Monday 20 October 2014

Pengalaman flight dibatalkan Air Asia

Tarikh: 20 October 2014
Hari: Isnin



Wallahhhh, duk seronok-seronok kerja hari ni tetiba dapat email daripada AirAsia yang tertulis “URGENT” kat dalam phone. Lepas tu bila buka email, AirAsia kata my current flight had been cancelled and need to be rescheduled (or refund, ikut pelanggan). Actually, dah boleh agak benda ni akan jadi masa awal-awal lagi sebab ramai je kat group satu FB kata AA flight selalu je kena batal atas alasan “Commercial Reasons”. Kata diorang that reason selalunya sebab tak cukup kuota penumpang atas kapal.
 

Bila dapat email tu, hati tu masih boleh dikawal tenang-tenang lagi tapi lepas dah post kat group ni untuk minta nasihat, diorang kata baik cepat telefon AirAsia untuk reconfirm flight, terus rasa tak sedap hati. Dah la kelas hari ni berturut-turut sampai jam 2.15pm nanti, lepas tu bateri telefon pun nak mati pulak tu, adohai… Tiba-tiba jadi tension, adui!
 

Lepas tu mesej la dalam group WhatsApp, mengadu pasal ni. Diorang pun nasihatkan buat cepat-cepat. A member dalam group kata ambil flight sama dengan diorang, which on 2 days earlier. So I need to stay in the arrival country for an extra 2 nights. Oh, duit…
 

Pastu telefon mama. Mak kata bagus la kalau dapat flight yang sama dengan kawan, sebab mak tak de la risau sangat nanti. Hm, okay la. Actually, aku ingat nak jimat-jimat, jadi plan asalnya kalau kena reschedule, aku nak pegi only a day earlier than the original departure date. Boleh la save accommodation sikit. Tapi bila fikir balik, abang ada kata, “kalau setakat 14 jam transit duduk kat airport, baik lagi duk semalam dua kat sana,” maka, aku pun okay-kan saja la duduk extra 2 malam.
 

Then, tanpa memikirkan RM1.96 per minute (lantak la) untuk telefon AirAsia, aku pun telefon aje la nombor AirAsia X (600 85 8888 – Malaysia line). Staff lelaki dia angkat. Lepas a little bit of reconfirmation, aku pun tukar la flight. Arrival time adalah pada 10.15am. Not bad, actually. Senang saja nak call AirAsia ni, walaupun pengumuman dia masa mula-mula telefon tu ada la agak annoying-nya.
 
 
Aku pun ada dinasihatkan oleh members of the FB group untuk pergi ke kaunter AA aje tapi memikirkan yang paling dekat adalah di USJ atau di Pudu, hmmm, tak mampu la aku nak ke sana. Email pun katanya macam lambat nak reply. Twitter, tak pandai guna. Maka tinggallah option menelefon saja. Anyway, all things done. The operator kata by 6pm today akan dapat itinerary baru. Tapi tipu je tu. Tak sampai 20 minit, itinerary baru dah sampai. Cool gila!
 

Niat nak pegi 1 negara aje, tiba-tiba boleh dapat melancong ke 2 negara, hehehe.
 

Cool thing is, my flight is still in the same class, and got same in-flight service. No additional fees need to be added.
 

But still, need to convert duit extra…………
 
 
 

Wednesday 15 October 2014

Percutian ke Tok Aman Bali Resort, Tok Bali, Kelantan

Pada 8-10 Oktober 2014, kami berempat beranak (Mak, abah aku and kakak) pergi bercuti ke Tok Aman Bali Resort. Asalnya, kami balik ke Kelantan untuk sambut majlis perkahwinan sepupu aku, so alang-alang dah ke sana, nak cuba jugak la resort yang hebat diperkatakan ni (cheewah!). Kebetulan pulak macam dah lama sangat tak balik Kelantan ni. Last time balik sebab abang sepupu kahwin. La ni dah 3 orang anak dia dah kat KL, hahaha….

 Actually kami ada sedara kerja kat resort tu, so dapatla kami akan harga staff. Dengar kata, harga satu bilik satu malam adalah dalam RM250, tapi dengar mak kata dia dapat diskaun RM100, woohoo! Bagus jugak ambil 2 malam duduk kat sana.


Kami bertolak dari rumah dalam jam 7.30am lepas breakfast di Lontong King, satu kedai makan yang awesome, specialized in buat lontong. Next time I’ll try to tell about this kedai, okay?


Perjalanan kami sepatutnya, menurut Waze, hanya mengambil masa dalam 6 jam lebih sahaja dari rumah kami ke Tok Bali, tapi disebabkan ada 3 orang perempuan dalam kereta, macam-macam kerenah sepanjang perjalanan. dalam perjalanan ke Kelantan, tersinggah la pula ke UiTM Dungun. Kat situ ada kenangan. Aku tak belajar kat UiTM Dungun tapi dulu masa zaman belajar, aku terlibat dalam pencalonan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Jadi kitorang ada buat beberapa siri camping dan antaranya adalah di UiTM Dungun ini. Tempat ni cantik sangat sebab dia ada tasik (kut) yang berhubung dengan laut. Jadi sangat 'scenery' dan pendek kata, memang cantik la! Yang paling ingat sekali (sorry ea, nak cerita personal moment kejap) adalah time kami calon-calon MPP ni main 'perang-perang'. Situasinya sorang kawan kami (daripada 6 orang kut satu kumpulan) cedera. jadi kami sebagai 'tentera' ni kena papah kawan kami yang cedera ni dari tasik kat tepi UiTM tu masuk ke dalam. Yang paling momento sekali adalah kebetulan pula masa tu, SUKSIS (kut, tak ingat lat) ada buat latihan membak kat situ. So suasana adalah sangat 'berperang', terasa sampai ke jantung. Bertaubat kejap dan bersyukur, hehehe...
  
 
Ni tasik (kut) yang terletak di sebelah UiTM
 
Ni pantai di depan UiTM, berhubung dengan tasik (kut) tadi.
 
 
Ni pulak gambar panorama yang diambil menunjukkan bahawa tasik (kut) tu berhubung dengan pantai.
 
 Ok, sambung cerita. Kami banyak kali stop kat kedai keropok lekor la sebab nak beli sikit-sikit keropok, nak rasa aje. lepas tu terasa lapar, mak dan abah stop pulak kat kedai makanan laut yang diorang pergi dulu. Betul-betul tepi laut. Kat sana ada beberapa kedai tapi kami stop la kat mana yang sempat. Tempat tu di Penarik. Sana, kedai tu hidangkan ikan goreng, sotong goreng, udang goreng (sekor RM1 aje, besar...) dan lauk pauk sikit. Maka, makan lah kami akan lunch kat sana. Lepas tu, kami pun bertolak ke rumah sedara kat Bachok.
  
Udang dan sotong goreng yang kami order. Total udang adalah 25 ekor (kat atas baru 1st round, so ada dalam 15 ekor aje)
 
Pantai Penarik, ambil gambar dari Petronas Penarik.
 
Selepas singgah ke hampir 3 buah rumah, kami pun sampai la ke Tok Bali (selepas 13 jam perjalanan!). Sesampai di Tok Aman Bali Beach Resort, memang rasa agak kagum la dengan bangunan dia. Bukannya tak pernah duduk kat resort macam ni tapi, well, tempat baru, memang kena sentiasa kagum la on the first encounter, dak? Bila masuk lobby dia, hm, okay, boleh tahan jugak la. Resort ni cuba menerapkan budaya dan seni melayu, tapi tak berapa banyak. Ada sesetengah sudut aje ada hasil kerja rotan dan hutan ni. Yang lain semua modern design.
 
Pintu masuk resort tu

Okay, pada sekilas pandang, tempat ni macam hotel-hotel dan resort-resort yang lain, ada spa, ada restoran, ada gym dan ada kolam renang. Of course la bilik tu pun ada jugak kan? Kat sini pun ada aktiviti-aktiviti lasak yang disediakan, seperti paintball, range shooting, cycling, tandem cycling dan beberapa lagi aktiviti yang hampir sama. Teringin nak cuba beberapa aktiviti tapi kekangan wang sebab cek tak clear lagi time tu, cuti panjang pulak, hahaha… So, telan aje la perasaan nak mencuba tu.

Okay, masuk ke bilik pulak. Oh, masa kitorang tiba tu, kaunter cakap, “haa, puan masuk kearah ni, belok kiri, lepas tu nampak tangga, naik. Lepas tu terus aje jalan sampai hujung”. End up apa, tau tak? Kitorang ikut aje la padahal, bilik dekat aje dengan kolam, kat tengah pulak tu. The worst part? Bilik kitorang tingkat bawah aje. Apa la customer service. Dah la aku partially-OKU sebab berkuda hari sebelumnya, jalan pun slow aje, penuh kesopanan dan kesusilaan, aduhai…




 

 

Masuk bilik kena scan kad dulu, canggih! Then lepas tu kitorang explore la bilik tu. Normal, macam studio apartment hotel room hotel biasa. Pegi sampai ke sliding door, bukak and kat depan bilik kami menghadap paya/muara/sungai (tak pasti la apa tu, tapi air la). Cantik pemandangan! Siap ada Thai Restaurant lagi kat atas sungai tu, cool! Okay, cantik dah tu. Masuk tengok bilik pulak. Nice, nice... Lepas tu tengok dinding sebelah bilik air pulak. Alamak! Dinding kaca??? Apakah?? Berlari aku masuk tengok bilik air. Bilik air tu cukup sempurna, ada sinki, ada toilet bowl, ada shower place dengan dinding kaca, ada bath tub kat tepi dinding. Tapi yang hebatnya, ini adalah yang kali kedua aku jumpa selepas Legend Water Chalet, Port Dickson, di mana dinding bilik air ni adalah kaca! So in and out boleh saling melihat dan berkomunikasi la. Okay la tu, ada orang guna bilik air, lepas tu yang kat tempat tidur boleh la ketuk-letuk dinding kaca tu tanya bila habis. Komunikasi dua hala tanpa bunyi katanya. Hebat….


Tapi jangan risau, dinding kaca tu ada birai yang boleh ditarik. So kalau tak nak orang mengendap, Tarik aje la birai tu ke bawah, senang. Tak seperti Legend Water Chalet di Port Dickson tu dulu. Lantai memang dah best. Kaca. Boleh nampak ikan berenang-renang dengan riang ria kat laut kat bawah lantai chalet tu. Sambil tu kalau tengok kearah bilik air, boleh jugak nampak orang berenang-renang dengan riang ria dekat dalam bathtub bilik air tu. Tak berbirai pulak tu, hokey! Masa tu kalau nak berendam, adik beradik yang lain kena pi melepak kat bilik mak dengan abah. Bagi la dalam setengah jam hingga satu jam sorang. Haha, kesian mak dengan abah. Keromantikkan mereka terjejas masa tu.


Hm, dinding kaca bukan masalah besar sangat. Yang terbesar adalah bilik kitorang air panasnya tak berfungsi. Sedih tak? Adoi… Tapi mak kata malas nak tukar bilik lagi dah. Maka, tak ber-bathtub la kitorang sepanjang duduk situ. Rugi aje!

Okay, malam tu rehat aje. Jalan dah 13 jam tadi kan? Huhu…


Esok pagi ada breakfast. Kitorang pi ke Thai Restaurant kat atas sungai tu. Jalan ke sana tak jauh, malah dicuci lagi pandangan kitorang dengan kawasan kolam yang best dan ada green house lagi tu kat sana. Hm, takde benda sangat nak cerita. Breakfast pun biasa aje. Biasanya kat hotel kalau breakfast camtu, ada air jambu selalunya, tapi kat sini air oren sahaja. Well, sakit perut aku kalau bedal air oren pagi-pagi. So, skip aje la air oren. Belasah air the panas, lepas tu campur satu pek strawberry jam (yang untuk roti) dalam air teh. Maka, jadilah teh strawberry, yaw!

Bergambar di depan kolam sebelum breakfast.
 
 

Mama pun nak posing gak, hehehe...
 

Akak pun tak terkecuali. Ni buaian kat depat Spa kat sana. Nak beli satu gak la letak kat rumah, wahahaha....
 

Tengahari dalam jam 1pm, kami bertolak ke rumah saudara untuk majlis kahwin. Tak ada apa nak cerita sangat kat sini. Just masa pergi dan balik tu, singgah la kat tempat-tempat yang menjadi kenangan mak masa zaman kanak-kanak dulu, hehe…


Malam sampai bilik and rehat. Esok pagi lepas breakfast, kami pun bertolak balik ke KL. Dalam perjalanan, kami singgah ke International Terengganu Endurance Park. Di sini, kebetulan pula keesokan harinya ada Endurance Race untuk Tuanku Mizan Cup, jadinya ada banyaakkkkk kuda kat sini, hehehe... Syurga kuda, untuk aku, wahaha... Excited dapat tengok kuda. Kebanyakan kuda disimpan dalam stable-nya. Sempat la kami singgah ke Stable 4 dan masuk. ada banyak table, 6 rasanya. Dalam satu stable boleh memuatkan hingga (mungkin) 40 ekor kuda tapi dalam stable 4 ni adalah dalam belas-belas ekor aje. Jalan-jalan kat situ dan terberhenti pulak kat depan sekor kuda jantan. Berselfie kejap sambil buat kawan baru, hikhik. Nama kuda tu Deejay. Kiut aje. Nak pegang tapi takut sebab tak tau temper kuda tu camne, huhu... Tapi kuda betina kat sebelah dia tu (warna putih bintik hitan) saaangattt la besar dan tinggi. Dan nampak sangat moody, huhu.... Nasib baik tak kacau, mau naik minyak, lolol...


Bersama Deejay


Lepas dah puas pusing kat situ, kami bertolak balik dan sampai ke KL dalam jam 2am. Penat berjalan!


Pendek kata, Tok Aman Balik Resort ni tempat yang menarik. Mungkin one day nanti nak datang sini lagi. That time akan bawak baju renang dan get ready duit banyak-banyak supaya dapat cuba aktiviti-aktiviti yang sedia ada kat sini. Or maybe next time boleh cuba spa pulak tak? Hehehe…. =P


 

Tuesday 7 October 2014

Horseriding Experience @ Uluhati, Hulu Langat

Hari ni, 7 Oktober 2014, I started my long-wanted experience, HORSERIDING, yeay!


This one I wanted to so much back then when I was not even a teenager yet. I dreamed to ride a horse in my own farm. If you know the game called Harvest Moon, you will know what kind of life I wanted back then.

Back then…

But now, I got my own responsibilities, so having a farm and a horse and perhaps a small house on one corner may still be a long shot wish, but worth dreamed of.

 Picture credit to timeout.com


Okay, anyway, back to the story. I’ve been looking for a place near my house to have a horseriding class. Luckily, this one is totally the nearest around here. I found it on the net at diuluhati.blogspot.com and the name of the place is Ulu Hati. It is located at Lot 2668, Kampung Kuala Perdik, Jalan Ulu Lui, Bt. 18, 43100 Hulu Langat.


I asked the co-owner of the place. She said the place started to operate since 2010. Hm, quite baru jugak kan? The place is nice, susah nak jumpa actually tapi the good thing is aku still jumpa tempat tu gak la. Kat ceruk, kawasan Kampung Jawa. Near mountains and river. Masih ada bunyi cengkerik dan riang-riang kat sekitarnya. Memang sangat tenang tempat tu, memang awesome dan sangat ‘alam sekitar’. Kat ladang tu pun ada chalet untuk diinap. Not sure about rate, boleh la pegi tengok the blogspot page diorang.


Tempat tu ada macam-macam haiwan peliharaan. Ada kambing, ayam belanda, ayam kampung, kuda, pony (kuda padi) dan anjing pun banyak (owner Melayu). My first impression of the place was, “Wow, not bad…”


Okay, at first I arranged my class to be at 8.30am on Wednesday (supposed to be on the next day) but somehow I need to re-arrange the session to today at 10am, which is quite late actually. Matahari dah tinggi dah, so agak terik sikit la. Sesampai kat sana, masuk dalam sikit kat lading tu dah nampak kandang kuda. Ada 2 ekor kuda dan seekor pony. And after a small talk with the owner, En. Din, dia cakap dengan co-worker dia ada orang nak belajar menunggang, so the co-worker, My Ray (En. Suri), berhenti mesin rumput and get King ready for my. Oh, the name of the horse that I rode this morning was King.
  
"Hi, I'm King."


Dari kandang kuda tu, aku berjalan dengan En. Din. Sambil tu dia cerita la sikit-sikit pasal menunggang kuda ni. One of the most important aspects when riding a horse is not to be afraid. He said that horses are intelligent animals and they can actually sense the rider’s feeling. Based on the rider’s scared feeling, horses will react with two kinds of reaction: 1) getting scared, or 2) trying to take over the rider and go wild. So before riding a horse, one must make sure that he/she have the confidence to control the horse. Mr. Din said, so far the horses in his farm had never behave wildly, thank God. As for me, I am confident enough to get on the horse. I’ve been riding a horse twice in my life but only on a guided joyride, which kita just duduk atas kuda and ada orang tarikkan kuda kita dari depan and jalan la for about 100 meters, lol.


But this one is different. Mr. Ray and En. Din taught me how to get on the horse myself, what is important to do to control the horse, the pose the body should sustain while riding the horse and some miscellaneous things that is yet to be learned.


Before I get on the back of the horse, Mr. Ray was warming-up the horse and En. Din was telling about the pose that is going to be used later. The pose is quite ‘simple’ to do. You have to sustain standing on your two feet with open knee and feet, toes point outwards and bend the knees so you kind of squat a bit. The most important part is having your backbone straight at all times. Leaning forward/backward may result in tripping over the horse, having the horse tripped or stopping the horse instantly (which can make you fly away or fall down). While I was having a practice on the ground, En. Din pointed to Mr. Ray to show me the example of how I should do.


Selepas tu, tibalah masanya untuk giliran aku pulak. Wah! Nervous kut. Bukan nervous dengan kuda tu, tapi, well, first time kan, memang la akan nervous, tak kira buat apa pun, kan, kan?


Kat sana ada sediakan tangga untuk naik kuda. Cara naik: 1) sentiasa pegang tali kuda (tak ingat dah apa nama benda tu), 2) Tangan kiri pegang tali tu dan pegang saddle (tempat duduk yang atas kuda tu), 3) Tangan kanan pegang saddle yang kat belakang, 4) kaki kiri letak kat iron (tempat letak kaki kat sisi badan kuda tu), 5) dengan menggunakan kekuatan kaki kiri, angkat kaki kanan across the saddle, down to the iron on the other side, pada masa yang sama, lepaskan tangan kanan dan pegang saddle kat depan. Ta-dah! Dah naik. Seems easy enough...


Next, ni la yang mencabarnya. Teknik menggerakkan badan bila menunggang. Oh, by the way sebelum telupa cerita, En. Din ada cakap, kuda ni ada 4 jenis movement; walk, trot, canter dan gallop. Walk tu yang paling slow, macam makan angin. Trot tu pulak bila kuda tu berlari-lari anak, canter ni laju sikit macam berlari tapi ringan aje dan last sekali yang Ulu Hati tak buat adalah gallop, which is kind of sprint. The farm tak besar untuk kuda tu gallop, that’s why the horse over there are not allowed to gallop. Takut ruang tak cukup untuk dia berhenti, nanti dia rempuh pulak pagar-pagar kat situ, hahaha…


Okay, I started with walk with King (the horse). Atas kuda, kita kena buat something macam ketuk-ketampi, where our feet push the body up and down but the knee have to stick, fix to the saddle. We have to match the rhythm of our movement (up and down) with the horse. Nampak senang? Well, going up and down with your two feet is hard enough, don’t forget about keeping your body straight. Oh, balancing one more, leaning too far to the front can cause either you or the horse to trip. This is actually not easy to do because you have to control the whole body to move with the horse. Wrong move, and the horse will stop. My best, perfect movement pun last about 2 times only on every round. Holding the rope will tire you eventually.


So I just repeat the whole thing, learnin on-the-go to do better than before.


At 11.15am, we stopped for the horse to have lunch. Dah lambat jugak tu sebenarnya. Sepatutnya stop at 11am tapi tadi terlewat sikit. Mungkin King lapar agaknya, tu yang macam makin susah nak control. Atau aku je yang tak pandai? Hahaha….


Then, Mr. Ray let me walk the horse to the stable. Ooh, sempat ambil gambar jugak tu, heehee…

After bidding goodbye to the owner, and especially King, and other dogs too, I went home, wishing that I can arrive home as fast as possible as my whole body felt like I’ve been doing push-up for 10 minutes, swim for another 30 minutes and jog for 20 minutes. Penat woo…!

Okay, need to read a lot about basic of riding a horse before proceeding with the next session. Good luck, me!


*****Update Wednesday, 15th October 2014*****


Hello.


This day I continued my session of horseriding.


At first kelas sepatutnya dalam jam 8.30am camtu tapi baru je nak start keluar dari rumah dalam jam 8.00am, hujan turun. Adohaii... Terus kol Pn. Safiya tanya pasal kelas. Dia kata kalau hujan memang tak leh nak naik kuda. So aku pun re-arranged la kelas untuk buat hari Jumaat. Tup-tup dalam 10 minit lepas tu, hujan totally berhenti! Kering, panas! Apa lagi, aku kol balik dia dan dia cakap, boleh aje datang. Trainer ada kat sana.


So then, aku pun bawak la motor secara berhemah sebab takut terlajak lagi dari simpang masuk ke Sg. Perdik. Alas, terlajak jugak, wahahaha...


Okay, setibanya kat sana, Pn. Safiya dan En. Din tak ada. Yang ada trainer aku and kuda-kuda, dan anjing-anjing serta ayam, , kambing dan rusa serta ikan (hehehe....). Tanpa melengahkan masa, kami pun start la sesi berkuda.


Macam minggu sebelumnya, agak payah nak control kuda sebab movement tak betul. Tapi dengan pertolongan Mr. YouTube yang hensem, aku dapat la tengok banyaaaakkk video tentang cara rising trot yang betul. Macam-macam cara yang mat saleh ni ajar. Tapi kebanyakannya agak sama. Selepas diteliti dengan elok-elok, aku pun ada buat praktikal kat rumah jugak tentang cara rising trot yang betul. Dari praktikal sendiri yang aku buat, baru aku dapat tahu kesilapan aku sebelum ni adalah rise dengan menggunakan tenaga bahu, belakang dan tangan (tarik tali pendek yang attached pada saddle) dengan kuat. No wonder la tangan aku sakit-sakit, adoii...


Dengan berbekalkan homework aku daripada Mr. YouTube yang hensem, aku pun cuba praktikkan pada King. Wallawei!!! Menjadi kuttt.....!!! Walaupun tak de la lama dapat trot dengan kuda (aku syak sebab setiap kali dapat rising trot dengan kuda secara betul, trainer tu akan jadi excited dan menjerit "haaaaaaa, jadi pun...!!! membuatkan King dan aku terhenti. so that is why dapat sikit je kut), tapi okay la. Towards the end of the session, aku dapat tangkap cara nak trot. The most important part yang aku tertinggal masa sesi sebelum ni adalah gerakan badan semasa ber-trot. Before this badan kat atas kuda macam kayu! Kaku! Tapi sebenarnya salah. Badan kita kena ikut movement kuda tu, so actually akan jadi macam berombak-ombak yang dikawal (supaya tak bersepah). Hahaha, suka lepas dah dapat. Badan pun langsung tak sakit-sakit atau lenguh-lenguh macam last week. Petang tu boleh aje gi keja macam biasa!


Lepas ni tak pening la kepala nak figure out pasal pose lagi. After this is about to figure out how to keep the horse from stopping the trot and how to command the horse to move and stop.


Wokey Mr. YouTube and people whom I watched the video, thanks a lot. I owe you guys!




*****Update Wednesday 22nd October 2014*****





Hari ni cuti Deepavali. So aku heret mak dan abah aku untuk tengok aku pegi menunggang kuda. Niat asal nak diorang rakam pergerakan aku aje atas kuda, hehehe… Dan tiba-tiba pulak kat Uluhati ada orang datang menginap dan duduk di chalet di sana.


Sampai-sampai saja kami ke sana, kami jumpa trainer aku, Mr. Ray (En. Suri). Dia sedang memandikan kuda-kuda kat situ. Kebetulan pula, dia kata, hari ni cuti. Jadi ramai yang akan datang untuk menunggang kuda.


Aku tinggalkan abah dengan En Suri untuk berbual. Pergi kat mama. Mak pulak melekat kat tepi kereta. Kenapa? Sebab Blacky (anjing paling tua kat Uluhati) duduk menepek sebelah mama. Mama takut nak gerak, hahaha… So aku pimpin tangan mak pegi jenjalan tengok kat keliling tempat tu.

Terjumpa pulak dengan owner, En. Din. Dia duk tarik daun-daun kering. Bisik kat mak, “Ni la owner tu.” Pastu mak tengok. Dia bisik balik, “Takkan la. Owner mana nak buat kerja macam ni. Ni pekerja dia la.” “Betul mak, ni owner dia. Dia buat kerja sendiri. How awesome is that?” Hehehe…

Lepas tu kami bertegur dengan En. Din. After that, kami berjalan menuju ke chalet di Uluhati tu. Terserempak la dengan pengunjung kat sana di kantin (?). Tegur-tegur dia, rupanya dia datang dari Dungun, Terengganu. Anak-anak dia dari Putrajaya bawak dia datang ke sini cuti-cuti ni. Then mak pun berbual dengan rancaknya dengan orang tu. Umur pun dah dekat sebaya. So, aku tinggalkan mak dengan orang tu untuk berbual dan aku pegi balik ke abah dan Mr. Ray tadi.


Sampai ke stable kuda, King dah ready untuk aku naik. Mr. Ray hulur aku tali kuda untuk dibawa ke litar kuda. Kami pun berjalan dan segera memulakan sesi berkuda hari ni.


Tak banyak untuk diperkatakan untuk kelas hari ni. Cuma kali ni aku berjaya untuk rising trot lebih lama daripada sebelum ni. Kalau tak dalam kelas sebelum ni, so far paling banyak rising trot yang aku berjaya lakukan hanyalah 4 tapi untuk kelas kali ni, aku berjaya rising trot hampir satu setengah pusingan (lebih kurang 8-10 kali), which pada aku agak bagus jugak la. Mana taknya, untuk kelas kali ke-3, aku dah mula faham dapat konsep rising trot. Actually pada orang yang tak berkuda, concept of rising trot and the difficulties to do it can’t be understood. Tak faham sebab tak buat. Tak leh salahkan mereka-mereka ni jugak, sebab sukan berkuda ni dah memang rare dah sekarang ni.


 On the horse...



So, sepanjang kat sini, mak dan abah la jadi paparazzi, mengambil-ambil gambar aku berkuda, hehehe… Ni le pertama kali aku dapat angle semasa sedang berkuda, whee…

Okay, sesi sepatutnya 40 minit saja dah jadi dekat sejam setengah, wahahaha… Sebab kali ni aku start belajar cara untuk memandikan kuda pulak. Interesting. Pada mulanya aku disuruh untuk mengangkat saddle. Mak datuk! Berat betul saddle tu. Tersentak kejap sebab terfikir, kalau saddle tu berat dalam (let say) 7 kg, tambah pulak berat aku XXkg (hehehe, takleh bagitau, sensitif!), berapa berat agaknya kuda tu kena tanggung? Huhuhu, kesian King...




Sedang angkat saddle. Berat oo... (O.o)

Then, Mr. Ray a.k.a En. Suri tunjukkan cara memandikan kuda sambil memberus. Pengalaman aku memandikan kuda pertama kali ni macam tak ubah dengan cara membasuh kereta. Serius! Sama je. Kuda pun lebih kurang besar dengan kereta, jadi feel tu pun tak ubah, hahaha…



After dah siram-siram dan sikat kuda tu, tiba masa pula untuk sisir air dari bulu dia. Ada satu alat simple aje, letak atas badan kuda dan tarik kebawah. Air akan terikut sekali. Ada sesetengah tempat kena buat secara lebih lembut sebab King sensitive pada area tu.


Lepas dah sudah memandikan kuda, kami berbual sekejap. En. Suri ada cerita tentang maintenance cost untuk seekor kuda. Hm, kalau aku buat bisnes sampingan, boleh la aku miliki seekor kuda, ahah! Takpe-takpe, settlekan semua kelas dulu sampai pandai, baru fikir nak beli kuda ke tak, hehehe…


InsyaAllah, one day nanti… =)