darling Harbour untuk cari makan. Dah la susah nak cari kedai makanan halal, jumpa aje, tutup, jumpa aje tutup, jumpa aje, tak halal (walaupun dia tulis masakan Malaysia, aduhaii…). Maka dari Darling Harbour tu dengan penat dan susah payahnya kami berjalan balik ke YHA. Untuk rekod, tak pernah la pulak aku berjalan selama lebih daripada 4 jam, hehehe… Dan sampai aje YHA, kami pun makan megi aje, huehuehue…


Untuk malam tu, mereka bertiga turun untuk jumpa kawan mereka yang duduk kat Sydney. Katanya dia ada masak sikit untuk kami. Aku tak kenal dengan kawan diorang tu (dan kepenatan yang amat) terus tidur lepas mandi.

**********

See also:

Australia:
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)