Lokasi: Queenstown - Te Anau
**********
Pada pagi ni, kami ramai-ramai bergambar walaupun
kadang-kadang tu aku tak mampu untuk duduk kat luar lama-lama sangat. Sejuk,
aku bagitau korang. Memang sejuk! Pagi tu pulak la nak hujan sikit. Tapi takpe,
sebab ada pelangi yang sangat cantik masa tu ditambah pula dengan latar
belakang Moke Lake yang cantik, hehehe… Then kami hadiri taklimat pada pagi tu.
*Pemandangan dari motorhome kami. Actually kalau tengok betul-betul ada beberapa ekor kambing dah mula makan dah kat bukit tu*
*Gambar Moke Lake. Memang cantik...*
*Peserta dah mula keluar untuk mengambil gambar*
*Nampak tak pelangi kat belakang tu, Masa ni ambil dah lewat sikit, hehe...*
Pada hari tu, pergerakan adalah bebas as long as by 2pm
kami dah mula bergerak meninggalkan Queenstown menuju ke Te Anau. Disebabkan
kami ni berada berdekatan dengan Queenstown, maka kami ada baaaaanyak aktiviti
yang boleh dilakukan. Kat Queenstown, bersepah aktiviti yang kita nak buat. Just
pegi aje ke mana-mana kedai dan tanyakan kalau aktiviti yang kita berminat nak
buat tu available ke tak slotnya. Kalau ada, kita akan ditanya tentang cara nak
ke sana, samada kita nak pegi sendiri ke atau nak ambil shuttle mereka.
Macam-macam benda kita boleh buat dari skydiving, parasailing, hang gliding,
kayaking, jet boating, helicopter tour, learn to fly a plane, zipriding,
mountain climbing, canyon-ing, cave trekking, horse trekking, hiking, forest
trekking dan banyak lagi. Queenstown adalah syurga aktiviti di South Island,
New Zealand.
Disebabkan kami dah ada slot untuk skydiving pada pagi
tu, kami patut bertolak ke Queenstown pada jam 9am. Sebelum tu, aku sepatutnya
ada sesi horse trekking di Ben Lomond Horse Trek berdepanan dengan Moke Lake tu
tapi tunggu punya tunggu, by 8.15am, tak nampak-nampak lagi muka tuan kuda tu.
Maka atas nasihat En. Zikri, kami pun bergerak la ke Queenstown tanpa
ber-horseriding.
Kami sepatutnya telefon NZone untuk bertanyakan
tentang cuaca pada pagi tu. Cuaca memang dah cantik dah, cerah! Tapi berangin
sikit. Anyway, aku drive ke bandar Queenstown dan drop Lina dan Phisya dan aku
pegi cari parking.
Sikit nasihat, kalau nak masuk Queenstown ni, tolong
la parking kat luar bandar dan jalan masuk ke dalam bandar atau park aje kat Skyline tuh. Atau cuba cari
parking yang sedikit besar untuk motorhome kat tepi-tepi jalan. Sebabnya aku
pilih untuk park motorhome kat library mereka tapi masyaAllah! GPS tak guna tu
direct kami melalui satu jambatan yang sempit! Adoiii, tension aku dibuatnya.
Kesian kak Rahmah dan Aunty kena bantu aku untuk melepasi jambatan yang sempit
tu. Mintak maaf la korang, aku ni jenis cepat tertekan, jadi maafkan la
ke-tension-an aku masa tu. Anyway, aku dapat la parking kat depan library. Tanpa aku
mengetahui, it was another BIG mistake. I should have just parked at the Skyline
aje. Sana luas sikit parking dia untuk motorhome.
Anyway, let’s continue. Lepas dah park motorhome kami,
aku terus pegi ke NZone. Kak Rahmah dan Aunty pegi jalan-jalan sambil take
their sweet time to look around the city. Then aku tunggu Lina and Phisya kat NZone sebab diorang hilang untuk pegi
menyopping sikit. Dalam jam 10am lepas tu diorang sampai ke NZone. Leps tu kami
dapat berita buruk bahawasanya semua aktiviti udara, termasuk skydiving,
helicopter ride, parasailing, hang gliding dan seangkatan dengannya terpaksa
dibatalkan sebab situasi angin terlalu kuat. Maka kami dengan kecewanya
terpaksa akur.
Kami kemudiannya plan untuk buat zipride di Kawarau.
Kami pun cari kedai yang boleh buat booking kami dan lepas jumpa, kami pun plan
untuk ke Kawarau pada jam 11.15am. Dari situ kami berpecah; Lina dan Phisya
akan ke Skyline untuk ambil balik kami punya payment, dan aku pulak nak pegi
angkut motorhome tu untuk keluar dari Queenstown untuk ke Kawarau.
Nasib aku agak baik sebab masa nak balik ke motorhome
tu, Kak Rahmah dan Aunty masih ada kat kedai yang last aku terjumpa diorang
tadi. Tak perlu aku pegi cari macam orang gila ke seluruh Queenstown. So aku
cakap dengan diorang yang kita akan ke Kawarau dan diorang ikut aku balik ke
motorhome.
Sesampai aje kami di library, aku terkejut sebab
mendapati tempat tu dah penuh dengan kereta dan motorhome yang parking.
MasyaAllah! Macam mana nak keluarkan motorhome aku? Sebab memang sempit gila
parking space dia. Tapi aku sedikit bernasib baik sebab masa aku dah masuk
motorhome tu dan sedang berkalkulate macam mana nak keluar, tiba-tiba parking
kat depan aku tu ada satu kosong dan kereta kat sebelah dia dah mula nak
keluar. Lepas dia keluar, Kak Rahmah dan Aunty cuba tolong aku untuk keluarkan
motorhome to dari situ tapi kami dapati ia agak susah untuk dilakukan.
Kebetulan pulak ada dua atau tiga motorhome yang sedang menunggu untuk parking
kat situ pulak dari group Trip Kekawan. One of them (male) keluar assist aku
untuk keluar dari situ. Masa yang diambil agak lama, ada la jugak dalam 10
minit untuk aku keluarkan motorhome tu tapi Alhamdulillah, takde perkara yang
tak diingini berlaku (kecuali terparking kat situ, that’s the BIG mistake).
Lepas aku dah lepas dari tempat tu, cepat-cepat aku radio geng Trip Kekawan
yang lain untuk avoid dari parking kat situ dan pegi park kat Skyline instead.
Ah, lega…
Aku pun terus call Lina dan tanya dia kat mana. Dia
pulak, untuk refund balik duit skydiving, dia dan Phisya terpaksa pegi balik ke
kaunter Skyline kat atas bukit. Maknanya dia kena naik balik gondola tu untuk
ke atas semata-mata untuk dapatkan balik refund. Diorang pun mengalami mimpi
buruk kat sana, adoii… Ada la dalam 20 minit lagi kami tunggu Lina dan Phisya
turun.
Jadi untuk berlegar kat Queenstown ni ada beberapa
tips. First of all, kalau nak park, boleh aje park kat mana-mana petak parking kosong
walaupun tepi jalan besar asalkan kau tak mengganggu jalan tersebut. The best
place to park sebab luas adalah di Skyline sendiri. Sebab kat sana memang
dikhaskan ada tempat parking untuk motorhome dan walaupun kat library tempat
aku park motorhome aku tu memang ada tempat khas untuk motorhome, tapi
percayalah kau bahawasanya kau sedang menyeksa diri kalau kau park jugak kat
sana. Secondly, kalau nak daftar aktiviti (yang kena tengok keadaan cuaca la especially)
sila pergi saja ke stesen/kedai mereka. Contohnya kalau nak daftar skydiving di
NZone, pegi saja cari kedai NZone. Bukannya macam kami buat dengan pergi
mendaftar melalui Skyline (atas bukit pulak tu). Jadi kalau korang daftar terus
melalui kedai diorang, jadi senang kalau ada apa-apa pembatalan berlaku dan tak
perlu bayar lagi NZD30 untuk naik gondola ke atas bukit semata-mata nak
dapatkan refund. Dan thirdly, kalau buat aktiviti yang kena tengok keadaan
cuaca macam skydiving ni, adalah lebih baik kalau korang daftar denagn bayar
cash instead of credit card. Sebab aku pakai credit card, walaupun dapat
refund, tak pasal-pasal aku terpaksa ‘dermakan’ RM57 kepada bank sebagai charge
perkhidmatan. Gila betul. Skydiving tak dapat, duit pulak melayang, adoiiiiii…..
Okay, tak mau cerita perkara yang menyakitkan hati ni
banyak kali. Tak tido malam aku nanti kang…
Okay, lepas dah amik Phisya dan Lina, kami teruskan
perjalanan kami ke Kawarau. Jauh Kawarau dari Queenstown adalah dalam 25 minit
perjalanan. Masa tu sedang ada sedikit pengubahsuaian jalan betul-betul di
pintu masuk AJ Hackett Bungy (tempat kami nak buat zipride ni) maka aku pun
terlepas jalan. Hoi! Tension betullah! Tapi anyway, lepas turn, masuk jugak la
ke tempat yang betul.
Lepas sampai, kami apologize banyak-banyak kepada
orang yang menguruskan zipride kami sebab datang lambat atas alasan ‘tersesat’,
hukhuk… Tapi diorang very sporting, kata ‘It’s okay, not a problem,” dll. Then
lepas tunggu dua orang sebelum kami buat zipride, turn kami pulak untuk ber
‘zipride’, aw yiss…
Kami pilih untuk buat gaya superman. Oh, untuk zipride
di Kawarau ni, kita boleh pilih satu daripada 8 gaya solo dan 4 gaya berduet.
So kami masing-masing pilih nak terbang macam superman, wahaha… Kami dipakaikan
dengan barang-barang mereka dan kami dibawa ke pinggir platform. Sebelum kami
berlepas, kami setiap seorang diberikan kamera GoPro untuk dipegang dan
rakamkan gelagat kami. Oh, kamera ni pulang balik ye lepas dah mendarat. Jangan
kau masuk poket sendiri sudah la, hahaha…
Then lepas kami dah setel ‘terbang’, kami masuk ke
dalam office AJ Hackett Bungy ni dan tengok balik video dan gambar-gambar kami.
Okay, rasa macam nak tapi bila dongak atas tengok harga, adoi! NZD80 untuk
gambar dan video? Hm, lepas fikir-fikir aku kira tak pe la. Ambik jugak la.
Skydiving tak dapat, horseriding pun tak dapat, amik aje la video dan gambar ni
masuk CD. Bila tanya Lina and Phisya, diorang tak nak sebab mahal sangat. Bila
aku nak bayar, end up hanya NZD35 aje sebab kami tersalah tengok harga. Yang
NZD80 tu untuk bungy tapi zipride punya hanya NZD35. Maka cepat-cepat Lina nak
ambik dia punya, hahaha… Oh, bila dah hulur duit untuk bayar, orang kat kaunter
kata perlu bayar NZD30 aje instead of NZD35. Kami pun malas nak tanya
lebih-lebih, kami bayar then balik ke motorhome.
*Yang gelang getah tu dapat free, hahaha... I guess memang tak ramai yang naik zipride kut...*
Dalam 15 minit kami menghilang, Kak Rahmah dan Aunty
sempat masak mi goreng dan nasik butter, hahaha… Kami makan dulu sebelum
bergerak ke Te Anau. Kebetulan pula masa sebelum kami sampai ke Kawarau, Lina
ada ternampak papantanda ke arah Arrowtown. Bila ditanya ada apa dengan
Arrowtown tu, Lina cakap tu tempat koboi zaman-zaman dulu. Okay, kami pun
singgah le ke Arrowtown dan ambil-ambil gambar kat sana sebelum jalan ke Te
Anau.
*Kalau takde kereta tu dan kalau baju proper, memang dah nampak macam kat pekan koboi zaman koboi dulu la...*
*Menelefon ke rumah la konon. Hukhuk, rindu rumah oo...*
Kami sampai ke Te Anau dalam jam 5pm. Kebetulan pula
organizer ada kata kalau nak bershopping kat kedai Cina Malaysia kat sana, kena
sampai sebelum jam 6pm kalau tak kedai akan mula tutup. Kami sampai agak awal,
jadi lepas park dan solat, kami pun jalan kaki aje ke kedai cenderahati tu.
Te Anau ni adalah tempat yang sangat best dan pada aku
adalah yang paling best sekali antara semua tempat yang aku dah pegi kat New
Zealand ni. Kawasan dia tenang aje. Jalan ke checkpoint kami tu lurus aje tapi
kat sebelah kiri tu tasik. Beyond the lake is mountains. Dengan cuaca yang
mendung dan hujan-hujan sikit, for me that was perfect! I really like the
moment at Te Anau (walaupun pada asalnya kami punya power point di tapak nombor
26 tu rosak, terpaksa kami berpindah ke tapak nombor 25) and if I were to immigrate to New Zealand,
I’ll choose to stay at Te Anau, seriously!
Malam tu, kami makan. Kak Rahmah dan Aunty did a very
good job in cooking. Dengan masakan diorang, aku tak terasa pulak yang aku ni
menginap di dalam motorhome, sebab makan malam kami mewah pada malam tu, dengan
salmon nya, dengan nasi butter nya, dengan mi goreng nya, dengan sambal bilisnya, dengan broccoli fresh nya, dengan murtabak megi Lina nya, air oren dan air epal.
Memang wow la pendek kata.
*Our dinner yang oshem malam tu*
Malam tu aku sempat mandi (sebab kami menginap di Top
Ten Holiday Park Te Anau kami ada proper hot shower dan laundry). Keluar-keluar
aje lepas shower, aku ternampak geng-geng Trip Kekawan dah start briefing untuk
perjalan pagi esok. Alamak! Camne boleh terlupa ada briefing malam tu? Aku
dengan rambut masih basah nye, join aje la diorang.
Dalam briefing tu ada kata, kami akan bergerak secara
konvoi ke Milford Sound. Pada jam 6am dah kena gerak, jadi jangan ada sesiapa
lambat sebab GPS tak berfungsi dengan berapa baik dalam perjalanan untuk ke
Milford Sound ni.
Then pada jam 12am, baru aku dapat tido lepas set
katil. Pada masa tu, kami masih lagi tak tau ada beberapa motorhome Trip
Kekawan yang masih tak sampai lagi ke Te Anau pada malam tu…
************
See also:
Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
************
See also:
Australia:
Day 1 (Sydney City Tour)
Day 2 (Scenic World Tour)
Day 3 or Day 0 New Zealand
New Zealand
Day 1 (Christchurch - Rakaia Gorge - Twizel - Omarama)
Day 2 (Twizel - Omarama - Wanaka - Queenstown)
Day 4 (Te Anau - Milford Sound - Gore)
Day 5 (Gore - Dunedin - Timaru)
Day 6 (Timaru - Christchurch)
Day 7 (Christchurch, New Zealand - Sydney, Australia)
3 comments:
Assalamualaikum...
Sis.... salam singgah...
Tgh plan nk singgah queenstown 4 hari 3 mlm...
Nk mntk pedoman...
1. Place to go. Yg kira nya must go place.
2. Car rental?
3. Accomodation.
Apa yg ptt bawak... food senang ke nk dpt ke kna bawak siap2 ?
Ada food restricted x?
Mntk emel boleh?
reallife.nhhas@gmail.com
Assalamualaikum.
saya dan family (isteri dan mak ayah) akn ke NZ bulan 8 ni. for 7-8 days. ble share itinerary tak? my email ilmamazlan@gmail.com. thanks :)
Post a Comment