Thursday 4 December 2014

Journey to Sydney, Australia – Day 1

Tarikh: 21 November 2014
Lokasi: KLIA2 -  Sydney Airport - Sydney City Tour (by car) - YHA - Sydney City Tour (walking - YHA

**********

Kalau nak cerita dari awal macam mana aku memulakan niat untuk ber-trip ni, entah dari mana nak start. Ok la, dipendekkan cerita, semuanya bermula dari seorang kawan (yang tak berapa rapat) pada lewat tahun 2013. Dia ada tulis dalam facebook; “one day nanti kalau aku ada rezeki, aku nak mengelilingi Eropah”. Sebenarnya, aku pun macam tu jugak. Aku memang dah lama nak ke Europe, tapi apakan daya, masih tak berduit dan masih takde keberanian. Anyway, I tried my luck untuk google pakej-pakej ke luar negara. Sedar-sedar aje, aku dah sampai kat satu blog, ‘umrahtransformasi.blogspot.com’ atau Facebook page Trip Kekawan.

Dalam page dia ni, mereka ada cerita trip-trip yang mereka anjurkan. Memang antaranya ada trip ke Europe dan mostly trip mereka ni adalah self-driving, iaitu kita sendiri yang drive kereta/bawa motorsikal. Tapi tiba-tiba ternampak one of the ‘cheapest’ package yang ditawarkan oleh mereka ni which is to New Zealand (camping) dalam RM990 ground (I’d say cheapest sebab memang antara termurah dalam Trip Kekawan tapi how should I know, if I add everything up in the end, it won’t be as cheap as I thought anymore…). Memang tak mahal ground dia and tiba-tiba pulak datang kegilaan aku yang konon-kononnya nak bercamping kat New Zealand. Maka dari situ aku dah tanam niat untuk ke New Zealand, walhal tak pernah pun ada dalam wishlist aku untuk ke New Zealand.

Masa ni aku masih lagi naïf dalam bab ke Negara orang. Sebab takde pengalaman ke luar negara tapi tiba-tiba saja ada plan nak ke New Zealand. Ni memang kerja gila sebenarnya. Lepas tu aku bagitau niat ni kat mama, dia terus bagi kebenaran untuk aku pergi dan dia siap belanja deposit kepada Trip Kekawan sebanyak RM200 lagi tu kau!

Kalau nak tanya aku, aku pun tak tau kenapa lepas baca sikit-sikit pasal trip-trip oleh Trip Kekawan ni, tak semena-mena datang keyakinan terhadap penganjur ni. Dan tak semena-mena aku terus daftar dengan penuh keyakinan tanpa rasa curiga. Memang hebat. Aku pun tak tau dari mana keyakinan terhadap diorang ni datang.

Okay, move on. Sepanjang tahun 2014, aku ada buat kira-kira tentang perbelanjaan dan simpanan. Bulan Mac aku simpan untuk beli pakaian sejuk. Bulan Mei pulak untuk buat passport dan beli penimbang bagasi dan tiket kapal terbang Air Asia. Bulan seterusnya aku mula beli tiket Qantas pula berserta book lodging di Christchurch, New Zealand. Bulan Julai aku belanja untuk beli beberapa pakaian lagi. By August aku bayar habis ground Trip Kekawan ni dan bulan-bulan seterusnya aku bayar untuk visa Australia, beli barang-barang peribadi, apply kad kredit dan buat tukaran matawang asing. Setibanya bulan November, semua barang aku lengkap, jasa planning yang baik dan ikat perut dan ikat nafsu (wakakaka...).

Sebelum aku habiskan bayar ground kepada Trip Kekawan, aku ada terfikir yang berkemungkinan besar aku akan pegi New Zealand hanya sekali aje, so why not aku join motorhome aje instead of bercamping? Maka aku pun tukar plan dan bayar untuk bermotorhome dan aku pilih untuk mendaftar under motorhome berempat (sebabnya motorhome 4 ni dalam list Trip Kekawan ni kereta auto, so kalau aku nak drive, I confident only with auto, wahahaha…) dan bajet aku sedikit naik ketika tu, huhu…

Sebenarnya aku sangat-sangat bersyukur aku tak buat kerja yang lebih gila, iaitu teruskan niat untuk bercamping kat sana. Sebab pertamanya aku ni bukan la pandai sangat nak hidup bercamping. Kalau nak ikutkan kedekut dan berjimat, mungkin aku akan menyesal tak sudah dan in the end mungkin tak enjoy langsung. Sebab keduanya pulak aku pun tak tahu masa tu yang suhu di New Zealand adalah sangat sejuk terutamanya pada malam hari. Hai la Azie, mana pegi gila kau nak camping tadi tu...?

Okay, aku teruskan. Aku beli tiket Air Asia X untuk singgah ke Sydney dan dari Sydney untuk ke Christchurch, aku beli tiket Qantas. Kalau ada teringat, dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal aku punya flight Air Asia kena kansel. So untuk fix everything, aku pilih untuk extend transit aku jadi dua malam di Sydney. Ni sebenarnya sebab Lina, from Kak Kiah 2 ada ajak aku pegi dengan diorang, dia, Kak Rahmah and Kak Zana. Lepas cakap kat mama, mama nampak sangat lega and dia suruh aku pegi jugak dengan diorang walaupun aku sebenarnya agak rasa keberatan sebab memikirkan macam agak costly jugak suddenly nak tambah dua malam kat luar negara ni. Nak taknak, memikirkan ni first time aku keluar negara, aku fikir bagus jugak ada kawan. Lagipun abang ada cakap, kalau ke Sydney tu, baik takyah kalau sekadar nak transit 13-14 jam aje. Baik duduk satu malam atau dua. So aku pun iye kan aje la. Tambahan pulak, Lina and the gang nak buat beberapa aktiviti di Sydney termasuk ke Blue Mountain. Kat sini aku dah mula pening dengan bajet aku tapi nasib baik abang belanja aku sikit untuk menampung hidup aku tiga hari kat Sydney.

Pengalaman yang best kat sini adalah seat untuk flight ni aku beli bukannya Air Asia Hot Seat, tapi Business Class Flatbed, yaww! Bajet return ticket Air Asia aku adalah RM2345 termasuk 2 kali makan berbayar (dan Air Asia bagi dua kali makan free untuk pelanggan Business Class dan Premium Flex) dan luggage 30kg masa balik (padahal luggage tak sampai 20kg pun time balik tu, wakakaka). Kelebihan beli business class adalah kita dapat priority luggage haul, priority boarding, flatbed, cabin agak private dan tak crowded, selesa dan macam-macam lagi (termasukla steward/stewardess ingat nama kita dalam kabin tu, which for me is quite cool). Pendek kata untuk long haul dari Malaysia ke Sydney, memang berbaloi untuk duduk 8 jam dalam business class! Plus, jakun kan, first time nak fly sensorang pada awalnya, tu yang aku nak mencuba habis tu. Memang ni la sebabnya bajet lari, huhuhu...

Setibanya hari yang ditunggu-tunggu, Khamis 20 November malam tu aku dah fly walaupun paginya aku masih kerja. Dekat KLIA2, jumpa la geng motorhome Kak Kiah 2 (my group kat New Zealand nanti). So kami gerak dari sana untuk boarding ramai-ramai. Lepas naik kapal, maka kami pun memulakan perjalanan kami.

Flight kami dari KLIA2 adalah pada jam 11.35pm dan sampai ke Sydney adalah pada jam 10.20am. Kami lalui pemeriksaan kastam dan imigresen. Bila baca kat internet, orang kata macam susah aje nak lepas kastam Australia ni, tapi ikut pengalaman aku, it’s actually sangat senang, dengan syarat kau tak bawak bahan terlarang masuk (eg. Bahan segar seperti buah, ikan dan daging, dan tak bawak masuk bahan tenusu seperti keju dan susu. Kalau macam coklat tu lepas) dan jangan lupa untuk DECLARE. Declare aje semua benda yang kau rasa possible seperti kayu (boomerang dia ke), bulu (baju wool), tanah (sabun taharah) dan grain (megi pun aku kira grain). Declare aje. Biar nampak skema asalkan kau jujur dan boleh lepas.

Lepas kami melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen, kami pun menunggu airport transfer kami di tempat menunggu di Kingsford Smith International Airport, Sydney. Actually this airport transfer adalah dari group pakej KoalaBelang. Mereka ni menguruskan pakej-pakej pelancongan sekitar Sydney (rasanya). Kami ambil pakej ke Blue Mountain dan mereka sediakan airport transfer dari airport ke tempat penginapan kami, which is at Sydney Harbour YHA, berdekatan dengan Harbour Bridge.


 *disambut dengan pokok Krismas yang megah depan pintu keluar airport*

Sesampainya kami di YHA, kami unload barang dan mendaftar masuk. Oh, ada masalah sikit kat sini. Kami ke Sydney berempat tapi aku join mereka bertiga sedikit lewat. Jadi aku beli lodging kat YHA tu lewat sikit tapi Lina dah cakap dengan pihak YHA untuk sekalikan kami berempat ni duduk sebilik. Dalam email diorang, YHA katanya dah okay dan akan uruskan penginapan kami ni tapi bila sampai sana, nama aku masih tercampak kat bilik lain. Bila Lina tunjuk email kata pihak YHA dah kata okay, mereka pun agak menggelabah untuk menyusun balik bilik kami. Maka kami kena tunggu about 1 more hour untuk mereka susun balik. They apologized so much dan siap belanja lagi coffee and tea sementara kami menunggu. Finally, kami pun diletakkan kat bilik tingkat paling atas dan berdekatan dengan rooftop. Pemandangan sana sangatlah awesome. Sebab dari rooftop tu, it’s overlooking Sydney Opera House and Harbour Bridge. Memang terasa best lah! Bilik kami pun not bad. Two bunk beds dan ada bilik air selesa dan toilet pun okay (walaupun takde air paip, terpaksa la kami survive cara mereka, huhu…).


*Apa dah nama cathedral ni? First time nampak secara live*


*Art Gallery of NSW, nampak masa odw ke YHA*




*Sydney Harbour YHA*


*Pemandangan dari rooftop YHA berdekatan dengan bilik kami*



Pada sebelah petangnya, kami start untuk berjalan. Target kami adalah untuk conquer bandar Sydney dan landmark mereka for the day. Maka kami berjalan ke arah Harbour Bridge dan menuju ke Sydney Opera House dengan berjalan kaki. Kat sana, kami bergambar macam orang gila. Cuaca lebih kurang Malaysia aje tapi Australia ni berangin sejuk, jadi selesa aje rasa. Tapi, honestly cakap, matahari kat sana sangat terik. Panas! Kalau pegi sana time macam ni, tolong la bawak payung atau pakai sunblock + pakai sunglasses.

Okay, lepas kami dah puas amik gambar kat Sydney Opera House, kami mula berjalan ke Darling Harbour pulak. Ye, kami berjalan! Kalau la korang tau jarak antara dua harbour tu, memang faham la korang jauh mana kami dah jalan, adoii…. Tapi nasib baik sana tak bahang, jadi jalan jauh pun tak terasa sangat penatnya (plus kejakunan kami dengan tempat baru). Target kami ke Darling Harbour adalah untuk ke Madame Tussaud Wax Museum tapi nasib kami tak berapa baik sebab setibanya kami ke sana, muzium tu dah tutup, sedihh…. Nasib baik la kedai cenderahati sebelah muzium tu bukak lagi dan murah-murah barangnya. Aku pun start la membeli, hehehe…



*Tengok secara live, memang terasa awesome nya*


*Bersama Lina*


*Dari kiri; aku, Lina, Kak Zana dan yang belakang tu Kak Rahmah*


*Nampak jam kul bape tu? masih lagi terang...*


*Pemandangan masa senja. Masih cantik*



Kemudian kami berjalan keliling Darling Harbour untuk cari makan. Dah la susah nak cari kedai makanan halal, jumpa aje, tutup, jumpa aje tutup, jumpa aje, tak halal (walaupun dia tulis masakan Malaysia, aduhaii…). Maka dari Darling Harbour tu dengan penat dan susah payahnya kami berjalan balik ke YHA. Untuk rekod, tak pernah la pulak aku berjalan selama lebih daripada 4 jam, hehehe… Dan sampai aje YHA, kami pun makan megi aje, huehuehue…


Untuk malam tu, mereka bertiga turun untuk jumpa kawan mereka yang duduk kat Sydney. Katanya dia ada masak sikit untuk kami. Aku tak kenal dengan kawan diorang tu (dan kepenatan yang amat) terus tidur lepas mandi.

**********

See also:

Australia:
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)


No comments: