Saturday 6 December 2014

Journey to Sydney – Day 2

Tarikh: 22 November 2014
Lokasi: YHA - Scenic World Tour - Malaysia Hall - Harbour Bridge - YHA

**********
Pagi ni kami bangun awal untuk solat Subuh. Dan dalam jam 7am, kami dah mula tunggu tour guide kami di depan pintu masuk YHA. Tujuan kami pagi tersebut adalah untuk ke Scenic World dan tour guide kami pula namanya Aisyah. Dia merupakan student di satu universiti di Sydney (adoii, apa dah nama U tu?) dan dia berasal dari Johor. Dia dah belajar kat sana dah 4 tahun.
Kami menaiki kereta untuk ke Scenic World. Dari situ aku boleh nampak cara orang sana bawak kereta. The not-so-good thing about them is they usually press the gas and suddenly hit the brake. Aku tak berapa suka cara diorang bawak kereta, serius! Tapi the good thing about them is if they see people crossing, laju mana pun diorang bawa (kalau selamat), diorang still akan stop untuk bagi laluan pada pejalan kaki, especially kawasan bandar. And they don’t usually exceed the speed limit. And they rarely langgar lampu merah. And they got a good system in driving in city.
Dalam perjalanan untuk ke Scenic World yang mengambil masa almost 2 jam, kami sempat singgah ke Lincoln’s Rock untuk bergambar. Pemandangan sana sangatlah cantik! Berlatarbelakangkan bukit bukau yang penuh dengan pokok yang kalau sedikit cerah daripada masa kami sampai tu, dah boleh nampak bukit-bukit tu kebiru-biruan (hence the name Blue Mountain), kami bergambar-gambar la sikit sebelum satu bas pelancong dari Taiwan datang. Kebetulan pulak masa tu dah start panas. Maka kami pun meneruskan perjalanan kami ke Scenic World.


*Depan papantanda Lincoln's Rock*


*Berehat tepi tebing batu, huhuhu...*


*Okay, ni memang kerja gila, hahaha...*
*Dari kiri, Zana, aku, Lina dan Kak Rahmah. Haa, nampak pun muka Kak Rahmah...*

Lebih kurang sejam lebih kemudian, kami pun sampai ke Scenic World. Kat sana kami buat aktiviti secara pakej. Yang pertama adalah menaiki keretapi di Scenic Railway dengan jalan keretapi yang mempunyai kecuramannya sehingga 52 darjah. Sangat curam! Kalau bukan sebab keretapi tu just bawak perlahan, memang dah jadi roller coaster punya la! Dah la masuk terowong pulak tu. Actually, kawasan tu adalah bekas lombong arang batu. Lepas arang dah depleted, dia jadi tempat tarikan pelancong pula.


Kemudian kami berjalan dalam 10 minit melalui Scenic Walkway untuk menaiki cable car pertama. Sebenarnya selepas kami turun dari ‘The Steepest Passenger Train in the World’ tadi tu, kami ada tiga pilihan untuk berjalan menuju ke cable car. Yang pertama adalah berjalan sejauh 2.4km melalui air terjun bertingkat yang terletak di hujung Scenic World tu dan akan pusing ke pelusuk Scenic World (niat asal memang nak ke air terjun tu tapi apakan daya, semalam punya jalan pun tak sudah lagi penatnya), atau pilihan kedua adalah berjalan selama 20 minit melalui Miner’s Hut dan Lillipilli Link, atau laluan ketiga selama 10 minit (yang kami pilih) melalui Ventilation Furnace dan Coal Mine Entrance (tak leh masuk pun).


*Ni papan info masa masuk ke Scenic World*

*Ni before board Scenic Railway. Tetiba ada mat saleh kat situ, wakaka...*



*Nampak aku tunjuk kat mana tu? tu contengan aku kat papan hitam kat Scenic Railway*


*Nampak tak kecuraman 'The Steepest Railway' ni?*




Selepas berjalan selama 30 minit (dari 10 minit jadi tiga kali ganda sebab berhenti-henti ambil gambar), kami meneruskan perjalanan kami untuk menaiki Scenic Cableway. Perkara yang menarik pada Scenic Cableway ni adalah ia akan bergerak sejauh 545 meter menaiki bukit ke tempat kami bermula tadi. Ia juga merupakan cable car yang terbesar di Australia dan boleh memuatkan sehingga 84 orang dalam satu masa.

*Ni kat depan office coal mine.*


*Tak dapat kuda betul, kuda batu pun boleh laa...*
Selepas sampai ke puncak, iaitu di mana kami bermula tadi, kami pegi cari makan. Nak kata cari makan kat tempat orang ni memang susah tapi alhamdulillah, lepas kami bertanya pada penjual di kedai makan di Scenic World Top Station (tempat kami start tadi), dia ada bagitau, kalau di setiap hujung nama makanan dalam menu mereka ada tulis huruf ‘H’ dalam bulatan hitam, tandanya makanan tu halal. Sukanya kami tak terkata, maka kami pun order benda yang sama (sebab malas nak fikir panjang, hahaha...) iaitu beef burger with chips (without salad) yang berharga lebih kurang AUD14. Agak mahal, tapi tengok apa dia bagi sekali dengan burger tu dalam gambar kat bawah.


*Ni burger nya. Besar tak chips dia? hohoo...*
Benda yang kelakar masa nak order ni ialah nak memahami cara percakapan (atau slang) yang digunakan oleh hampir keseluruhan orang Australia dan New Zealand. Slang diorang memang pelik. Bukan tak pernah dengar. Dalam TV dah banyak dengar this kind of slang tapi bila berkomunikasi secara 'live' ni, dia jadi agak kekok dan susah nak faham. Keupayaan memahami slang diorang jugak la antara sebab kami putus asa untuk order perlbagai jenis makanan dan putuskan untuk order benda yang sama aje, kikiki...
Lepas order, kami diberi benda biru kat gambar bawah ni. Benda ni akan vibrate kalau order kami dah siap dan kami perlu ambil sendiri di kaunter. Hebat tak? Kat kedai makan pun pakai teknologi. Cepat-cepat la Malaysia catch up... =)


*Ni la benda yang akan vibrate kalau order kita dah siap*


Lepas kami makan, kami pergi membeli sikit di kedai cenderahati tu sebelum kami cuba Scenic Skyway. Cable car yang ni lain dari yang sebelumnya. Cable car yang ni ada open-window dan kat tengah-tengah cable car ni ada satu platform lantai kaca yang kita boleh tengok pemandangan kat bawah kaki kita. Jarak cable car tu dari ground level adalah setinggi 270 meter dan merupakan yang tertinggi di Australia.


*Ni pemandangan Katoomba Falls. Cantik tak?*




*Ni floor kaca masa naik Scenic Skyway*
  
Dari sini kami boleh nampak The Three Sisters. Okay, The Three Sisters ni ada legend yang tersendiri among aboriginals in Australia. Ceritanya gini; yang dapat daripada pemandu pelancong kat Scenic World kata The Three Sisters ni disumpah jadi gunung lepas diorang enggan kahwin dengan lelaki pilihan bapak diorang tapi yang aku terjumpa kat internet, The Three Sisters ni adalah maiden yang sangat cantik dalam tribe Katoomba. Pada suatu hari, mereka terjatuh cinta dengan tiga jejaka dari tribe lain tapi perkahwinan antara dua tribe tersebut adalah dilarang sama sekali. Kemudian, ketiga-tiga lelaki ni bercadang untuk menculik The Three Sisters but an elder of Katoomba Tribe ni tukarkan ketiga-tiga perempuan ni jadi gunung untuk melindungi mereka namun dalam peperangan yang tercetus antara dua tribe tersebut, the elder tadi mati dan tak ada sesiapa dalam Katoomba Tribe yang lain dapat redo the spell leaving the The Three Sisters remain as mountains until now. The Three Sisters (gambar kat bawah ni) adalah yang paling femes di keliling kawasan ni and can be viewed throughout Scenic World. The other Four Sisters pulak boleh dilihat kalau naik Scenic Skyway dimana one of the sisters ni terasing sikit daripada 3 lagi. Okay, don't ask me about the legend of Seven Sisters ni, sebab aku tak tau. Just tau about The Three Sisters aje, wakakaka....




*Ni stop before sampai ke Scenic World. Belakang tu yang bukit bertiga yang pelik tu la The Three Sisters.*
 
Sebelum kami habiskan aktiviti kami di Scenic World, kami sempat merasa untuk naik Scenic Railway lagi sekali atas permintaan Aisyah. Kemudian, lepas dah puas hati, Aisyah hantar Lina dan Kak Rahmah ke airport sebab mereka ada flight ke Christchurch pada petang tu. Lepas tu, Aisyah bawak aku dan Kak Zana singgah di Malaysia Hall untuk bersolat. Ni first time kami tengok sendiri Malaysia Hall. Okay, bangunan ala bangunan lama di Malaysia. Kebetulan berdepanan dengan Malaysia Hall tu ada stadium lumba kuda dan kebetulan pulak masa kami nak keluar dari Malaysia Hall, last spring horse race baru tamat di stadium tu. Kat situ boleh nampak budaya orang Sydney berpakaian untuk ke race tersebut. Pelik, sebab diorang pakai macam ada formal program. Yang lelaki berpakaian kot atau shirt dengan necktie, yang perempuan berpakaian gaun dan blouse dan mesti ada something kat kepala (topi ataupun bunga). Memang pelik tapi good culture. Kemudiannya, Aisyah hantar kami pulang ke YHA.


*Depan pintu masuk Malaysia Hall*


*Cantik tak rumah ni? Kiut giler!*
Pada malam tu, aku and kak Zana keluar berjalan ke Harbour Bridge. Kami lalu di laluan untuk menuju ke seberang. Tak ke seberang jalan sangat pun, just berjalan sampai bawah bridge tu aje. Pemandangan Sydney Opera House malam tu, aduhai, cantiknya…


*Sydney Opera House malam-malam. Cantiknyaa....*




Lepas agak jauh kami berjalan, kami pun berpatah balik sebab masing-masing dah kepenatan. Oh, lepas Lina dan Kak Rahmah dah fly, ada sorang aunty dari America datang menginap di bilik kami. Kami tak berborak sangat pun sebab bila dia ada dalam bilik, kami pegi jalan. Bila kami dah balik, dia dah pun tidur.
So untuk malam tu, aku kemas barang-barang aku untuk get ready. Pagi esok shuttle datang ambil di YHA jam 6.30am. Flight aku ke Christchurch adalah pada jam 10.30am. So, for the transport for the next day akan diceritakan in my next post.

**********

See also:

Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand

New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 3 (Queenstown - Te Anau)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)

Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)

No comments: