Monday 15 December 2014

Journey to New Zealand/Australia – Day 7)

Tarikh: 30 November 2014
Lokasi: Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia

**********

*Bunga cantik boleh didapati merata-rata di New Zealand... =)*



Aku bangun jam 3am dan dalam jam 4.15am aku pegi ketuk pintu bilik Abang Lee. By 4.30am, aku dah sampai kat airport dah.


Kat airport, aku baru terperasan yang aku tertinggal jaket jeans biru aku kat lodging tadi, huaaa… Maka aku bermundar-mandir kat airport. Aku WhatsApp mama kat rumah. Nasib baik mama tak tido lagi. Tengok cerita Zorro katanya. Aku cepat-cepat tanya pendapat mama pasal baju tu, nak buat macam mana. Lepas dah bagi pros and cons, mama kata, “Takpe la. Mungkin bukan rezeki. Kalau ada rezeki, mungkin boleh dapat balik baju tu,” hukhuk, dah agak dah… Takpe la, aku pun pasrah aje la. Kalau Aunty terasa nak bawak baju tu balik Malaysia, memang rezeki aku la. Tapi kalau dia rasa macam susah aje nak bawak baju tu pegi Melbourne, takpe, aku terima. Lagipun, for this trip, it was the first time aku pakai baju tu setelah lebih 2 tahun aku beli masa belajar kat Shah Alam dulu. Aku dapati baju tu sesuai untuk dipakai ke New Zealand. Bila dah pakai, rasa selesa dan best pulak. Tu yang aku terjatuh cinta dengan baju tu. Memang silap aku la boleh tertinggal, hukhukhuk…


Anyway, bila aku dah selesai berpasrah pasal baju tu, aku teruskan perjalan aku di dalam airport tu. Dekat dengan gate kat airport aku jumpa balik Lina dan Kak Rahmah. Diorang akan fly ke Melbourne dan flight diorang adalah jam 7am. Then bila tiba masa, diorang pun pegi and we bid farewell.


Aku pulak ada extra 30 minit menunggu. Bila tiba masanya, aku pun masuk kapal terbang. Oh, this time betul-betul naik Qantas, hahaha… Tapi nasib kali ni tak menyebelahi aku. Aku terpaksa duduk di seat tengah pulak, wahahaha… Tapi seat Qantas boleh tahan la lebarnya. I think ‘maybe’ lebih besar dari seat Air Asia. Anyway, nasib baik jugak Qantas ni ada screen kat setiap seat, boleh la jugak aku mem-busy-kan diri dengan benda tu.


Dekat kiri aku nampak macam sorang businessman, pakai kot, tie semua tu. Mat saleh. Peramah jugak la. Tapi aku dan dia masing-masing tak mau campur hal orang. Kami bercakap bila perlu aje, hikhikhik… Sebelah kanan aku yang duduk tepi tingkap pulak macam budak Melayu, lelaki. Yang ni macam mabuk kapal terbang sebab semua makanan dan minuman free dia tolak, huhu… Lepas tu memanjang aje muka masam dan tidur. Nampak sangat dia sedang struggle untuk hidup (wakakaka…).


Anyway, flight tu tak terasa lama pun. Godek-godek screen tu, sedar-sedar aje sampai dah kat Sydney. Okay, next mission: survive for 14 hours of transit in Kingsfor Smith International Airport: Terminal 1, Sydney.


Oh maii… Kau tau tak betapa seksanya aku masa ni? Sepanjang trip aku kat New Zealand, aku (or kami) hanya tidur untuk 4 jam saja malam tu dan dalam perjalanan tu sempat la tidur another satu jam untuk perjalanan sejauh 150 hingga 300 kilometer. Lepas tu kat airport ni pulak tak macam kat KLIA dan KLIA 2, kecik dan busy. Dan buat lebih teruk, sini sepatutnya airport transit kan, jadi memang ramai la yang transit kan? Kenapa la diorang tak buat sleeping pod macam kat KLIA 2 tu? Kalau ada boleh la aku lelap mata 2-3 jam. Memang takde langsung. No wonder la our KLIA dinobatkan antara 10 airport yang terbaik di dunia selain besar, selesa, kemas, ada tempat berehat yang proper, dll.


Dalam 14 jam tu aku terpaksa bukak mata aku. Tak terhingin pulak aku nak menjejakkan kaki kat luar, serious! Sebabnya sapa nak jaga beg aku masa tu? Kalau aku nak explore lagi Sydney, boleh la aku tinggal beg kat tempat berbayar (tak ingat untuk berapa jam tapi AUD20-40) dan pegi keluar dari airport tu untuk ke Circular Quay ke (YHA kat sini, so memang tak nak pegi lagi) atau ke Bondi Beach (sebutannya adalah bon-dhai, bukan bon-dee macam kami mula-mula sebut dulu, hehe…) perlukan another AUD 40 tapi apakan daya, duit dalam poket dah tinggal about AUD25 aje. Bukannya tak boleh nak keluar. Boleh aje, tapi nak bukak mata pun macam nyawa-nyawa ikan, ada hati nak pegi berjalan lagi, kuikui…


Takpe, memikirkan aku ni dah berjalan keliling Sydney haritu, aku pun buat donno aje la untuk hari tu. I focused only on how to stayin’ alive (stayin’ alive, ooo, ooo, ooo stayin’ aliveeeee…..).


Jalan, jalan, jalan. Last-last jumpa pun satu seat yang paaaaaaling dekat dengan port charging (oh, kat sana ada la dalam 4 port charging henfon. Dia memang sediakan satu port dengan banyak dan macam-macam jenis kabel untuk pelbagai henfon). Aku pun duduk la kat kerusi yang paling dekat (sebelah tong sampah pun, pedulik hape aku?) supaya boleh la aku nampak henfon dan powerbank aku tengah charging. Sambil-sambil tu tengok-tengok orang. Lepas tu makan roti yang aku beli kat kedai Lebanese kat tingkat arrival kat bawah. Ohmaigod!!! Roti??? Mama ada suruh aku bawak balik roti dari Sydney ke rumah, yang aku pegi makan apasal??? No wonder la rasa macam tak betul. Aku beli roti tu untuk bawak balik, tapi aku pegi makan. Habis satu setengah roti tu kat aku aje. Padahal bukannya lapar sangat.


Maka terpaksa la aku ambil balik phone dan powerbank tu dan dengan berat hatinya aku tinggalkan port yang paling baik tu, hukhuk… Seret la beg akan aku ke tingkat bawah semata-mata nak dapatkan roti yang mama demand. Aku beli another 3 breads dan gunakan plastik provided by Qantas tadi untuk masukkan kesemua roti-roti tu (nasib baik ada plastic cantik yang siap ada tali untuk ikat lagi) dan aku try-try nasib balik ke port tadi.


Alhamdulillah! Takde orang! Cepat-cepat aku berjalan secara cool menuju ke tempat tu dan assume my last position tadi, hehehe…


Aku cuba lelapkan mata. Berjaya jugak la tapi tak boleh terlalu lena. Tidur-tidur sedar. Rasa macam nak ‘hilang’ aje, cepat-cepat aku bangun. Memang seksa la I tell you… I’m not the type of orang yang boleh nak selesa kalau tidur kat kaki lima, nope, not me. Aku lagi prefer untuk berjaga selama 14 jam daripada tidur atas lantai. Not a backpacker, sorry…


Kebetulan pulak, port aku tu dekat dengan kaunter G, iaitu dimana Air Asia akan buka kaunter untuk check-in luggage kat situ. So boleh la nampak dengan jelas, nyata dan terang. Memang good port la. Tapi tak duduk lama jugak…


Sebab aku ternampak Kak Azah, wife En. Zikri (organizer) lalu situ. Aku tegur la dia. Oh, sukanya dia dapat geng. Then kami pun turun untuk cari makan. Dia lapar, tapi aku tengah kenyang, so teman aje la dia.


Kami stop kat kedai kebab. Tak terperasan pulak aku kedai tu. Siap letak besar-besar pulak logo halal dia tu, huhu… Takpe la, next time okay kut.


Kak Azah order sepinggan kebab (without roti, tak tau style apa) then kami duduk. Borak-borak aje la dengan dia then dia ada suruh aku makan sekali. Tak mau makan sebenarnya tapi tengok pinggan tu, dengan harga AUD12 ke berapa tah, memang banyak gila la. Untuk 3 orang makan pun boleh. Memang kesian la kalau dia nak habiskan sorang, wahahaha…. Okay, aku pun join sekaki, sebab aku pun tak suka tengok makanan yang tak dihabiskan.


Kami borak pasal macam-macam dan lepas habis, kami pun naik balik ke atas ke departure level untuk duduk-duduk. Kat situ kami terserempak lagi dengan geng Trip Kekawan, group Selamber. Diorang pulak baru sampai dan nak makan. So kami sekali lagi turun ke arrival level dan teman diorang makan kat Taste of Thai (perkataan halal besar pun aku tak perasan before this). Haa, yang ni teman diorang makan aje sambil borak-borak.


Then, lepas tu kami ramai-ramai pegi balik ke kaunter G (masing-masing naik Air Asia) tapi tengok tiba-tiba ramai aje yang beratur, haha… Kami pun join tapi aku skip line sebab aku pemegang tiket business class (yaw!). Saje je nak try business class. Hm, so far, aku nak kata kalau  fly jejauh ni yang sampai 8 jam punya flight, it’s better to be on business class dan it’s better to be on business class time kau dah nak balik sebab masa ni la kau nak keselesaan penuh and business class is the answer. Kalau masa pegi, naik economy pun takpe kut tapi kena tahan sikit la. I’ve been to Jogja with economy class, dan kalau kapal terbang yang jenis sama digunakan untuk long-haul flight, memang sakit la…


Lepas dah dapat tiket, aku tunggu Selamber dan Kak Azah untuk board masuk gate ramai-ramai. Sampai-sampai aje kat sana, orang dah start masuk. We bid goodbye kat situ (sebab aku ada priority boarding, so can masuk sesuka hati) dan aku terus masuk ke perut kapal.


Kat situ ada sorang stewardess dia (ketua stewardess tapi muda lagi!). Comel aje orangnya. Dan dia ingat semua nama passenger of the same cabin, wah! Professional. Masa duduk dia tanya nak makan bila. Then aku cakap the first meal tu nak immediately, which yang paling cepat dan the second meal tu nak masa yang last dia boleh serve. Hm, kat sini dah belajar satu benda lagi. Kalau flight balik rumah, especially malam punya flight la, tak payah nak order 2 meals la. Aku pun agak menyesal sebab order lagi satu meal (business class dapat satu complimentary meal) kalau tak boleh dapat another hour of sleep, huaa… And ada satu meal diorang yang paling mahal. Apa tah namanya dengan cranberry sauce? Nampak aje sedap tapi tak menyelerakan pun, (huhu, jangan order lagi ye Zie?). Yang ni aku paksakan diri untuk makan jugak. Kalau tak rugi aje laa RM25 tu…


Okay, selepas lebih 8 jam, kami pun tiba di KLIA 2. Fuh, jauhnya berjalan dari gate nak ke arrival gate. KLIA 2 ni memang besar!


Tapi segala kepenatan dan kepayahan aku selama dari airport di Christchurch, Sydney dan KLIA 2 ni hilang bila keluar-keluar aje dari arrival gate, dah nampak mama duduk tunggu kat situ. Mama… Saya rindu kat mama, huhuhu… Aku ni jenis family person, so walaupun pegi ke tempat yang best mana pun, duduk kat hotel 7 bintang sekalipun, I still need my family to feel like I’m home.


Begitulah ceritanya perjalanan aku selama 12 hari di negara orang. Pengalaman ni dah mula membuka mata aku dengan lebih luas (walaupun negara pertama aku pergi dulu adalah di Indonesia iaitu di Yogjakarta, tapi yang ni lebih berharga sebab aku pergi atas usaha dan wang dan keringat aku sendiri, bukannya atas tajaan orang lain walaupun ada jugak la sikit-sikit yang disumbangkan oleh family). Kita akan belajar cara orang dan kita akan (dan tak kan terlepas dari) membandingkan sesuatu perkara tentang negara tersebut dengan negara kita. Walaubagaimanapun, in the end kita akan jumpa walaupun secubit perkara yang lebih baik tentang negara kita dari negara orang. Malaysia ada banyak lagi benda yang perlu dikejar dan perlu dipelajari dari negara orang. Orang Malaysia pun ada banyak benda yang perlu di-improve kalau nak berjaya, contohnya how they treat their mother nature. You’ll be ashamed dengan cara orang kita. Kalau la, kalau la semua orang kat Malaysia ni boleh spend some time duduk kat negara orang, baru diorang tau budaya pembawakan kita ni sebenarnya tak sihat. Teringat satu proverb berbunyi something like this, “To change the world, you must change yourself first”. Maka jangan tunggu perubahan dari orang lain. Kita sendiri kena berubah dulu.


My last advice from this piece: Go on a journey, plan yourself and see the world…



Okay, these are few of the best pictures of my journey. Enjoy... =)


 

No comments: