Saturday 9 September 2017

Kembara ke Siem Reap Day 2

Kembara ke Siem Reap Day 2

Tarikh: 1 September 2017
Hari: Jumaat
Lokasi: Hotel - Masjid - Lunch - Killing Field - Lotus Farm - Tiket Angkor - Dinner - Hotel.

**********

Hari ni sepatutnya hari free and easy kami, sebab hari ni jatuh pada Hari Raya Korban. Konon nak join orang solat raya, tapi aku kena tinggal kat hotel. Husband aje pegi, sobsob...

Zaky ambil husband aku dari hotel dan diorang pergi masjid. Dalam 2 jam lepas tu diorang balik. Husband kata selipar hotel yang dia pakai ke masjid hilang. Zaky punya pun sama. So, no choice, husband aku kena cari selipar baru. Setiap kali kitorang pegi negara orang, mesti akan kena beli selipar, pelik betul.

Bila husband dah sampai hotel, kami rehat dulu sampai la lepas Jumaat, dalam jam 1pm camtu kami keluar.


* Panaih lit lit!


Mula-mula cari makan, ingatkan ada la restorang halal yang buka, tapi hampeh, semua tutup. Masjid tu buat korban lepas Solat Jumaat, so banyak kedai tutup. Maka ber-huhu lah kami. Jadi kami pun ke KFC yang berdekatan. Oh ya, KFC sini halal ya. So, no worries.

Lepas makan, kami pun ke Killing Field/Wat Thmey. Killing field ni adalah muzium + temple, so masuk adalah percuma. Nothing much, cuma di sana ada papan kenyataan yang tertulis sejarah masa pemerintahan Pol Pot. Tak perlu nak cerita kat sini, boleh Google je. Cuma ada satu menara di tengah-tengah kawasan ni yang menghimpunkan tengkorak-tengkorak orang yang dibunuh masa Pol Pot ni berkuasa.

*Ni menara tengkorak yang femes tu. 


Lepas tu kami lepak kat gerai di Killing Field tu, minum kelapa muda yang best amat! Sudu pakai kulit kelapa je. Senang samgat nak korek isi tu. Apasal kita kat Malaysia dah tak buat camni ea?

*One thing yang bagus pasal Cambodia ni, kelapa dia BAPAK BESAR! Isi pulak GILER TEBAL! Puas makan.


Then kami ke Lotus Farm. Kat sini pun tak ada apa sangat cuma kalau nak bergambar tu okay jugak tempatnya. Tapi sebelum balik, kami beli buah lotus di sini. Seikat cuma USD0.50 dan kami beli 2 ikat. Siap boleh bawak balik Malaysia lagi. Kalau nak tau cara nak makan buah lotus, sila Youtube.

Rasa buah lotus? Lemak-lemak berkacang, sedap. Sekali rasa macam pelik, dua kali rasa, dah takleh berhenti. Ni kali kedua aku makan buah lotus. First time dulu kat Endau-Rompin, tapi buah tu kecik-kecik.
*Kat satu kawasan di Lotus Farm, diorang ada sediakan platform untuk berjalan. Sila jangan jatuh, kalau tak anda akan kebasahan.


*Cantik, tapi panas, tak tahan...


Kemudian kami ke Tasik Tonle Sap. Memang tak plan nak buat tour floating market since ramai sangat kata sini banyak scam. Dah mahal tak bertempat, haha... Kalau sorang tu dah USD20 untuk tour-tour sekeliling tasik, lepas tu dibawa ke tempat yang kau tak nak pegi sambil dipaksa menderma, pastu dengan harga sebotol Pringles mencecah USD4 (lebih kurang RM15), kau rasa tempat ni jadi apa sebenarnya kalau bukan lubuk scam? Jadi kami cuma ke jeti mereka dan lepak kat situ sekejap.


*At least kitorang sampai ke Tonle Sap. Angin kuat sangat.

Kemudian, kami berpatah balik dan menuju ke tempat penjualan tiket Angkor Wat. Beli tiket untuk keesokan harinya. Sebab beli pada jam 5pm, diorang bagi free Sunset View dari Angkor Wat, so boleh la bertolak ke Angkor Wat untuk sunset. Ala, kat situ cuma nampak silau-silau matahari terbenam je. Silau wei!

*Cipar (selipar) besar!!!

*Ni kat luar Angkor Wat. Boleh nampak tak betapa silaunya direct sunlight tu?

*Hokey, amik mood. Esok nak masuk dalam tu


Lepas tu, kami pun bertolak ke route 60, di mana daging bakar yang famous tu dijual di sini. Ada salah satu daripada kedai-kedai tu adalah kedai daging bakar halal, kedai kat hujung sekali. Kami makan 2 set daging bakar + sup (set macam makan steamboat). Kenyang yakmat!

*Sila order 2 atau 3 pinggan. Siyes tak cukup


*Yang banyak tu actually mi sup dia. Best la kat sini, puas makan.


*Zaky tunjuk terer memasak, hehehe... Kalau dia takde, apa la kitorang nak buat dengan semua bahan ni...


*Ni papan tanda gerai tu. Pastikan ada perkataan Halal. Kedai kat hujung sekali sebelah kiri


*Nampak 'brahok' tu? Sedap!

Masa kami duk makan-makan tu, ada la terperasan 2 orang lelaki datang kedai tu dan duduk. Tak lama lepas tu, tuan kedai datang jumpa Zaky dan Zaky pun bangun pegi ke orang tu. Turns out, dua orang tu datang dari Malaysia sebab ada projek kat sini. So, diorang pun tau kedai makan ni, cuma diorang tak reti nak order apa sebab masing-masing (diorang dan tuan kedai) tak faham antara satu sama lain. So Zaky la yang kena jadi translator. Len kali kena mintak diorang charge kat kitorang sebab pinjam driver tuktuki kitorang, hehehe...

Bila nak balik tu, tegur la pakcik dua orang tu. Mengeluh diorang sebab susah nak jumpa kedai makan halal (salah sorang tu chinese). Lepas salah sorang pakcik tu (yang Melayu) tegur kitorang, tanya, "Ni datang honeymoon ke? Nampak macam pengantin baru", hahahaha.... Tak la acik, kitorang pengantin lama, by setahun 7 bulan, wakakaka~

Lepas tu kami terus balik hotel. Tapi singgah kedai sebab nak cari baby powder. Tetiba terjumpa ni:

*Erm... What?

Sampai hotel, rehat cukup-cukup, sebab esok ada main event, nak kena jalan banyak.

============================
Perbelanjaan, USD1 around RM4.20:
============================
     - Selipar (husband punya hilang kat masjid): USD2
     - Lunch KFC: USD9 (untuk 3 orang)
     - Kelapa muda: USD1
     - Lotus Farm entrance: USD1
     - Lotus fruit: USD1
     - Angkor Wat entrance for 2 pax: USD74
     - Dinner daging bakar: USD19

     - Miscellaneous spending: USD5

Total spending for Day 2:
USD112
RM471

**********

See also:

- Kembara ke Siem Reap Day 1


No comments: