Wednesday 15 October 2014

Percutian ke Tok Aman Bali Resort, Tok Bali, Kelantan

Pada 8-10 Oktober 2014, kami berempat beranak (Mak, abah aku and kakak) pergi bercuti ke Tok Aman Bali Resort. Asalnya, kami balik ke Kelantan untuk sambut majlis perkahwinan sepupu aku, so alang-alang dah ke sana, nak cuba jugak la resort yang hebat diperkatakan ni (cheewah!). Kebetulan pulak macam dah lama sangat tak balik Kelantan ni. Last time balik sebab abang sepupu kahwin. La ni dah 3 orang anak dia dah kat KL, hahaha….

 Actually kami ada sedara kerja kat resort tu, so dapatla kami akan harga staff. Dengar kata, harga satu bilik satu malam adalah dalam RM250, tapi dengar mak kata dia dapat diskaun RM100, woohoo! Bagus jugak ambil 2 malam duduk kat sana.


Kami bertolak dari rumah dalam jam 7.30am lepas breakfast di Lontong King, satu kedai makan yang awesome, specialized in buat lontong. Next time I’ll try to tell about this kedai, okay?


Perjalanan kami sepatutnya, menurut Waze, hanya mengambil masa dalam 6 jam lebih sahaja dari rumah kami ke Tok Bali, tapi disebabkan ada 3 orang perempuan dalam kereta, macam-macam kerenah sepanjang perjalanan. dalam perjalanan ke Kelantan, tersinggah la pula ke UiTM Dungun. Kat situ ada kenangan. Aku tak belajar kat UiTM Dungun tapi dulu masa zaman belajar, aku terlibat dalam pencalonan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Jadi kitorang ada buat beberapa siri camping dan antaranya adalah di UiTM Dungun ini. Tempat ni cantik sangat sebab dia ada tasik (kut) yang berhubung dengan laut. Jadi sangat 'scenery' dan pendek kata, memang cantik la! Yang paling ingat sekali (sorry ea, nak cerita personal moment kejap) adalah time kami calon-calon MPP ni main 'perang-perang'. Situasinya sorang kawan kami (daripada 6 orang kut satu kumpulan) cedera. jadi kami sebagai 'tentera' ni kena papah kawan kami yang cedera ni dari tasik kat tepi UiTM tu masuk ke dalam. Yang paling momento sekali adalah kebetulan pula masa tu, SUKSIS (kut, tak ingat lat) ada buat latihan membak kat situ. So suasana adalah sangat 'berperang', terasa sampai ke jantung. Bertaubat kejap dan bersyukur, hehehe...
  
 
Ni tasik (kut) yang terletak di sebelah UiTM
 
Ni pantai di depan UiTM, berhubung dengan tasik (kut) tadi.
 
 
Ni pulak gambar panorama yang diambil menunjukkan bahawa tasik (kut) tu berhubung dengan pantai.
 
 Ok, sambung cerita. Kami banyak kali stop kat kedai keropok lekor la sebab nak beli sikit-sikit keropok, nak rasa aje. lepas tu terasa lapar, mak dan abah stop pulak kat kedai makanan laut yang diorang pergi dulu. Betul-betul tepi laut. Kat sana ada beberapa kedai tapi kami stop la kat mana yang sempat. Tempat tu di Penarik. Sana, kedai tu hidangkan ikan goreng, sotong goreng, udang goreng (sekor RM1 aje, besar...) dan lauk pauk sikit. Maka, makan lah kami akan lunch kat sana. Lepas tu, kami pun bertolak ke rumah sedara kat Bachok.
  
Udang dan sotong goreng yang kami order. Total udang adalah 25 ekor (kat atas baru 1st round, so ada dalam 15 ekor aje)
 
Pantai Penarik, ambil gambar dari Petronas Penarik.
 
Selepas singgah ke hampir 3 buah rumah, kami pun sampai la ke Tok Bali (selepas 13 jam perjalanan!). Sesampai di Tok Aman Bali Beach Resort, memang rasa agak kagum la dengan bangunan dia. Bukannya tak pernah duduk kat resort macam ni tapi, well, tempat baru, memang kena sentiasa kagum la on the first encounter, dak? Bila masuk lobby dia, hm, okay, boleh tahan jugak la. Resort ni cuba menerapkan budaya dan seni melayu, tapi tak berapa banyak. Ada sesetengah sudut aje ada hasil kerja rotan dan hutan ni. Yang lain semua modern design.
 
Pintu masuk resort tu

Okay, pada sekilas pandang, tempat ni macam hotel-hotel dan resort-resort yang lain, ada spa, ada restoran, ada gym dan ada kolam renang. Of course la bilik tu pun ada jugak kan? Kat sini pun ada aktiviti-aktiviti lasak yang disediakan, seperti paintball, range shooting, cycling, tandem cycling dan beberapa lagi aktiviti yang hampir sama. Teringin nak cuba beberapa aktiviti tapi kekangan wang sebab cek tak clear lagi time tu, cuti panjang pulak, hahaha… So, telan aje la perasaan nak mencuba tu.

Okay, masuk ke bilik pulak. Oh, masa kitorang tiba tu, kaunter cakap, “haa, puan masuk kearah ni, belok kiri, lepas tu nampak tangga, naik. Lepas tu terus aje jalan sampai hujung”. End up apa, tau tak? Kitorang ikut aje la padahal, bilik dekat aje dengan kolam, kat tengah pulak tu. The worst part? Bilik kitorang tingkat bawah aje. Apa la customer service. Dah la aku partially-OKU sebab berkuda hari sebelumnya, jalan pun slow aje, penuh kesopanan dan kesusilaan, aduhai…




 

 

Masuk bilik kena scan kad dulu, canggih! Then lepas tu kitorang explore la bilik tu. Normal, macam studio apartment hotel room hotel biasa. Pegi sampai ke sliding door, bukak and kat depan bilik kami menghadap paya/muara/sungai (tak pasti la apa tu, tapi air la). Cantik pemandangan! Siap ada Thai Restaurant lagi kat atas sungai tu, cool! Okay, cantik dah tu. Masuk tengok bilik pulak. Nice, nice... Lepas tu tengok dinding sebelah bilik air pulak. Alamak! Dinding kaca??? Apakah?? Berlari aku masuk tengok bilik air. Bilik air tu cukup sempurna, ada sinki, ada toilet bowl, ada shower place dengan dinding kaca, ada bath tub kat tepi dinding. Tapi yang hebatnya, ini adalah yang kali kedua aku jumpa selepas Legend Water Chalet, Port Dickson, di mana dinding bilik air ni adalah kaca! So in and out boleh saling melihat dan berkomunikasi la. Okay la tu, ada orang guna bilik air, lepas tu yang kat tempat tidur boleh la ketuk-letuk dinding kaca tu tanya bila habis. Komunikasi dua hala tanpa bunyi katanya. Hebat….


Tapi jangan risau, dinding kaca tu ada birai yang boleh ditarik. So kalau tak nak orang mengendap, Tarik aje la birai tu ke bawah, senang. Tak seperti Legend Water Chalet di Port Dickson tu dulu. Lantai memang dah best. Kaca. Boleh nampak ikan berenang-renang dengan riang ria kat laut kat bawah lantai chalet tu. Sambil tu kalau tengok kearah bilik air, boleh jugak nampak orang berenang-renang dengan riang ria dekat dalam bathtub bilik air tu. Tak berbirai pulak tu, hokey! Masa tu kalau nak berendam, adik beradik yang lain kena pi melepak kat bilik mak dengan abah. Bagi la dalam setengah jam hingga satu jam sorang. Haha, kesian mak dengan abah. Keromantikkan mereka terjejas masa tu.


Hm, dinding kaca bukan masalah besar sangat. Yang terbesar adalah bilik kitorang air panasnya tak berfungsi. Sedih tak? Adoi… Tapi mak kata malas nak tukar bilik lagi dah. Maka, tak ber-bathtub la kitorang sepanjang duduk situ. Rugi aje!

Okay, malam tu rehat aje. Jalan dah 13 jam tadi kan? Huhu…


Esok pagi ada breakfast. Kitorang pi ke Thai Restaurant kat atas sungai tu. Jalan ke sana tak jauh, malah dicuci lagi pandangan kitorang dengan kawasan kolam yang best dan ada green house lagi tu kat sana. Hm, takde benda sangat nak cerita. Breakfast pun biasa aje. Biasanya kat hotel kalau breakfast camtu, ada air jambu selalunya, tapi kat sini air oren sahaja. Well, sakit perut aku kalau bedal air oren pagi-pagi. So, skip aje la air oren. Belasah air the panas, lepas tu campur satu pek strawberry jam (yang untuk roti) dalam air teh. Maka, jadilah teh strawberry, yaw!

Bergambar di depan kolam sebelum breakfast.
 
 

Mama pun nak posing gak, hehehe...
 

Akak pun tak terkecuali. Ni buaian kat depat Spa kat sana. Nak beli satu gak la letak kat rumah, wahahaha....
 

Tengahari dalam jam 1pm, kami bertolak ke rumah saudara untuk majlis kahwin. Tak ada apa nak cerita sangat kat sini. Just masa pergi dan balik tu, singgah la kat tempat-tempat yang menjadi kenangan mak masa zaman kanak-kanak dulu, hehe…


Malam sampai bilik and rehat. Esok pagi lepas breakfast, kami pun bertolak balik ke KL. Dalam perjalanan, kami singgah ke International Terengganu Endurance Park. Di sini, kebetulan pula keesokan harinya ada Endurance Race untuk Tuanku Mizan Cup, jadinya ada banyaakkkkk kuda kat sini, hehehe... Syurga kuda, untuk aku, wahaha... Excited dapat tengok kuda. Kebanyakan kuda disimpan dalam stable-nya. Sempat la kami singgah ke Stable 4 dan masuk. ada banyak table, 6 rasanya. Dalam satu stable boleh memuatkan hingga (mungkin) 40 ekor kuda tapi dalam stable 4 ni adalah dalam belas-belas ekor aje. Jalan-jalan kat situ dan terberhenti pulak kat depan sekor kuda jantan. Berselfie kejap sambil buat kawan baru, hikhik. Nama kuda tu Deejay. Kiut aje. Nak pegang tapi takut sebab tak tau temper kuda tu camne, huhu... Tapi kuda betina kat sebelah dia tu (warna putih bintik hitan) saaangattt la besar dan tinggi. Dan nampak sangat moody, huhu.... Nasib baik tak kacau, mau naik minyak, lolol...


Bersama Deejay


Lepas dah puas pusing kat situ, kami bertolak balik dan sampai ke KL dalam jam 2am. Penat berjalan!


Pendek kata, Tok Aman Balik Resort ni tempat yang menarik. Mungkin one day nanti nak datang sini lagi. That time akan bawak baju renang dan get ready duit banyak-banyak supaya dapat cuba aktiviti-aktiviti yang sedia ada kat sini. Or maybe next time boleh cuba spa pulak tak? Hehehe…. =P


 

No comments: