Wednesday 10 December 2014

Journey to New Zealand – Day 3

Tarikh: 26 November 2014
Lokasi: Queenstown - Te Anau

**********

Pada pagi ni, kami ramai-ramai bergambar walaupun kadang-kadang tu aku tak mampu untuk duduk kat luar lama-lama sangat. Sejuk, aku bagitau korang. Memang sejuk! Pagi tu pulak la nak hujan sikit. Tapi takpe, sebab ada pelangi yang sangat cantik masa tu ditambah pula dengan latar belakang Moke Lake yang cantik, hehehe… Then kami hadiri taklimat pada pagi tu.
*Pemandangan dari motorhome kami. Actually kalau tengok betul-betul ada beberapa ekor kambing dah mula makan dah kat bukit tu*


*Gambar Moke Lake. Memang cantik...*


*Peserta dah mula keluar untuk mengambil gambar*


*Nampak tak pelangi kat belakang tu, Masa ni ambil dah lewat sikit, hehe...*

Pada hari tu, pergerakan adalah bebas as long as by 2pm kami dah mula bergerak meninggalkan Queenstown menuju ke Te Anau. Disebabkan kami ni berada berdekatan dengan Queenstown, maka kami ada baaaaanyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kat Queenstown, bersepah aktiviti yang kita nak buat. Just pegi aje ke mana-mana kedai dan tanyakan kalau aktiviti yang kita berminat nak buat tu available ke tak slotnya. Kalau ada, kita akan ditanya tentang cara nak ke sana, samada kita nak pegi sendiri ke atau nak ambil shuttle mereka. Macam-macam benda kita boleh buat dari skydiving, parasailing, hang gliding, kayaking, jet boating, helicopter tour, learn to fly a plane, zipriding, mountain climbing, canyon-ing, cave trekking, horse trekking, hiking, forest trekking dan banyak lagi. Queenstown adalah syurga aktiviti di South Island, New Zealand.


Disebabkan kami dah ada slot untuk skydiving pada pagi tu, kami patut bertolak ke Queenstown pada jam 9am. Sebelum tu, aku sepatutnya ada sesi horse trekking di Ben Lomond Horse Trek berdepanan dengan Moke Lake tu tapi tunggu punya tunggu, by 8.15am, tak nampak-nampak lagi muka tuan kuda tu. Maka atas nasihat En. Zikri, kami pun bergerak la ke Queenstown tanpa ber-horseriding.


Kami sepatutnya telefon NZone untuk bertanyakan tentang cuaca pada pagi tu. Cuaca memang dah cantik dah, cerah! Tapi berangin sikit. Anyway, aku drive ke bandar Queenstown dan drop Lina dan Phisya dan aku pegi cari parking.


Sikit nasihat, kalau nak masuk Queenstown ni, tolong la parking kat luar bandar dan jalan masuk ke dalam bandar atau park aje kat Skyline tuh. Atau cuba cari parking yang sedikit besar untuk motorhome kat tepi-tepi jalan. Sebabnya aku pilih untuk park motorhome kat library mereka tapi masyaAllah! GPS tak guna tu direct kami melalui satu jambatan yang sempit! Adoiii, tension aku dibuatnya. Kesian kak Rahmah dan Aunty kena bantu aku untuk melepasi jambatan yang sempit tu. Mintak maaf la korang, aku ni jenis cepat tertekan, jadi maafkan la ke-tension-an aku masa tu. Anyway, aku dapat la parking kat depan library. Tanpa aku mengetahui, it was another BIG mistake. I should have just parked at the Skyline aje. Sana luas sikit parking dia untuk motorhome.


Anyway, let’s continue. Lepas dah park motorhome kami, aku terus pegi ke NZone. Kak Rahmah dan Aunty pegi jalan-jalan sambil take their sweet time to look around the city. Then aku tunggu Lina and Phisya kat NZone sebab diorang hilang untuk pegi menyopping sikit. Dalam jam 10am lepas tu diorang sampai ke NZone. Leps tu kami dapat berita buruk bahawasanya semua aktiviti udara, termasuk skydiving, helicopter ride, parasailing, hang gliding dan seangkatan dengannya terpaksa dibatalkan sebab situasi angin terlalu kuat. Maka kami dengan kecewanya terpaksa akur.


Kami kemudiannya plan untuk buat zipride di Kawarau. Kami pun cari kedai yang boleh buat booking kami dan lepas jumpa, kami pun plan untuk ke Kawarau pada jam 11.15am. Dari situ kami berpecah; Lina dan Phisya akan ke Skyline untuk ambil balik kami punya payment, dan aku pulak nak pegi angkut motorhome tu untuk keluar dari Queenstown untuk ke Kawarau.


Nasib aku agak baik sebab masa nak balik ke motorhome tu, Kak Rahmah dan Aunty masih ada kat kedai yang last aku terjumpa diorang tadi. Tak perlu aku pegi cari macam orang gila ke seluruh Queenstown. So aku cakap dengan diorang yang kita akan ke Kawarau dan diorang ikut aku balik ke motorhome.


Sesampai aje kami di library, aku terkejut sebab mendapati tempat tu dah penuh dengan kereta dan motorhome yang parking. MasyaAllah! Macam mana nak keluarkan motorhome aku? Sebab memang sempit gila parking space dia. Tapi aku sedikit bernasib baik sebab masa aku dah masuk motorhome tu dan sedang berkalkulate macam mana nak keluar, tiba-tiba parking kat depan aku tu ada satu kosong dan kereta kat sebelah dia dah mula nak keluar. Lepas dia keluar, Kak Rahmah dan Aunty cuba tolong aku untuk keluarkan motorhome to dari situ tapi kami dapati ia agak susah untuk dilakukan. Kebetulan pulak ada dua atau tiga motorhome yang sedang menunggu untuk parking kat situ pulak dari group Trip Kekawan. One of them (male) keluar assist aku untuk keluar dari situ. Masa yang diambil agak lama, ada la jugak dalam 10 minit untuk aku keluarkan motorhome tu tapi Alhamdulillah, takde perkara yang tak diingini berlaku (kecuali terparking kat situ, that’s the BIG mistake). Lepas aku dah lepas dari tempat tu, cepat-cepat aku radio geng Trip Kekawan yang lain untuk avoid dari parking kat situ dan pegi park kat Skyline instead. Ah, lega…


Aku pun terus call Lina dan tanya dia kat mana. Dia pulak, untuk refund balik duit skydiving, dia dan Phisya terpaksa pegi balik ke kaunter Skyline kat atas bukit. Maknanya dia kena naik balik gondola tu untuk ke atas semata-mata untuk dapatkan balik refund. Diorang pun mengalami mimpi buruk kat sana, adoii… Ada la dalam 20 minit lagi kami tunggu Lina dan Phisya turun.


Jadi untuk berlegar kat Queenstown ni ada beberapa tips. First of all, kalau nak park, boleh aje park kat mana-mana petak parking kosong walaupun tepi jalan besar asalkan kau tak mengganggu jalan tersebut. The best place to park sebab luas adalah di Skyline sendiri. Sebab kat sana memang dikhaskan ada tempat parking untuk motorhome dan walaupun kat library tempat aku park motorhome aku tu memang ada tempat khas untuk motorhome, tapi percayalah kau bahawasanya kau sedang menyeksa diri kalau kau park jugak kat sana. Secondly, kalau nak daftar aktiviti (yang kena tengok keadaan cuaca la especially) sila pergi saja ke stesen/kedai mereka. Contohnya kalau nak daftar skydiving di NZone, pegi saja cari kedai NZone. Bukannya macam kami buat dengan pergi mendaftar melalui Skyline (atas bukit pulak tu). Jadi kalau korang daftar terus melalui kedai diorang, jadi senang kalau ada apa-apa pembatalan berlaku dan tak perlu bayar lagi NZD30 untuk naik gondola ke atas bukit semata-mata nak dapatkan refund. Dan thirdly, kalau buat aktiviti yang kena tengok keadaan cuaca macam skydiving ni, adalah lebih baik kalau korang daftar denagn bayar cash instead of credit card. Sebab aku pakai credit card, walaupun dapat refund, tak pasal-pasal aku terpaksa ‘dermakan’ RM57 kepada bank sebagai charge perkhidmatan. Gila betul. Skydiving tak dapat, duit pulak melayang, adoiiiiii…..


Okay, tak mau cerita perkara yang menyakitkan hati ni banyak kali. Tak tido malam aku nanti kang…


Okay, lepas dah amik Phisya dan Lina, kami teruskan perjalanan kami ke Kawarau. Jauh Kawarau dari Queenstown adalah dalam 25 minit perjalanan. Masa tu sedang ada sedikit pengubahsuaian jalan betul-betul di pintu masuk AJ Hackett Bungy (tempat kami nak buat zipride ni) maka aku pun terlepas jalan. Hoi! Tension betullah! Tapi anyway, lepas turn, masuk jugak la ke tempat yang betul.


Lepas sampai, kami apologize banyak-banyak kepada orang yang menguruskan zipride kami sebab datang lambat atas alasan ‘tersesat’, hukhuk… Tapi diorang very sporting, kata ‘It’s okay, not a problem,” dll. Then lepas tunggu dua orang sebelum kami buat zipride, turn kami pulak untuk ber ‘zipride’, aw yiss…

Kami pilih untuk buat gaya superman. Oh, untuk zipride di Kawarau ni, kita boleh pilih satu daripada 8 gaya solo dan 4 gaya berduet. So kami masing-masing pilih nak terbang macam superman, wahaha… Kami dipakaikan dengan barang-barang mereka dan kami dibawa ke pinggir platform. Sebelum kami berlepas, kami setiap seorang diberikan kamera GoPro untuk dipegang dan rakamkan gelagat kami. Oh, kamera ni pulang balik ye lepas dah mendarat. Jangan kau masuk poket sendiri sudah la, hahaha…


Then lepas kami dah setel ‘terbang’, kami masuk ke dalam office AJ Hackett Bungy ni dan tengok balik video dan gambar-gambar kami. Okay, rasa macam nak tapi bila dongak atas tengok harga, adoi! NZD80 untuk gambar dan video? Hm, lepas fikir-fikir aku kira tak pe la. Ambik jugak la. Skydiving tak dapat, horseriding pun tak dapat, amik aje la video dan gambar ni masuk CD. Bila tanya Lina and Phisya, diorang tak nak sebab mahal sangat. Bila aku nak bayar, end up hanya NZD35 aje sebab kami tersalah tengok harga. Yang NZD80 tu untuk bungy tapi zipride punya hanya NZD35. Maka cepat-cepat Lina nak ambik dia punya, hahaha… Oh, bila dah hulur duit untuk bayar, orang kat kaunter kata perlu bayar NZD30 aje instead of NZD35. Kami pun malas nak tanya lebih-lebih, kami bayar then balik ke motorhome.

*Yang gelang getah tu dapat free, hahaha... I guess memang tak ramai yang naik zipride kut...*

Dalam 15 minit kami menghilang, Kak Rahmah dan Aunty sempat masak mi goreng dan nasik butter, hahaha… Kami makan dulu sebelum bergerak ke Te Anau. Kebetulan pula masa sebelum kami sampai ke Kawarau, Lina ada ternampak papantanda ke arah Arrowtown. Bila ditanya ada apa dengan Arrowtown tu, Lina cakap tu tempat koboi zaman-zaman dulu. Okay, kami pun singgah le ke Arrowtown dan ambil-ambil gambar kat sana sebelum jalan ke Te Anau.

*Kalau takde kereta tu dan kalau baju proper, memang dah nampak macam kat pekan koboi zaman koboi dulu la...*


*Menelefon ke rumah la konon. Hukhuk, rindu rumah oo...*


Kami sampai ke Te Anau dalam jam 5pm. Kebetulan pula organizer ada kata kalau nak bershopping kat kedai Cina Malaysia kat sana, kena sampai sebelum jam 6pm kalau tak kedai akan mula tutup. Kami sampai agak awal, jadi lepas park dan solat, kami pun jalan kaki aje ke kedai cenderahati tu.


Te Anau ni adalah tempat yang sangat best dan pada aku adalah yang paling best sekali antara semua tempat yang aku dah pegi kat New Zealand ni. Kawasan dia tenang aje. Jalan ke checkpoint kami tu lurus aje tapi kat sebelah kiri tu tasik. Beyond the lake is mountains. Dengan cuaca yang mendung dan hujan-hujan sikit, for me that was perfect! I really like the moment at Te Anau (walaupun pada asalnya kami punya power point di tapak nombor 26 tu rosak, terpaksa kami berpindah ke tapak nombor 25) and if I were to immigrate to New Zealand, I’ll choose to stay at Te Anau, seriously!


Malam tu, kami makan. Kak Rahmah dan Aunty did a very good job in cooking. Dengan masakan diorang, aku tak terasa pulak yang aku ni menginap di dalam motorhome, sebab makan malam kami mewah pada malam tu, dengan salmon nya, dengan nasi butter nya, dengan mi goreng nya, dengan sambal bilisnya, dengan broccoli fresh nya, dengan murtabak megi Lina nya, air oren dan air epal. Memang wow la pendek kata.

*Our dinner yang oshem malam tu*

Malam tu aku sempat mandi (sebab kami menginap di Top Ten Holiday Park Te Anau kami ada proper hot shower dan laundry). Keluar-keluar aje lepas shower, aku ternampak geng-geng Trip Kekawan dah start briefing untuk perjalan pagi esok. Alamak! Camne boleh terlupa ada briefing malam tu? Aku dengan rambut masih basah nye, join aje la diorang.


Dalam briefing tu ada kata, kami akan bergerak secara konvoi ke Milford Sound. Pada jam 6am dah kena gerak, jadi jangan ada sesiapa lambat sebab GPS tak berfungsi dengan berapa baik dalam perjalanan untuk ke Milford Sound ni.


Then pada jam 12am, baru aku dapat tido lepas set katil. Pada masa tu, kami masih lagi tak tau ada beberapa motorhome Trip Kekawan yang masih tak sampai lagi ke Te Anau pada malam tu…

************

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)

Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)

3 comments:

nhhas said...

Assalamualaikum...

Sis.... salam singgah...

Tgh plan nk singgah queenstown 4 hari 3 mlm...

Nk mntk pedoman...

1. Place to go. Yg kira nya must go place.
2. Car rental?
3. Accomodation.

Apa yg ptt bawak... food senang ke nk dpt ke kna bawak siap2 ?

Ada food restricted x?

nhhas said...

Mntk emel boleh?

reallife.nhhas@gmail.com

Ilmam Mazlan said...

Assalamualaikum.
saya dan family (isteri dan mak ayah) akn ke NZ bulan 8 ni. for 7-8 days. ble share itinerary tak? my email ilmamazlan@gmail.com. thanks :)