Thursday 26 June 2014

ATV Time at ATV Advernture Park, Kuala Lumpur

Today on 22nd June, aku, my sis and my SO pegi la try2 ATV dekat dengan Zoo Negara. Actually, tahu kat sana ada ATV sebab tengok Red Ribbon Days (RRD) punya site. Dulu check2 la tengok apa activity yang best untuk dibuat. Lepas tu ternampak la ATV. Macam best sebab the first and only time try ATV ni masa umur berapa tah, sekolah rendah lagi, at Endau-Rompin. Lama dah…

Lepas tu bukak la page ATV Adventure Park lepas cari kat Google ni dan compare dengan harga kat RRD. Well, for sure RRD punya lebih mahal (RM10 je mahal pun, tapi still, money) sebab diorang ni macam agent la. So aku punya keja, cari2 aktiviti best kat sana dan try2 cari kat original page dari Mr. Google. Selalu dapat punya. So ATV ni salah satu nyer la. Dan lepas belek2 page dia, diorang ada sediakan 4 jenis pakej. Start dengan pakej B yang berharga RM100, untuk leisure and easy trail. Tak mencabar, sesuai untuk orang baru try dan nak makan angin aje dan mengambil masa sejam hingga sejam setengah. Pakej C ni pakej yang aku ambil, iaitu pakej yang start mencabar, walaubagaimanapun, still dalam kategori easy. Pakej B dan C ni akan singgah Air Terjun Sofia Jane (aku tak tau nama sebenar air terjun ni. Dipanggil Sofia Jane sebab katanya Sofia Jane pernah datang berlakon situ) dan perjalanan ini sehingga 2 jam. Then ada pakej D, which is lebih panjang tempohnya iaitu 2 jam hingga 2 jam setengah. Jalan lebih mencabar katanya dan lastly pakej E, yang paling mencabar, up to 3 hours dan singgah di empangan. This trail akan cover semua jenis jalan, dari berbukit, berlopak, bersungai dan macam2 lagi. And don’t ask me where is the Package A, sebab aku pun tak tau…

Sebelum pegi ni, of kos la kena daftar dulu. Mula2 daftar 4 orang, so deposit kena bayar 50%, jadi bayar RM300 dulu. Tapi last2 kena kansel satu ATV sebab adik tak dapat pegi (adik balik Bachok dengan parents) dan nasib baik la boleh kansel. Lepas dah tetapkan tarikh, deposit pun dah bayar, tinggal nak pegi aje.

So, on the day, kelas (keja) dah kansel, jadi senang hati nak pi berATV. Keluar awal pagi dalam jam 8am. Kena sampai sana jam 8.30am sebab nak briefing for 30min. Start berATV jam 9am. Sampai2 aje, kena isi borang liability. Tandatangan, then kena hantar borang tu, sekali dengan tunjuk bukti pembayaran deposit dan bayar baki. So RM150 la bakinya. Then pilih2 helmet dan tunggu peserta jam 9am datang. Sambil2 tu tengok la keratan akhbar yang diorang tampal kat dinding berkenaan dengan ATV kat tempat diorang tu. Tak sempat ambil gambar tapi ada ternampak my favorite actor, Owen Wilson pun pernah datang cuba try ATV kat tempat ni. Huhu… bestnya diorang dapat jumpa Wilson…

The big stone over there.


Okay, sebelum jam 9am, kitorang di-brief oleh guide kitorang. Orangnya kurus aje, ape tah nama dia, Faizal? Ismail? Entah la. Aku ni bukannya reti sangat ingat nama orang, adoi… Dia tunjuk macam mana nak kendalikan mesin yang seberat beratus2 KG ni. Dia macam motor, tapi ada 4 tayar. 2 tayar kat belakang lebih besar dari yang kat depan. Cara nak accelerate bukan macam motor yang kita pulas2 handle sebelah kanan tu, tapi dia macam ada picu kat bawah handle tu untuk ditekan dengan ibu jari. Kat situ la minyak dia. Then, this machine is auto, so takde la gear 1, 2, 3 tu. Just ada drive, normal dan reverse gear aje. Gear dia pelik sikit, terletak kat tepi kaki kanan. So kalau nak tukar tu kena tekan brek dulu, then tarik aje ke gear mana yang kita nak. Then dia ada cerita, kalau naik bukit, just press minyak dan kalau turun bukit, jangan kacau minyak, main aje brek kat dua2 belah tu. Kena pandai control, jangan main terjah sekejap brek sampai berhenti lepas tu tekan minyak kuat2, sebab nanti boleh terbalik...

Lepas habis briefing, kitorang ambil satu ATV sorang dan buat beberapa pusingan kat keliling tu. Diorang memang dah sediakan mini trail kat situ, lengkap dengan apa yang kita bakal lalui, dengan lubangnya, dengan bukitnya, dengan cerunnya, dengan lopaknya, batu, kayu, semua ada la. Lepas dah habis 2 round, kitorang bawak ATV tu beratur kat depat jalan keluar. Lepas semua dah OK, kitorang turun bukit keluar dari kawasan tu dan pergi ke jalan besar.

3 out of 80 ATVs there.


Dalam 200 meter lepas tu, kitorang masuk ke kawasan hutan. ATV ni memang ada trail khas untuk aktiviti macam ni. Selain ATV, yang masuk ke trail ni adalah Scrambler, motor yang tinggi, sesuai untuk ativiti lasak macam ni. Ada la jugak terserempak dengan abang2 Scrambler sepanjang jalan tu. Okay, so dalam 20 minit kitorang lalu jalan yang agak mencabar, tak pernah aku lalui dengan ATV sebelum ni. Memang menguji ketahanan, lubang dan lopak kat atas trail memang besar2, batu pun besar. Lepas tu ATV kitorang pun lalu meniti jambatan batang kayu buatan sendiri! Hebat, boleh tahan jambatan tu dengan ATV yang seberat ni!

Ingatkan jalan kitorang lalu tu dah paling mencabar, rupanya bila sampai kat tengah jalan, trail tu dibahagi kepada 3 bahagian lagi, so I guess 2 trail yang lain tu untuk pakej D dan E, huhu… Tengok trail yang lain tu, naik bukit curam, takleh belah betul…

Melepasi aje kawasan pembahagian trail tu, jalan dah start mencabar, serious! Kalau sebelum ni ada bukit, jalan ni pun ada bukit, tapi lebih cerun, lebih berbatu dan lebih berlubang. Kena pandai ambil side sebab kat tengah2 trail tu macam ada longkang yang boleh tahan la menakutkan dalamnya tu. So ATV kita kena titi jalan tu. Kalau boleh jangan la masuk longkang tu, menyusahkan badan nanti nak steer ATV tu ketepi. Remember, an 800kg machine…

Jalan tu bukan sekadar tengok bawah, tengok jalan aje, kena tengok atas jugak sebab kadang2 tu ada la pokok mati, buluh jatuh yang kalau kita tak nampak, sure boleh hayun kita jatuh dari ATV punya la, lagi2 kalau bawak laju. So, instead of kena focus jalan, kepala pun kena senget2 untuk mengelakkan halangan2 atas kepala ni.

Towards the end of our trail, jalan lebih berbatu, serious! Tapi ala, naik bukit aje, ape hal? Senang punya cerita la, tekannnnn aje minyak tu, pastu tangan ni kena kuat untuk steer handle ATV ni sebab ia sangatlah berat.

Lepas aje kawasan bukit tu, kitorang pun sampai la ke Air Terjun Sofia Jane. Not a bad view but for a budak kampong like me yang membesar kat Hulu Langat, this air terjun is almost nothing compared to Air Terjun Sungai Gabai. Huh, Gabai jauh lagi best la! Sebab air terjun Sofia Jane ni takleh mandi kat batu sebab licin dan kawasan tadahan air kat bawah air terjun ni kecik, so tak ramai boleh mandi manda. Kitorang tak turun la kat bawah, first sebab akak tertinggal beg baju salin kitorang kat rumah, so kalau basah, takleh la tukar baju. Leceh la cenggitu. Second sebab, well, Gabai lagi best! Hehehe…

Sofia Jane Waterfall


Kat sana, rider2 scrambler ni dah lama sampai so diorang sedang bermandi manda kat sana. Lantak la diorang, kitorang tengok aje, tak teringin pulak nak join. Kitorang just duduk kat pokok kat atas bukit tu sambil bergambar dan berborak pasal trail yang dilalui tadi. Oh, guide ada hulur air mineral kat kitorang. Kejap lepas tu, second batch of ATV sampai. After 20 minutes or so duduk kat air terjun tu, kitorang pun gerak balik, lalu trail yang sama.

Ingat tak tadi kata jalan naik bukit sebelum sampai kat air terjun tu senang? Haa, ni nak citer, rupanya turun bukit guna ATV ni LAAAAAAGI susah dari naik bukit, ambik kau! Susah kenapa? Kalau naik, tekan aje minyak guna ibu jari tangan kanan dan steer handle baik2. Ni turun bukit kena control brake guna KEDUA-DUA tangan SAMBIL steer handle. Susah kau! Lagi2 masa balik ni, ATV tu ke-terasa-an macam kuda liar la pulak, susah nak control sebab turun bukit + redah batu besar + elak longkang kat tengah trail. Kaki pulak kena tahan tempat letak kaki kat bawah tu kuat2, sampai terberdiri aku dibuatnya. Kalau jalan nak ke sungai tadi agak mencabar, jalan balik aku boleh katakana 3 kali lebih mencabar. Bayangkan masa pegi sungai elok je aku jalan, bila balik, boleh lak sangkut kat batu, adohai! Sampai guide tu kena turun tolong kitorang bertiga yang tersangkut kat batu yang sama, huh!

Posing kejap lepas sampai dari ber-adventure.


So far, jalan balik kat situ je la yang payah. Yang buat jalan balik ni lebih mencabar sebab jalan tu jadi lebih licin sebab dah banyak ATV yang dah lalu untuk pagi tu (ATV datang lalu jalan yang sama, tanah merah jadi basah) dan sambil2 tu boleh pulak bertembung dengan group yang baru nak pegi sungai. Dah la jalan sempit, siap berlaga2 tayar belakang lagi tu, haru betul!

Jalan dan jalan dan jalan, sampai la kitorang kat jalan tar… Lega! Phew… Serius lega... Then kitorang naik bukit, park ATV kitorang dan bergambar2 sikit. Pegi singgah toitoi (toilet) diorang, then gerak balik la.

Pendek kata, kalau nak perkara yang mencabar, ATV is one of them, for beginners. Ask me if im going there again, maybe not, sebab dah jumpa tempat ATV baru yang lebih dekat, iaitu ATV Congkak! Aw yeah! Next time nak cuba kat Congkak pulak la, hehehe…

No comments: