Monday 20 October 2014

Pengalaman flight dibatalkan Air Asia

Tarikh: 20 October 2014
Hari: Isnin



Wallahhhh, duk seronok-seronok kerja hari ni tetiba dapat email daripada AirAsia yang tertulis “URGENT” kat dalam phone. Lepas tu bila buka email, AirAsia kata my current flight had been cancelled and need to be rescheduled (or refund, ikut pelanggan). Actually, dah boleh agak benda ni akan jadi masa awal-awal lagi sebab ramai je kat group satu FB kata AA flight selalu je kena batal atas alasan “Commercial Reasons”. Kata diorang that reason selalunya sebab tak cukup kuota penumpang atas kapal.
 

Bila dapat email tu, hati tu masih boleh dikawal tenang-tenang lagi tapi lepas dah post kat group ni untuk minta nasihat, diorang kata baik cepat telefon AirAsia untuk reconfirm flight, terus rasa tak sedap hati. Dah la kelas hari ni berturut-turut sampai jam 2.15pm nanti, lepas tu bateri telefon pun nak mati pulak tu, adohai… Tiba-tiba jadi tension, adui!
 

Lepas tu mesej la dalam group WhatsApp, mengadu pasal ni. Diorang pun nasihatkan buat cepat-cepat. A member dalam group kata ambil flight sama dengan diorang, which on 2 days earlier. So I need to stay in the arrival country for an extra 2 nights. Oh, duit…
 

Pastu telefon mama. Mak kata bagus la kalau dapat flight yang sama dengan kawan, sebab mak tak de la risau sangat nanti. Hm, okay la. Actually, aku ingat nak jimat-jimat, jadi plan asalnya kalau kena reschedule, aku nak pegi only a day earlier than the original departure date. Boleh la save accommodation sikit. Tapi bila fikir balik, abang ada kata, “kalau setakat 14 jam transit duduk kat airport, baik lagi duk semalam dua kat sana,” maka, aku pun okay-kan saja la duduk extra 2 malam.
 

Then, tanpa memikirkan RM1.96 per minute (lantak la) untuk telefon AirAsia, aku pun telefon aje la nombor AirAsia X (600 85 8888 – Malaysia line). Staff lelaki dia angkat. Lepas a little bit of reconfirmation, aku pun tukar la flight. Arrival time adalah pada 10.15am. Not bad, actually. Senang saja nak call AirAsia ni, walaupun pengumuman dia masa mula-mula telefon tu ada la agak annoying-nya.
 
 
Aku pun ada dinasihatkan oleh members of the FB group untuk pergi ke kaunter AA aje tapi memikirkan yang paling dekat adalah di USJ atau di Pudu, hmmm, tak mampu la aku nak ke sana. Email pun katanya macam lambat nak reply. Twitter, tak pandai guna. Maka tinggallah option menelefon saja. Anyway, all things done. The operator kata by 6pm today akan dapat itinerary baru. Tapi tipu je tu. Tak sampai 20 minit, itinerary baru dah sampai. Cool gila!
 

Niat nak pegi 1 negara aje, tiba-tiba boleh dapat melancong ke 2 negara, hehehe.
 

Cool thing is, my flight is still in the same class, and got same in-flight service. No additional fees need to be added.
 

But still, need to convert duit extra…………
 
 
 

No comments: