Tuesday 12 September 2017

Kembara ke Jogja Day 3 & 4

Awal-awal ni aku nak mintak maaf, bajet perbelanjaan untuk day 3 dan day 4 aku dah hilang, so, tak dapat nak disertakan di sini. Sorry sangat sangat...

***************

Tarikh: 20 February 2017
Hari: Isnin

***************

Hari ini dimulakan dengan makan breakfast di hotel. Hefty okay breakfast hari ni. Dengan mi soto nya, dengan nasi berlaukkan ayam merah nya, dengan bubur nasi nya (takde  telur masin, awkward sikit), dengan nasi gudeg nya, hoii! Memang kenyang.

Best, serius breakfast kat hotel ni best.

Lepas breakfast, kami naik ke bilik dulu sebelum hotel call yang motorsikal dah ready. Time to self-tour, baby!

Untuk harga sewa motor, of course la sewa motor dari hotel ni mahal sikit, tapi, well, senang. Tak payah nak cari kedai motor kat sini. Ada je tapi within walking distance, dalam 3 minit perjalanan la (around 300m dari arah hotel). Harga lebih kurang RM5 lebih mahal, tapi takpe la. Diorang uruskan semua, Siap minyak ada separuh lagi. Kami perasan masa nak isi minyak. Jadi daripada nak isi IDR50k, kami isi IDR10k je. Nak wat camne? Dah beratur kat stesen minyak, baru perasan, hahaha...

Korang jangan buat macam ni ye? Check dulu level minyak, baru decide. Tau la excited sebab sebelah hotel tu stesen minyak, hahaha...

Oh ya, harga minyak kat situ masa tu around RM2 lebih untuk minyak 92 ok? MINYAK 92!

Aduhhh...

Okay, next.

Pada asalnya kami perlu ke Kraton, tapi bila fikir balik semalam, Kraton macam tak berapa best. Dulu aku pernah sampai Kraton, dia macam muzium diraja, penuh gambar, pinggan mangkuk kenangan dan lain-lain. Bukannya macam kau masuk istana Kraton tu. Jadi aku bincang dengan husband dan decide untuk kansel Kraton. So kami teruskan perjalanan menuju ke Taman Sari.


*Kat pintu masuk Taman Sari



*Kat dalam Taman Sari. Ni bekas kolam mandi tu


Di Taman Sari ni, dia lebih kurang macam perkampungan di sekeliling 'Royal Bath'. Banyak la ceritanya. Dulu tempat mandi anak-anak dan gundik raja, lepas tu ada sungai/tasik kat situ yang dah jadi rumah orang sekarang ni, ada tapak istana, ada masjid bawah tanah, etc. Bagi aku menarik tu takde la sangat, tapi kalau suka sejarah, boleh datang sini. Oh ya, jangan lupa TOURGUIDE ya! Kalau tak melanguk aje korang tengok sekeliling, tak tau nak pegi mana sebab Taman Sari ni bukan kecik kawasan dia ok?

*Sapa tertinggal kepala, angkat tangan!



*Jom mandi!


Next kami pergi ke Jalan Malioboro Semula sebab nak buat final shopping. Kat situ kami beli last 3 bags untuk bawak balik Malaysia. Nak bagitau, kalau ke Jalan Malioboro ni, korang jangan suka-suka park tak tepi jalan ya? Nanti kena saman. Dia ada satu parking khas untuk motorsikal berdekatan hujung Jalan Malioboro (bukan hujung yang ada bank dan tugu peringatan perang tu, tapi hujung lagi satu). Kat situ dia ada parking bertingkat untuk motorsikal. Bayaran masuk (keluar baru bayar actually) adalah IDR3000. Korang park kat tingkat atas tu, hati-hati masa naik ya, sebab curam, dan boleh berjalan turun ke Jalan Malioboro. Dekat je pun...

Lepas dah habis shopping beg, kami kononnya nak singgah ke Batik Rumah. Dulu pernah sampai dan ingat nak pegi lagi. Tapi malangnya, Google Maps bawak ke lokasi yang dah betul, tapi Batik Rumah dah pindah rupanya... Nak mencari tu malas, so kansel. Beli je la kain batik kat kedai bukan Batik Rumah. Not good. Kualiti jahitan macam hape tah, lepas tu boleh kau nak jual RM60. Menyesal aku!

Lepas tu kami terus balik ke Hotel memandangkan hari pun dah petang dan nak hujan. Tak sangka ya? Keluar jam 9.30am, buat beberapa aktiviti je dah sampai jam 6pm. Masa banyak-banyak tu pegi mana ya?

Lepas balik hotel, kami terus naik dan merehatkan diri. Malam tu kami ada 'romatic dinner'.


*Ni je sempat ambil, lain semua dah kena ngap baru perasan terlupa ambil gambar, huhu...



**********

Tarikh: 21 February 2017
Hari: Selasa

***************

Hari ni supir sampai jam 11am. Lepas checkout, kami terus ke castle atau nama tempatnya ialah Gubug Makan Mang Engkin Soragan Castel, Bila sampai tu, memang nampak castle, uuuu....


*Rasa macam makan kat Eropah aje, kuikuikui~



*Hefty lunch, nyum!


Ingatkan dapat makan dan jalan kat kawasan castle tu tapi sebab berborak punya pasal, tau-tau je dah dekat jam 1pm. Terpaksa pendekkan masa makan dan kami terus gerak.

Masa on the way nak balik airport ni, kami singgah ni satu pasar di sana. Tak sure pasar apa, tapi sebab nak cari Teh Poci dan gula batu, digagahkan juga oleh supir kami untuk berhenti di sana. Tak habis dengan tu, kami berhenti di lebih kurang 4 IndoMaret hanya untuk cari susu pisang. Last-last indoMaret yang paling dekat dengan airport tu ada. Maka borong la hampir 20 kotak susu pisang.

Setibanya di airport, kami ucapkan selamat jalan kepada supir dan masuk ke perkarangan bangunan International Departure.


*Ini lah supir kami, Mr. Erwin Hidayat


Kat situ, kami kemas barang, bungkus dengan clingwrap dan check-in. Flight tiba dalam 2 jam selepas itu.

-Tamat-


***************

Tips:
= di airport di gate takde water dispenser tau (ada pun kat lactation room aje). So kalau korang nak beli air, sila beli di ruang menunggu sebelum masuk gate. Tak sure boleh bawak masuk gate ke tak.

= di departure, dia ada 3 kali scan beg, satu masa nak masuk bangunan, dua, masa nak masuk ke ruang menunggu, tiga masa nak masuk gate. Semua dekat-dekat within 200 meters aje.

= diorang strict dalam bab berat beg ya, so ada banyak penimbang situ, sila timbang.

= jangan lupa tourguide masa di tempat-tempat bersejarah seperti di Borobudur, Prambanan, Kraton dan Taman Sari.

= cuba try teh poci (green tea + jasmine) yang diminum dengan gula batu. Sedap oih!

= makanan di sana 95% halal. So jangan risau. McD dan KFC semua 100% halal. Tapi kitorang tak cuba pun.

= Tele dengan korang punya supir. Anything nak tanya, tanya diorang terus. Kalau Google je, takut info tak tepat (kes nak cari factory outlet la ni).

= Buat pelan perjalanan, anggaran tiket masuk (ni kena Google), anggaran harga makan sekali, anggaran harga perbelanjaan dan belanja extra tiap-tiap hari dan track mana perbelanjaan itu pergi. Ini akan membantu bajet anda setiap ringgit.

Tu je la buat masa ni. Kalau ada masa free, nanti aku akan try update trip ke Krabi, Bali dan maaaaaaybe Bandung pulak. Huhu... Susah juga nak update blog ni ya?

***************

See also:

Kembara ke Jogja Day 1
- Kembara ke Jogja Day 2

No comments: