Thursday 26 June 2014

ATV Time at ATV Advernture Park, Kuala Lumpur

Today on 22nd June, aku, my sis and my SO pegi la try2 ATV dekat dengan Zoo Negara. Actually, tahu kat sana ada ATV sebab tengok Red Ribbon Days (RRD) punya site. Dulu check2 la tengok apa activity yang best untuk dibuat. Lepas tu ternampak la ATV. Macam best sebab the first and only time try ATV ni masa umur berapa tah, sekolah rendah lagi, at Endau-Rompin. Lama dah…

Lepas tu bukak la page ATV Adventure Park lepas cari kat Google ni dan compare dengan harga kat RRD. Well, for sure RRD punya lebih mahal (RM10 je mahal pun, tapi still, money) sebab diorang ni macam agent la. So aku punya keja, cari2 aktiviti best kat sana dan try2 cari kat original page dari Mr. Google. Selalu dapat punya. So ATV ni salah satu nyer la. Dan lepas belek2 page dia, diorang ada sediakan 4 jenis pakej. Start dengan pakej B yang berharga RM100, untuk leisure and easy trail. Tak mencabar, sesuai untuk orang baru try dan nak makan angin aje dan mengambil masa sejam hingga sejam setengah. Pakej C ni pakej yang aku ambil, iaitu pakej yang start mencabar, walaubagaimanapun, still dalam kategori easy. Pakej B dan C ni akan singgah Air Terjun Sofia Jane (aku tak tau nama sebenar air terjun ni. Dipanggil Sofia Jane sebab katanya Sofia Jane pernah datang berlakon situ) dan perjalanan ini sehingga 2 jam. Then ada pakej D, which is lebih panjang tempohnya iaitu 2 jam hingga 2 jam setengah. Jalan lebih mencabar katanya dan lastly pakej E, yang paling mencabar, up to 3 hours dan singgah di empangan. This trail akan cover semua jenis jalan, dari berbukit, berlopak, bersungai dan macam2 lagi. And don’t ask me where is the Package A, sebab aku pun tak tau…

Sebelum pegi ni, of kos la kena daftar dulu. Mula2 daftar 4 orang, so deposit kena bayar 50%, jadi bayar RM300 dulu. Tapi last2 kena kansel satu ATV sebab adik tak dapat pegi (adik balik Bachok dengan parents) dan nasib baik la boleh kansel. Lepas dah tetapkan tarikh, deposit pun dah bayar, tinggal nak pegi aje.

So, on the day, kelas (keja) dah kansel, jadi senang hati nak pi berATV. Keluar awal pagi dalam jam 8am. Kena sampai sana jam 8.30am sebab nak briefing for 30min. Start berATV jam 9am. Sampai2 aje, kena isi borang liability. Tandatangan, then kena hantar borang tu, sekali dengan tunjuk bukti pembayaran deposit dan bayar baki. So RM150 la bakinya. Then pilih2 helmet dan tunggu peserta jam 9am datang. Sambil2 tu tengok la keratan akhbar yang diorang tampal kat dinding berkenaan dengan ATV kat tempat diorang tu. Tak sempat ambil gambar tapi ada ternampak my favorite actor, Owen Wilson pun pernah datang cuba try ATV kat tempat ni. Huhu… bestnya diorang dapat jumpa Wilson…

The big stone over there.


Okay, sebelum jam 9am, kitorang di-brief oleh guide kitorang. Orangnya kurus aje, ape tah nama dia, Faizal? Ismail? Entah la. Aku ni bukannya reti sangat ingat nama orang, adoi… Dia tunjuk macam mana nak kendalikan mesin yang seberat beratus2 KG ni. Dia macam motor, tapi ada 4 tayar. 2 tayar kat belakang lebih besar dari yang kat depan. Cara nak accelerate bukan macam motor yang kita pulas2 handle sebelah kanan tu, tapi dia macam ada picu kat bawah handle tu untuk ditekan dengan ibu jari. Kat situ la minyak dia. Then, this machine is auto, so takde la gear 1, 2, 3 tu. Just ada drive, normal dan reverse gear aje. Gear dia pelik sikit, terletak kat tepi kaki kanan. So kalau nak tukar tu kena tekan brek dulu, then tarik aje ke gear mana yang kita nak. Then dia ada cerita, kalau naik bukit, just press minyak dan kalau turun bukit, jangan kacau minyak, main aje brek kat dua2 belah tu. Kena pandai control, jangan main terjah sekejap brek sampai berhenti lepas tu tekan minyak kuat2, sebab nanti boleh terbalik...

Lepas habis briefing, kitorang ambil satu ATV sorang dan buat beberapa pusingan kat keliling tu. Diorang memang dah sediakan mini trail kat situ, lengkap dengan apa yang kita bakal lalui, dengan lubangnya, dengan bukitnya, dengan cerunnya, dengan lopaknya, batu, kayu, semua ada la. Lepas dah habis 2 round, kitorang bawak ATV tu beratur kat depat jalan keluar. Lepas semua dah OK, kitorang turun bukit keluar dari kawasan tu dan pergi ke jalan besar.

3 out of 80 ATVs there.


Dalam 200 meter lepas tu, kitorang masuk ke kawasan hutan. ATV ni memang ada trail khas untuk aktiviti macam ni. Selain ATV, yang masuk ke trail ni adalah Scrambler, motor yang tinggi, sesuai untuk ativiti lasak macam ni. Ada la jugak terserempak dengan abang2 Scrambler sepanjang jalan tu. Okay, so dalam 20 minit kitorang lalu jalan yang agak mencabar, tak pernah aku lalui dengan ATV sebelum ni. Memang menguji ketahanan, lubang dan lopak kat atas trail memang besar2, batu pun besar. Lepas tu ATV kitorang pun lalu meniti jambatan batang kayu buatan sendiri! Hebat, boleh tahan jambatan tu dengan ATV yang seberat ni!

Ingatkan jalan kitorang lalu tu dah paling mencabar, rupanya bila sampai kat tengah jalan, trail tu dibahagi kepada 3 bahagian lagi, so I guess 2 trail yang lain tu untuk pakej D dan E, huhu… Tengok trail yang lain tu, naik bukit curam, takleh belah betul…

Melepasi aje kawasan pembahagian trail tu, jalan dah start mencabar, serious! Kalau sebelum ni ada bukit, jalan ni pun ada bukit, tapi lebih cerun, lebih berbatu dan lebih berlubang. Kena pandai ambil side sebab kat tengah2 trail tu macam ada longkang yang boleh tahan la menakutkan dalamnya tu. So ATV kita kena titi jalan tu. Kalau boleh jangan la masuk longkang tu, menyusahkan badan nanti nak steer ATV tu ketepi. Remember, an 800kg machine…

Jalan tu bukan sekadar tengok bawah, tengok jalan aje, kena tengok atas jugak sebab kadang2 tu ada la pokok mati, buluh jatuh yang kalau kita tak nampak, sure boleh hayun kita jatuh dari ATV punya la, lagi2 kalau bawak laju. So, instead of kena focus jalan, kepala pun kena senget2 untuk mengelakkan halangan2 atas kepala ni.

Towards the end of our trail, jalan lebih berbatu, serious! Tapi ala, naik bukit aje, ape hal? Senang punya cerita la, tekannnnn aje minyak tu, pastu tangan ni kena kuat untuk steer handle ATV ni sebab ia sangatlah berat.

Lepas aje kawasan bukit tu, kitorang pun sampai la ke Air Terjun Sofia Jane. Not a bad view but for a budak kampong like me yang membesar kat Hulu Langat, this air terjun is almost nothing compared to Air Terjun Sungai Gabai. Huh, Gabai jauh lagi best la! Sebab air terjun Sofia Jane ni takleh mandi kat batu sebab licin dan kawasan tadahan air kat bawah air terjun ni kecik, so tak ramai boleh mandi manda. Kitorang tak turun la kat bawah, first sebab akak tertinggal beg baju salin kitorang kat rumah, so kalau basah, takleh la tukar baju. Leceh la cenggitu. Second sebab, well, Gabai lagi best! Hehehe…

Sofia Jane Waterfall


Kat sana, rider2 scrambler ni dah lama sampai so diorang sedang bermandi manda kat sana. Lantak la diorang, kitorang tengok aje, tak teringin pulak nak join. Kitorang just duduk kat pokok kat atas bukit tu sambil bergambar dan berborak pasal trail yang dilalui tadi. Oh, guide ada hulur air mineral kat kitorang. Kejap lepas tu, second batch of ATV sampai. After 20 minutes or so duduk kat air terjun tu, kitorang pun gerak balik, lalu trail yang sama.

Ingat tak tadi kata jalan naik bukit sebelum sampai kat air terjun tu senang? Haa, ni nak citer, rupanya turun bukit guna ATV ni LAAAAAAGI susah dari naik bukit, ambik kau! Susah kenapa? Kalau naik, tekan aje minyak guna ibu jari tangan kanan dan steer handle baik2. Ni turun bukit kena control brake guna KEDUA-DUA tangan SAMBIL steer handle. Susah kau! Lagi2 masa balik ni, ATV tu ke-terasa-an macam kuda liar la pulak, susah nak control sebab turun bukit + redah batu besar + elak longkang kat tengah trail. Kaki pulak kena tahan tempat letak kaki kat bawah tu kuat2, sampai terberdiri aku dibuatnya. Kalau jalan nak ke sungai tadi agak mencabar, jalan balik aku boleh katakana 3 kali lebih mencabar. Bayangkan masa pegi sungai elok je aku jalan, bila balik, boleh lak sangkut kat batu, adohai! Sampai guide tu kena turun tolong kitorang bertiga yang tersangkut kat batu yang sama, huh!

Posing kejap lepas sampai dari ber-adventure.


So far, jalan balik kat situ je la yang payah. Yang buat jalan balik ni lebih mencabar sebab jalan tu jadi lebih licin sebab dah banyak ATV yang dah lalu untuk pagi tu (ATV datang lalu jalan yang sama, tanah merah jadi basah) dan sambil2 tu boleh pulak bertembung dengan group yang baru nak pegi sungai. Dah la jalan sempit, siap berlaga2 tayar belakang lagi tu, haru betul!

Jalan dan jalan dan jalan, sampai la kitorang kat jalan tar… Lega! Phew… Serius lega... Then kitorang naik bukit, park ATV kitorang dan bergambar2 sikit. Pegi singgah toitoi (toilet) diorang, then gerak balik la.

Pendek kata, kalau nak perkara yang mencabar, ATV is one of them, for beginners. Ask me if im going there again, maybe not, sebab dah jumpa tempat ATV baru yang lebih dekat, iaitu ATV Congkak! Aw yeah! Next time nak cuba kat Congkak pulak la, hehehe…

Wednesday 25 June 2014

Shooting Experience at Menara TKSS @ Jalan Segambut

On 25th of May, Ahad, aku pegi ke Menara TKSS sebab ada appointment untuk ber-shooting! Ni bukan shooting gambar atau movie tau, tapi shooting from a real gun, using real live bullets.

Actually ceritanya start pada lewat tahun lepas bila aku ternampak ada voucher kat Groupon ni, offer menembak RM250 plus minus untuk 50 rounds (das). So, masa tu awal tahun la, ada duit agak banyak. Tanpa banyak bicara, aku terus beli voucher tu yang valid sampai bulan 6 tahun ni.

Setelah dalam 2 bulan jugak la terlupa pasal voucher ni, pada bulan 4 aku contact Mr. Kelvin dan tanya dia macam mana nak cash-kan voucher tu. Dia hantar borang then kita kena isi borang tu sekali dengan slot mana yang kita nak, dan tarikh apa serta berapa orang nak share 50 rounds tu. Then kena sertakan sekali salinan IC (or passport untuk orang luar negara) untuk background check oleh PDRM, nak tengok samada kita ni penjenayah ke atau ada rekod jenayah sebab diorang taknak jadikan tempat2 menembak ni sebagai sarang latihan terrorists (my guess). Aku sertakan 2 nama dan 2 salinan IC which is mine dan my partner. Dalam 2 minggu lepas tu, dapat result which of course la, aku pass the background check. Takde crime history, okeyh! Saman pun tak dak, clean! Warganegara yang baik, lol!



City Square Shooting Gallery, Menara TKSS, Jalan Segambut. (Credit to Facebook.)


Then pada hari tersebut, aku pun pegi la ke sana. Nama tempat tu City Square Shooting Gallery di Tingkat 7 (or 9), Menara TKSS, Jalan Segambut. Sampai agak lambat sebab hujan sikit. Tepat jam 5pm kitorang sampai kat atas. So kat sana kena daftar dulu, then sign borang liability dan tunjuk bukti pembayaran. Then kitorang tunggu kat bilik menunggu kat dalam. Masa nak masuk koridor tu, kitorang dah start dengar bunyi tembakan, cool!

Dekat dengan ruang menunggu, ada booth pendaftaran senjata. Kat sana kena daftar penggunaan pistol pulak. Tak banyak benda, just daftar nama dan masa bila nak guna. Then kitorang pegi menunggu kat bilik menunggu kat sana. Inside it ada TV, pasang pulak rancangan pasal shooting, pastu ada majalah pasal handgun, poster pun pasal pistol. Pendek kata tempat tu memang totally for firearm la, hehehe… Then dalam 15min lepas tu, bilik briefing bukak and peserta slot jam 2pm pun keluar. Then immediately kitorang, budak2 slot jam 5pm pun masuk.

Dalam bilik tu ada 3 group. Mine, a group of 4 people dan solo sorang tu dan aku sorang perempuan masa tu. Then kitorang punya instructor masuk balik. Nama dia David dan dia nampak penat. Maybe sepanjang hari dia kena brief kut, entah la. Dia mula cerita pasal law memegang pistol. Kat atas setiap meja ada paper yang di-laminate. Kat situ tertulis 4 law utama semasa mengendalikan pistol. Then dia terangkan satu2 daripada kesemua law ni.


Posing in front of the badges that uses Glock 17 in their forces around the world.


The first law: treat all firearm as they are loaded sebab kita tak tau dia loaded ke tak. Lebih selamat kalau kita treat dia macam ada peluru. The second law: don’t point the muzzle to anywhere except the target. We don’t want any accident tertembak orang, rite? The third law: keep your finger away from the trigger unless you know to where and what you are targeting. Another thing to do to prevent accident. Kita pun taknak tertembak orang lain sebab jari kita gatal pi duduk kat trigger tu dan mungkin tertekan trigger kan? And the last law: be absolutely sure with your foreground, background and backstop as well as the target. Kat sini kita boleh bayangkan yang kalau kita dah ada target, kita kena pastikan nothing in the middle between us and the target. So, foreground is the place between us (the shooters) and the background. The background is the target (or what I know) and the backstop is the thing that stopping the bullet. It can be dinding, or even orang (!).

After almost 1 hour of briefing of these 4 laws, kitorang ada rehat 10 minit. So, budak2 ni buat la air kopi yang disediakan secara percuma kat ruangan mengunggu tadi. Sejuk kat bilik briefing tu, so aku pun bancuh la secawan Milo. Then masuk balik, sambung.

Sekarang tiba masa latihan pulak. Mula2 Mr. David suruh berdiri kat tempat masing2. Dia tunjuk cara nak berdiri. First kena pastikan kedua2 feet kita menghadap ke hadapan. Then lean to the front a bit like Michael Jackson’s Moonwalking, then bengkokkan sikit badan (dari pinggang ke atas) ke hadapan dan lastly bengkokkan lutut tanpa menggerakkan badan, berdiri atas out balls of feet. Agak weird dan memenatkan pose tersebut tapi sangat stable actually, very surprising. Kedengaran senang kan nak pose camtu? Well, try to shoot 5 rounds with that pose, tengok sakit pinggang ke tak?

Then dia ada tunjukkan 2 keping laminated papers seolah2 those papers tu adalah apa yang kita akan nampak semasa membidik. Dia bagitau yang setiap kali membidik, kita kena pastikan the rear sight (open targer sight kat sebelah belakang pistol) dan front sight (yang terletak kat atas muzzle pistol) pada pistol tu kena align dengan target kita atau sedikit ke bawah. Lepas tu dia suruh cari doiminant eye bagi setiap orang. Mine is sebelah kanan. This dominant eye is the eye that we aer going to use bila membidik pistol. The other eye kena tutup. So, standard orang pakai tangan kanan, dominant eye dia sebelah kanan. Agak weird untuk orang tak kidal ber-dominant eye sebelah kiri.

Mr. David pun ada bagi satu lagi laminated paper setiap sorang. Kat atas paper tu ada 3 images. Gambar2 tu adalah apa yang shooter akan nampak semasa membidik, target, front sight dan rear sight. The first one is target kelihatan jelas, the second one rear sight kelihatan jelas dan lastly the front sight kelihatan jelas. Out of three, yang front sight jelas tu adalah yang paling tepat sekali semasa membidik as long as the target is within both of the sights. Tu teknik kedua.


The right and wrong thing to see when aiming. (Picture credit to Google.)


This is roughly the idea of what you are gong to see when you are aiming. (Picture credit to Google.)


Teknik ketiga adalah cara memegang pistol. Quite basic. Sesiapa yang pernah pegang pistol mainan atau tengok orang dalam movie, patut dah boleh agak cara memegang pistol tu macam mana. Yang penting trigger finger must be OFF the trigger at all times except the time you want to shoot.

Done briefing.

Next, we all move to the shooting gallery. Kat sini, semua bilik menembak dia kalis bunyi. Kat dinding penuh dengan foam penyerap bunyi. So kalau tak ada bunyi tembakan, tempat tu memang sangat sunyi. Kitorang sampai kat bilik yang ada goggles dan earmuff dan sorang ambik satu. Disebabkan aku pakai spek, so kena la pakai goggles yang besar sikit.

Kat dalam tu, Mr. David chose me and my partner to use his booth and his gun (we use Glock 17, 4th Genereation). The other 2 groups ada instructor sendiri. So, sebab kami ni berdua, sorang dapat la 25 rounds (das). Mula2 turn my partner menembak dalam jarak 6 meters. Bila tengok dia nak start menembak aje dah berjaya menimbulkan perasaan doubt terhadap diri aku. Tertanya2 boleh ke aku pegang pistol tu? Mampu ke aku menembak? Apa benda buruk yang boleh berlaku kalau aku mula menembak? Tapi semua tu berjaya di-brush-off kan dengan kepercayaan yang tinggi dan confidence terhadap diri sendiri.


Glock 17, 4th Generation (Image credit to Google)


My partner's turn dah habis so sekarang my turn. Mr. David tukar paper baru dan dia bawak paper tu pegi ke jarak 6 meter. Then aku masuk booth tu. Tengok pistol tu lama2. Bila aku angkat je pistol tu, agak kagum sebab pistol tu terasa agak ringan, tak seperti yang aku bayangkan sebelum ni. Okay, time untuk menembak. Check my holding, finger off the trigger, angkat tangan on shoulder level then aim. Then lepas tu takleh fikir apa2 lagi kecuali ingat balik semua yang telah kita belajar, stand pose, hand pose and aiming, nothing else! Pelan, pelan tarik trigger tu lepas tu, BLAM! Tau2 aje nampak api then sedar2 aje tangan kanan aku tertolak ke atas (pistol masih kuat dalam genggaman) tapi tangan kiri aku tercampak ke tepi hasil daripada recoil pistol 9mm tersebut. Woah! Macam ni rasanya kalau menembak! Mr. David pun cakap, “Ha, sekarang baru u tau kan rasa macam mana kalau menembak?” Yes sangat! Kita tak tahu bila peluru pergi. Yang kita tahu, kita tarik picu pelan2 tapi lepas tu kita nampak api dah suddenly kita tertolak ke belakang. Not bad actually. And especially not bad that my first target landed slightly 2cm, to the left off the target. Not bad at all!

For first round, jarak tembakan adalah 6 meter dari booth ke dalam target merah yang kecil tu sebanyak 15 rounds. Out of 15, 12 masuk, 3 lagi kelur (slightly, no more than 3 inches away). Then tukar jarak pulak. This time, target paper tu pegi jauh sikit, 11 meter and for 10 rounds. This time, 3 out of the 10 rounds tu terkeluar from the target, but again, no more than 2 inches away. Hey, for a newbie like me, this skill can be considered as very good tau! Lepas habis tu, Mr. David cakap, “You ni dah boleh jadi polis dah ni,” yes, please! LOL! Hey, my accuracy is 76% for first-timer, hokey!


Me, posing in front of my target after all 25 rounds.


After our rounds finished, Mr. David tolong ambil gambar kitorang posing2. Than, aku sempat menjeling booth sebelah punya shooting. Sempat la buat perbandingan between me and theirs. Well, what can I say? Diorang punya bersepah! Hahaha… Diorang jenguk2 aku punya and boleh dengar suara2 kagum dari diorang (bangga diri jap!), hehehe… Then, after we are done, gave thanks to Mr. David and kitorang pun keluar. Tandatangan borang hantar pistol then jalan la.

Masa lalu kat hallway tu, terserempak dengan seorang lagi kakitangan tempat tu. Dia sempat bagitau, “You shoot quite good,” then baru aku realize dia tu Mr. Kelvin, the one yang aku berurusan melalui email. Well, another bangga time, hehehe…


My beloved prize

Well, tu la kenangan menembak aku for the first time. I realized that I got a good focus and balance. Maybe by playing violin helps kut…? Then, at home I put up the target paper on my wall, admiring it everytime and every day since, when I see it. Admiring every hole made by the .09 calibre of the Glock 17 4th Generation, the first real gun I shoot with real bullets. Admiring the memories of being in so much focus when pulling the trigger.

Will go again, highly recommended.


The Warmest Welcome

Hi,

This is my new blog. I've decided to open a new one because, well, the old one is just too old for me. They are full of unwanted emotions. This blog is for any readers that want to explore experience because I've learned that many of thing that I learned is from the internet and blogspot.com had play quite a big part of it. I've opened other people's blogspot pages and learned many things from them and well, I guess I should do my part. Although there may be no reader at all, I will still treat this blog page of mine as a personal blog, nothing more.

So, if you happen to stop and visit this blog, feel free to leave any comment or just take a sneak of it.

Welcome you, welcome me!